Salam Maal Hijrah 1434. Berhijrahlah Tanpa Putus Asa

Salam Maal Hijrah 1434 buat semua yang beragama Islam. Entry Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Muharram menjadi tumpuan saat ini. Semoga perkongsian yang saya berikan melalui blog ini bermanfaat dan dapatlah sedikit “bonus pahala” untuk saya. InsyaAllah.

salam-maal-hijrah

Alhamdulillah, kalau suatu masa dulu niat saya menulis entry seperti entry Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Muharram adalah untuk mendapat trafik organik yang berkualiti dan tinggi semata tetapi sekarang tidak lagi. Ya, memang untuk mendapat trafik ke blog tetapi itu tidak lagi menjadi prioriti.

Manusia berubah, manusia berhijrah. Kenapa saya tidak? kan?

Berhijrahlah selagi ada masa, perbaiki diri kita, niat hidup kita dan paling penting perbaharuilah rasa keimanan kita pada Allah s.w.t dan agama Islam tanpa rasa putus asa sedikit pun.

“Hijrah” memang perkataan yang mudah sebenarnya untuk kita sebut dan ucap. Contohnya bila kita berjumpa dengan kawan dan kita ucapkan pada beliau “Salam Maal Hijrah, kawan. Kau berhijrah apa tahun ni?”.

Ayat “kau berhijrah apa tahun ini?” itu pada saya tidak perlu kita tanyakan pada sesiapapun tetapi pada saya lebih elok kalau kita balikkan semula pertanyaan itu pada diri kita sendiri. Duduk, beristighfar dan muhasabah diri kita. “Sudah berhijrahkan aku?” tanyakan soalan ini pada diri kita sendiri.

Kalau dulu, saya selalu mempersendakan kawan-kawan yang menyambut kedatangan Hijrah. Mungkin pada saya, hijrah itu tidak membawa apa-apa pun. Sebenarnya, saya tersilap dan ya Hidayah Allah belum ditiupkan dalam hati saya ketika itu. Kot. Malu juga bila difikirkan semula.

Jahatnya saya dulu. Mempersendakan hari mulia dalam agama Islam. Tapi, tidak apa. Jangan sesekali pandang jalan yang kita telah pun lalui. Tinggalkan dosa-dosa lama, tinggalkan diri kita yang lama. Saya sudah mulakan langkah untuk berhijrah, walaupun tidak sepantas alim Ulama’ tetapi saya yakin Allah akan bantu saya. Saya ceritakan di entry Cerita Tentang Hijrah Dalam Hidup Saya

Pada korang yang dah terdetik dalam hati perasaan ingin berhijrah tu, tak kiralah hijrah apa pun. Teruskan saja niat murni tu. Kalau rasa sebelum ni tidak menjaga aurat dengan sempurna, hijrahlah setapak. Tak perlu tergopoh, mungkin boleh hijrah secara perlahan. Beli tudung baru dan simpan dalam almari pun salah 1 contoh cara hijrah juga sebenarnya.

Apa salahnya? Pasang niat, suatu hari nanti akan pakai tudung yang kita beli. Ingat, Allah tak pernah membebankan kita. DIA tahu kita macam mana. Biarlah apa orang nak kata, asalkan kita tahu “steps” yang kita ambil dalam proses HIJRAH kita tu nanti. Teruskan berhijrah, perlahan tapi terus-terusan (istiqamah) dan jangan putus asa.

Oklah, rasanya cukup kot berceloteh kali ni. Lama kan saya tak kemaskini blog ni? Hmm, tak ada banyak masa sebab ada tuntutan yang lebih penting. Ada ahli keluarga saya ke Tanah suci. Saya pun dah rindu nak buat ibadah umrah lagi. Mungkin lepas ni boleh buat Umrah Ziarah lagi ke Istanbulย guna Pakej Perlancongan Termurah. hehehehe!

InsyaAllah akan cuba kemaskini blog sekerap mungkin. Jangan lupa selepas solat Asar dan selepas solat Maghrib baca Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Muharram. Semoga dosa kita terampun. Amin.

Salam Maal Hijrah 1434. “Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dimaksudkan), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..”(an-Nisaa:100) Baca dan fahamkan ๐Ÿ˜‰

Artikel Berkaitan

6 responses to “Salam Maal Hijrah 1434. Berhijrahlah Tanpa Putus Asa

  1. mari berhijrah ke arah kebaikkan dan kemajuan untuk diri kita sendiri.
    Salam Maal Hijrah 1434 yo! ๐Ÿ˜€

  2. Alhamdulillah selesai sudah..terima kasih.salam maal hijrah

  3. semoga tahun ini lebih bermakna dan tidak mengecewakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge