Ritual Penutup Tahun 2012

Ritual Penutup Tahun 2012 ini saya letak “special” dekat blog Lizarazak.com. Sebenarnya, ini adalah entri 100% daripada Tumblr saya. Oleh kerana isinya sama, saya terus copy paste. Tak salah kan copy blog sendiri? hahahaha!! Dan ini entry personal, jadi penggunaan “aku dan kau” memang diperlukan. Sekian.

Ini namanya kemaskini kilat terakhir kali untuk tahun 2012.

Pertama, aku sedikit bangga sebab berjaya menulis diari ayam dengan hampir 98.2% menggunakan bahasa melayu tinggi. Walaupun aku sedar belum cukup tinggi mana, tapi untuk menyedapkan hati aku anggap saja aku berjaya.

Kedua, klise rasanya. Tapi, aku tetap tak nak ketinggalan macam semua orang buat. Apa yang aku berjaya buat sepanjang 2012 dan memberi kesan pada aku? Ada 3 yang major. Tunaikan umrah yang alhamdulillah antara yang agak baik sepanjang beberapa kali aku tunaikan umrah. Memang tidak akan sempurna sebab aku manusia tetapi untuk catatan peribadi, umrah tahun 2012 antara yang agak sempurna. Kedua, Jumlah solat cukup 5 waktu aku alhamdulillah ada peningkatan. Terima kasih, ya Rabb. Ketiga, buat pertama kalinya dalam hidup aku selama dua puluh lapan tahun aku merasa apa itu khusyuk dalam solat. Alhamdulillah sekali lagi dan aku tahu aku masih banyak kekurangan.

Tegurlah silap aku kalau kau betul bersahabat dengan aku Lillahi Taala ๐Ÿ˜‰

Ketiga, aku tak tahu nak fahamkan kau untuk yang ketiga ini. Terlalu subjektif dan terlalu personal untuk aku. Mungkin. Jadi, kau anggap saja kau kena tipu dengan aku. Kemaskini kilat ini hanya ada 2 sahaja.

Sakit hati? Maaf tapi aku sengaja. hahahaha!

Selamat menikmati angin tahun baru, semoga kau tak berangin baca entry macam ni.ย 

p/s: Oleh kerana bro Denaihati merupakan sifu saya dan beliau ada kemaskiniย Top 10 Entri Denaihati 2012 yang mana korang boleh baca di bawah ini, jadi saya pun terpanggillah juga nak ajak korang yang mana bergelar blogger…bolehlah rujuk blog Denaihati.com untuk dapatkan banyak informasi berkenaan ilmu blogging ni. TAK RUGI!

Top 10 Entri Denaihati 2012:

  1. Semak Saman Trafik Online
  2. Top 20 Orang Paling Kaya Di Malaysia
  3. Suami Curang Ketika Isteri Mengandung
  4. Buffet Ramadhan Malaysia 2012
  5. Top 23 Blog Malaysia Paling Popular
  6. Gambar Pokok Rasulullah SAW Berteduh
  7. Proton Preve Kereta Nasional Terkini
  8. Semak Kemasukan PLKN SMS dan Online
  9. Nisfu Syaaban Antara Yang Dilarang
  10. Seks Suami Isteri Malam AidilfitriSemak

Oklah, sekali lagi diingatkan entri ini merupakan entri copy paste secara halal. Entri asal ada di blog personal saya. Bye!

Artikel Berkaitan

11 responses to “Ritual Penutup Tahun 2012

  1. selamat tahun baru 2013 liza! semoga menjadi anak yang solehah, amal ibadat cukup ๐Ÿ˜‰ sejuk perut ibu mengandungkan ko dik..

  2. kemaskini kilat pun ada….heee macam banjirlah.
    alhamdulillah banyak cik liza dah capai. terima kasih juga dgn banyak linknya ke denaihati.

    • hahahaha. kan musim banjir sekarang ni ๐Ÿ˜›

      masih banyak lagi ilmu Allah belum saya belajar, bro. InsyaAllah akan terus mencari.hihihi. doakan ya. link2 entry yg bagus wajiblah di share ๐Ÿ˜‰

  3. Moga tahun 2013 bertambah-tambah lagi ibadah yang mampu terlaksana.

  4. wah.. banyak pencapaian tahun ni.. tahniah. moga istiqamah di masa mendatang

  5. Aku juga ingin menjadikan 2013 sebagai permulaan untuk aku menulis menggunakan bahasa melayu yang lebih baik. Tatabahasa mungkin lemah, tetapi sekecil usaha sekurangnya betulkan ejaan, kerana sekarang masih banyak salah eja, 2 g atau 1 g masih lagi menjadi pertanyaan.

  6. Selamat tahun baru 2013 sis.Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.Dan terima kasih blog ini jadi referer paling banyak di blog saya. ๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge