#Pray4Gaza. Teruskan Berjuang, Palestine!

#Pray4Gaza merupakan hashtag yang tengah popular. #Pray4Gaza digunakan oleh pengguna Twitter untuk berkongsi kesedihan berikutan serangan tentera Israel menyerang Palestin semalam. Terkesima saya membaca petikan daripada Agenda Daily di bawah ni.

“Tentera Israel mengebom bandar Gaza Palestin sejak semalam dalam sati misi khas yang dinamakan ‘Pillar of Defence’ yang sehingga kini membunuh 15 orang termasuk seorang pemimpin kanan Hamas”

pray4gaza

Kita tengah sibuk menyambut 1 Muharram, tahun baru hijrah tapi rakyat Palestin tengah sibuk mempertahankan negara mereka. Israel ni memang tak akan pernah puas kan dengan orang Islam? Nak marah, nak maki tapi nanti saya pun samalah macam mereka. Sama jahat.

Sedih tengok rakyat Palestin, tak pernah nak ada masa untuk rasa tenang sekejap. Ada je serangan bom sana sini. Saya bersyukur sangat dilahirkan di Malaysia. Mungkin saya sedikit bosan dengan karenah ahli politik kita yang sibuk sangat meraih undi dengan cara kotor tapi tidaklah sekotor sampai nak baling bom. huhuhuhu!!!!

Hmm, tak apalah. Kita di sini cuma mampu sedekahkan Doa. Doa kan senjata orang Mukmin paling ampuh. Apa-apa pun saya ucapkan Salam Maal Hijrah, berhijrahlah bermula daripada diri sendiri dan bantulah orang lain untuk berhijrah sekali. InsyaAllah. Ok, ini adalah ayat selingan. Seronok bermain dengan SEO dan ada trafik organik ni sebenarnya. Semalam trafik blog ayam ni dapatlah juga purata 13ribu visitors.

Jadi, belajar-belajarlah Rahsia Menjadi Super Blogger dengan membeli ebook “37 Teknik Luar Biasa Hapuskan Masalah Kekeringan Idea” . Saya belajar SEO pun daripada ebook yang ditulis oleh penulis yang sama. hehehehe!!! Jangan putus asa mencari ilmu. Belajarlah, jangan ambil jalan mudah dengan hasilkan blog seks kalau kita ORANG ISLAM. Assalamualaikum

Artikel Berkaitan

6 responses to “#Pray4Gaza. Teruskan Berjuang, Palestine!

  1. memang begitu menyedihkan dengan serangan terbaru israel terhadap penduduk palestine

  2. “Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.
    (Riwayat Bukhari)

    Penduduk Palestin sudah dipilih oleh Allah S.W.T, untuk terus berjuang demi agama. Kita walaupun tidak terpilih, haruslah memberi sokongan walaupun sekadar doa.

  3. mula2 sayu je baca pasal gaza last2 SEO rupanye hehehehe

  4. Bersama kita doakan untuk Rakyat Palestin. Amin.

  5. sama2 kita berjihad insyallah…:)

  6. yup pray to Gaza… doakan walau sekelumit doa tetap menyokong masyarakat muslim…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge