Tips Panduan Blogger: Rahsia Menjadi Super Blogger

Menjadi Super Blogger memang menjadi impian ramai blogger. Tidak mustahil untuk jadi Super Blogger, kalau kita rajin belajar dan menerokai dunia blogging ni sebenarnya. Tips Panduan Blogger kali ini, Rahsia Menjadi Super Blogger adalah perkongsian saya untuk pembaca blog Lizarazak.com

Salah satu cara untuk menjadi Super Blogger adalah dengan tidak mengamalkan sikap  “kedekut ilmu” ok. Saya tahu ramai di antara blogger hari ini yang mengalami masalah yang sama dengan saya, yang mana pada saya masalah yang agak kronik sebenarnya. Masalah KEKERINGAN IDEA untuk mengemaskini blog sendiri.

Betul kan? Ok, saya tak nak menulis hal meleret-leret dan tak beri manfaat langsung. Saya teruskan saja perkongsian saya kali ini iaitu tentang sebuah ebook paling berinformasi, paling padat, paling tidak rugi untuk dibaca dan yang penting MURAH! hahahaha! Ya, murah tu penting ya. Ehem!

Bayangkan, dengan Harga RM20 sahaja saya dah boleh memiliki dan berkongsi ilmu bermanfaat dan berguna sangat oleh sifu dalam bidang penulisan blog iaitu saudara Firdaus Latib. Ebook “37 Teknik Luar Biasa Hapuskan Masalah Kekeringan Idea” pada saya langsung tidak rugi untuk kita semua miliki sebab “isi” ebook ini langsung tidak meleret dan pada saya isinya betul-betul IDEA PENTING untuk bantu kita kemaskini blog.

Oleh kerana saya rasakan ebook “37 Teknik Luar Biasa Hapuskan Masalah Kekeringan Idea” ini terlalu berguna untuk blogger macam saya ni yang memang minat dengan bidang penulisan blog, jadi saya sudah mencetak terus ebook saudara Firdaus Latib untuk memuaskan hati saya. Baru puas hati!

Antara kelebihan yang dipaparkan dalam ebook ni BERBANDING ebook lain:-

1) Masalah kekeringan idea yang melampau? Anggap ia sudah selesai dan berlalu pergi.

2) Ia menjadi eBook magik untuk setiap blogger yang ingin hidup sebagai blogger sepenuh masa.

3) Anda akan faham tentang signal-signal bahaya yang menandakan blog anda sedang nazak.

4) Kesan plagiat atau meniru artikel orang lain secara haram – Anda boleh dikenakan saman sehingga mencecah ratusan ribu ringgit.

5) Betapa mudahnya untuk menyedut idea tanpa perlu bergerak dari komputer.

6) Rahsia sistem kejayaan jutawan blogger – Tiru dan buat, maka anda bakal menjadi blogger sepenuh masa.

7) Anda bukan menguasai 1 teknik… Tetapi 37 teknik luar biasa untuk menyedut idea dari pelbagai cara.

Hah, itu antara kelebihan yang ada dalam ebook “37 Teknik Luar Biasa Hapuskan Masalah Kekeringan Idea” ni. Sebenarnya sebelum ni penulis ebook ni pun ada terbitkan ebook Seni SEO – Trafik Percuma Dari Google! dan saya ada dapatkan ebook ni. Saya memang suka cara penulisan dan gaya penyampain saudara Firdaus Latib dalam ebook-ebook beliau. Pada saya, ebook beliau memang ada kekuatan daripada segi “content” bukan setakat cover evook sahaja. 

Oklah, jadi pada sesiapa yang teringin nak jadi tahu Rahsia Menjadi Super Blogger, bolehlah dapatkan ebook ini sekarang sementara harga belum dinaikkan lagi. Rasanya memang tak rugi keluarkan duit sikit untuk ebook ini untuk informasi yang berguna daripada penulis blog yang sememangnya berpengalaman. Selamat maju jaya!!!

Artikel Berkaitan

10 responses to “Tips Panduan Blogger: Rahsia Menjadi Super Blogger

  1. memang best ebook ni 😀

  2. Insya Allah,nanti nak beli ebook ni dan jadi super blogger 🙂

  3. Adakah Super Blogger ini adalah penyelamat blogger-blogger di bumi? heh 😛

  4. saya dah beli dah ebook ni.

    Dah baca dah pun 🙂

  5. hoho..super blogger. cayalah!

  6. Nice info. saya akan beli gak la. Payah sangat nak menulis artikel ni. nak cilok orang punya tak best lah kan. tak ada originality… jemput ke blog saya yang kekurangan artikel hehehe

  7. Ada rezeki boleh beli..berminat juga

  8. Nak sedut idea liza jugakla..hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge