Kaitan Peratusan Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 dengan Pengaruh Sosial Media

Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 nampaknya ada penurunan bagi calon yang berjaya dapat gred A dalam SEMUA mata pelajaran berbanding keputusan Penilaian Menengah Rendah 2011 kan? Di mana silapnya?

Kalau tanya saya, mestilah saya jawab kerana kesan daripada penggunaan sosial media yang melampau-lampau oleh pelajar sekolah itu sendiri. Saya ni pengguna TAK TEGAR dah dekat Twitter tu. Rasanya setiap hari saya geleng kepala tengok pelajar-pelajar sekolah yang terlalu asyik sangat dengan Twitter.

Kalau dah memanjang mengadap Twitter dan Facebook, macam mana nak fokus belajar tu. Kecuali, pelajar tu memang jenis genius. Itu cerita lainla. Mungkin akan ada pembaca yang tak setuju dengan pendapat saya tentang punca Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 menurun bagi jumlah pelajar yang dapat SEMUA gred A.

Alah, tapi ini cuma pendapat saya jelah. Saya fikir logik dan pemerhatian secara rambang. Gitu! hahahaha!!! Sebenarnya kita memang tak boleh nak salahkan kewujudan Sosial media sebab kita memang negara maju, haruslah tak boleh ketinggalan zaman teknologi macam ni kan? Tapi, salahkan diri sendiri yang tak pandai nak “manage” jadual sendiri.

Subjek “Time management” patut ada kot dekat sekolah. wahahahaha!!! Pandai-pandailah guna teknologi alam maya. Mana yang baik, kita ambil dan manfaat. Mana yang mengkhayalkan, kurang-kurangkan. Saya memang tengah dalam proses nak kurangkan mengarut dalam Twitter. Banyak kerja saya boleh disiapkan sejak dah kurang bertweet ni.

Marilah ikut jejak langkah saya. hahahahaha hasut orang pulak. Tapi, kalau blogger tu kenalah juga guna sosial media untuk promosikan entri kan? Baca entri Panduan Penggunaan Facebook dan Twitter Untuk Bloggers saya kalau sudi. Terpulanglah, saya dengan cara saya. Korang dengan cara korang. Kita ni lain-lain. Kalau korang jenis boleh buat kerja dan fokus walaupun buat “kerja” lain, teruskan. Saya tak bolehlah. Dah ada tanda-tanda macam dalam entri 5 Tanda Teknologi Sedang Merosakkan Cara Hidup Anda ni.

Dah, lari topik pulak. Berbalik isu penurunan jumlah pelajar yang dapat SEMUA A dalam setiap pelajaran yang diorang daftarkan dalam Penilaian Menengah Rendah 2012, saya tetap rasa memang ada kaitan dengan masalah penggunaan sosial media yang tidak dipantau dikalangan pelajar sekolah. Mohon fokus dalam pejaran adik-adik sekalian. Bercinta waktu sekolah ni boleh buat korang hilang fokus, lagi-lagi kalau dok bercinta dalam alam maya. Erk, Cinta Tarzan je tuh! hehehehe

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

6 responses to “Kaitan Peratusan Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 dengan Pengaruh Sosial Media

  1. saya rasa masih ok, turun sikit saja, kalau asyik naik saja macam ada something wrong dgn sistem di Malaysia ni,

  2. Ada juga kebenarannya tu. Nasib baik tak hidup di zaman skrg (time sekolah).. kalau tak, tak berjaya score straight As kut

  3. Memang risau dengan pengaruh media sosial terhadap pelajar. Kalau tidak menjejaskan mereka, tak mengapa juga. Tapi kalau kita perhatikan masa mereka update status tu, ada masanya kita boleh nampak dah tak mengira waktu. Kadang-kadang waktu dinihari. Terfikir juga, cukup tak masa tidur mereka sebab semua itu boleh menjejaskan tumpuan mereka dalam kelas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge