JAKIM Melarang Penggunaan Logo Halal dan Ungkapan Halal Yang Mengelirukan Orang Islam

JAKIM Melarang Penggunaan Logo Halal dan Ungkapan Halal Yang Mengelirukan Orang Islam mulai Januari Tahun depan. Baguslah kalau macam tu kan? Soal halal haram makanan ni perlulah hati-hati “banyak”. Status logo halal jangan diperlekehkan woo.

“Mulai 1 Januari depan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melarang penggunaan logo halal dan ungkapan halal seperti perkataan ‘ditanggung halal’, ‘makanan orang Islam’, ‘buffet Ramadan’ dan lain-lain lambang Islam yang boleh mengelirukan dan memperdayakan orang Islam” – Bernama

Bagus, saya sebagai seorang pengguna yang beragama Islam tersangatlah setuju dengan tindakan JAKIM ni. Tapi, saya waswas jugak sebab saya adalah juga dengar-dengar yang “orang dalam” JAKIM ni bukan boleh percaya sangat. Ada je kes yang ambil duit saku untuk berikan status HALAL pada sesuatu produk kot. Hmm. Tanggunglah dosa sendiri kalau betul.

“Sebuah pertubuhan atau perbadanan yang didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM500,000.

“Pihak selain dari pertubuhan atau perbadanan yang didapati bersalah pula boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya,” katanya” – Bernama

Ahah, boleh tahan juga denda yang dikenakan pada mana-mana pertubuhan yang didapati bersalah menyalahgunakan logo halal JAKIM ni ye? Beratus ribu. muahahaha!! Jadi, peniaga dekat luar sana tu hati-hatilah. Jangan ambil ringan hal HALAL ni pada produk korang ok.

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

2 responses to “JAKIM Melarang Penggunaan Logo Halal dan Ungkapan Halal Yang Mengelirukan Orang Islam

  1. Sedikit bahaya apabila orang buat duit dengan mengatakan sesuatu itu halal ke haram. Kat sabah ni memanglah banyak kedai yang samar-samar, sebab tu bahaya nak main masuk je. Logo halal tu tak de tapi “serve no pork” je jadi tanda halal.

    • erk. teruknya sampai macam tu. dekat sabah xtau sbb xpernah sampai lagi tp kalau pegi sarawak pun kne hati2. ktorg nk masuk restaurant fikir btol2, takut xhalal -..-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge