Perlukah Kita Malu Untuk Belajar Mengaji di Usia Tua?

Perlukah kita malu untuk belajar mengaji di usia tua sedangkan anak-anak kecil dah lancar membaca Al-Quran? Agak-agak ada tak pembaca blog saya ni yang ada masalah “malu tak bertempat” macam ni? Jujur saja.

Mungkin saya tidak berapa faham apa perasaan saudara/saudari yang tidak fasih atau mungkin tidak pandai langsung untuk membaca Al-Quran, jangankan Al-Quran. Mungkin Muqaddam pun ada yang masih tidak pandai membaca, walaupun lahir-lahir saja sudah beragama Islam. Maafkan saya, entri ini bukan saya tulis untuk tujuan mengherdik. Oh tidak sama sekali.

Saya cuma mahu beri pendapat sahaja melalui penulisan yang tidak seberapa ni tentang Malu Untuk Belajar Mengaji Al-Quran di Usia Tua. Pada saya, tidak ada yang perlu dimalukan. Kita orang Islam, memang menjadi kemestian bukan untuk membaca Kitab Suci Allah tu. Jangan jadikan alasan dah terlalu tua untuk belajar mengaji. Sangat tak logik.

Pergi hafal lirik lagu dangdut boleh, takkan belajar ilmu tajwid sikit-sikit tak boleh kan? hehehehehe! Oke, gurau-gurau ya.

Pada saya, kalau betul kita sedar yang kita orang Islam dan kita adalah umat Nabi Muhammad S.A.W..kita kenalah berusaha untuk mengaji walaupun payah. Mungkin agak payahlah kalau belajar pada usia dah lanjut sikit tapi insyaAllah kalau gigih mesti boleh. Cuma, kalau ada sifat “malu tak bertempat” tu memang payahlah sikit.

Buat apa nak dimalukan? Saya kenal Hamba Allah yang belajar mengaji bermula daripada Iqra’ sampailah sekarang sudah masuk Al-Quran walaupun usia beliau hampir mencecah 60tahun! Rasanya, kalau beliau tak belajar mengaji lagilah malu agaknya nak menjawab soalan dalam kubur nanti. Kan? Syukur sangat beliau diberikan hidayah dan alhamdulillah, dah boleh baca surah Yasin dah pun.

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Saya bukanlah manusia yang pandai sangat tentang ilmu tajwid semua ni. Masih belajar juga tapi mungkin atas kesedaran yang ingat-mnengingati sesama Islam ni adalah kewajiban saya juga, jadi saya kongsilah sedikit ilmu di bawah ini ya.

5 Wasiat dari Allah s.w t kepada Rasulullah s.a.w

Dari Nabi “Pada malam saya di Israkan sampai ke langit,Allah s.w.t telah memberi 5 wasiat”

1) Jangan engkau gantungkan hatimu kepada dunia, kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau

2) Jadikan cintamu kepadaKu,sebab tempat kembalimu adalah kepadaKu

3) Bersungguh-sungguh engkau mencari syurga

4) Putuskan harapan dari makhluk, kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

5) Rajinlah mengerjakan sembahyang tahjjud, kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qimullail.

Di riwayat daripada Aisyah ra,katanya Rasullulah bersabda “Orang orang yang membaca al Quran sedangkan dia mahir melakukanya,kelak mendapat tempat dalam syurga bersama sama dengan rasul rasul yang mulia lagi baik.Sedangkan orang yang membaca al Quran,tetapi dia tidak mahir,bacaanya tertegun tegun dan nampak agak berat lidahnya (belum lancar) dia akan mendapat dua pahala” (Riwayat Bukhari dan Abul Husain Muslim bin al Hujjaj bin Muslim al Qusyairi an-Nisabury)

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Malam Jumaat nanti eloklah baca surah Yasin. hihihhi. Semoga hidup kita diberkati. Kepada rakyat kita yang pergi ke Palestine untuk misi bantuan Gaza tu, sama-samalah kita doakan mereka selamat. Alah, abaikan saja cakap-cakap belakang orang ramai yang kononnya mereka ni pergi misi bantuan tu untuk “jalan-jalan” dan dapat nama. Abaikan! Yang penting mereka pergi. Kita???? Atas katil empuk 😛

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

17 responses to “Perlukah Kita Malu Untuk Belajar Mengaji di Usia Tua?

  1. bab ni, tak perlu malu dgn manusia, kalau malu juga belajarlah sembunyi2 pun boleh…hee.
    belajar tawjid supaya bacaan kita betul, sempurna dan beri maksud yg tepat.

  2. Malu itu bagus, untuk sesuatu perkara, ada juga malu yang tidak patut, untuk perkara yang lain dan ini adalah antaranya.

  3. kak jie masih pergi kelas mengaji…dan ada seorang kakak dah umur bersara…mengaji pun lancar
    dia juga pergi belajar…dan ada satu dua perkara yang dia baru tahu

    ada beberapa murid baru dtg seminggu dia….masing2 umur awal 40’an…. mula baca iqra’ 1
    sebab dah biasa dlm persekitaran org belajar, perkara ini bukan memalukan

    ada org suka tengok org pergi belajar..dia ckp..” rajinya pergi surau, baguslah…ada aktiviti mcm tu’

    tapi dia tak pergi

    ada org bertahun2 pergi belajar, tapi belum faham, belum dapat
    ilmu dari Allah…

    • ustaz tempat sy belajar selalu cakap, bila pergi ke mesjid, tmpt ilmu ke apa2 tmpt lah asalkan utk tujuan belajar agama…itu semua Allah yg jemput. kita patut bersyukur n amik peluang ni. bkn semua org Allah beri nikmat menuntut ilmu. nak malu apa kan? tp itulah, bukan semua org ambil berat ttg ini

  4. cynta

    Yer malu bertanya sesat jalan, p law malu belajar 1 kerugian yang besar ..

  5. cynta

    Yer malu bertanya sesat jalan, p law malu belajar 1 kerugian yang besar dlam kehidupan ..selagi mata cerah, selagi lidah boleh menutur kata, belajar lah

  6. kalau malu belajar ngaji ketika usia tua memang silap besar la.
    bila buat dosa reti pulak tak tau malu.
    fuh~

  7. Sebenarnya bab ilmu tiada yang perlu dimalukan terutamanya lagi ilmu agama. Kalau malu, belajar la sembunyi-sembunyi dulu untuk tahu ilmu asas tapi kena hati-hati takut sesat kerana tiada pembimbing. Sebaiknya kalau betul-betul malu, cari guru untuk belajar di rumah.

    Yang penting tiada yang perlu di malukan, ingat saja pada Allah ka atau pada manusia yang perlu kita malu.

    • kalaulah semua orang boleh berfikir macam ni, kan bagus tapi itulah bukan semua boleh fikir macam ni. betul, saya sendiri pun cari ilmu dekat mana2 surau. huhuhuhu

  8. ‘mendapat 2 pahala’ boleh tolong huraikan tak? xberapa jelas. yg penting kena belajar dengan guru

  9. Een

    Orang sekarang lebih malu tak tahu speaking daripada baca Al Quran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge