Tips Panduan Blogger: Menjadi Blogger Muslim Yang Beretika Bahagian 1

Menjadi blogger memang mudah, yang susah adalah menjadi blogger yang beretika. Lagi-lagi pula kalau kita ni merupakan seorang Blogger Muslim. Menulis di blog yang tidak seberapa atau mungkin blog yang sudah sudah ada pengikut setia beratus ribu memerlukan risiko.

Apa risikonya? Banyak tapi saya cuba kecilkan skop untuk tujuan memudahkan saya menulis dan anda yang membacanya.

Perdana Menteri Malaysia pernah mengeluarkan Kod etika blogger yang patut kita sebagai blogger pegang sebelum menulis sesebuah artikel. Kod etika blogger tersebut saya jumpa di sebuah blog lain dah di bawah ini adalah “summary” untuk kod tersebut beserta pautan blog asal.

Penulis blog hendaklah:

• Jujur dan adil dalam mendapatkan, melaporkan dan menginterpretasikan maklumat
• Jangan sekali-sekali menciplak
• Mengenalpasti dan membuat pautan pada sumber apabila sesuai dan boleh dilaksanakan
• Jangan sekali-kali menyiarkan maklumat yang diketahui tidak tepat – dan jika menyiarkan maklumat yang boleh dipersoalkan, pastikan dijelaskan akan keraguan tentang maklumat tersebut
• Bezakan antara sokongan, komentar dan maklumat berdasarkan fakta
• Mengakui akan kesilapan dan membetulkannya dengan segera
• Perlihatkan cita rasa yang baik. Elakkan daripada memenuhi kehendak rasa ingin tahu yang mengerikan atau sensasi
• Jelaskan setiap misi blog dan alu-alukan dialog dengan khalayak ramai tentang kandungan dan cara pengendaliannya oleh penulis blog
• Mendedahkan pertentangan kepentingan, penggabungan, aktiviti dan agenda peribadi.
• Mematuhi standard yang tinggi yang sama seperti mana yang mereka harapkan daripada pihak lain.

sumber: Tanyalah Ustaz

Ok, kod etika blogger yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri seperti di atas mungkin ada jugalah blogger yang sudah “follow” untuk elakkan diri daripada kena kes saman menyaman antara blogger atau antara blogger dan artis, atau mungkin antara blogger dengan ahli politik. Kan?

Itu kes saman menyaman di dunia. Kod etika blogger yang dikeluarkan pun bila saya baca-baca balik hmm tak ada pula yang menyentuh soal agama Islam (katanya Malaysia negara Islam. Fikirkan semula). Mungkin alasannya, sebab blogger di Malaysia ni berbilang kaum dan agama. Jadi, kod etika blogger yang dikeluarkan pun perlu umum. hmmm. Ok, kita terima saja  😛

Entry Tips Panduan Blogger: Menjadi Blogger Muslim Yang Beretika ini ada sambungannya. Tak akan saya terus nak bagi tips saya sendiri je kan? Haruslah nak tahu pendapat atau idea pembaca blog ni juga. Sharing is caring. Jadi, anda rasa, bagaimana untuk menjadi blogger Muslim yang beretika?

Kita tahu sebagai seorang Muslim kita patut ada had-had bila memberi pendapat atau dalam apa saja. Silap berkongsi maklumat, habislah puas kita nak kena menjawab di akhirat kelak. Jemput berkongsi, kalau tak ada tak apa. hahahaha!!!

Artikel Berkaitan

18 responses to “Tips Panduan Blogger: Menjadi Blogger Muslim Yang Beretika Bahagian 1

  1. tips yg bagus…jgn sampai kena saman

  2. Paling penting adalah niat dan tujuan. Pastikan dakwah adalah no 1 dalam berblogging.

  3. Sebab tu menulis kena ikhlas…duit tu ketepikan sebab bila kita taksub buat duit maka kita akan menulis benda yang tak sepatutnya

  4. Lagi satu, sebagai blogger islam, saya dah jarang share atau letak gambar wanita yang tak tutup aurat sebab dosa di internet lebih banyak terhasil dari dosa di alam realiti…

    Meletakkan gambar wanita seksi macam mengeksploitasi wanita sebagai objek penarik dan merendahkan maruah wanita.

    • betul. sama, tengah perbaiki bab ini. bila terlampau terbuka aurat..saya tak letak terus gambar. biarlah nampak tak imbang artikel tp x kena pikul dosa kecik2.

  5. cuba menjadi blogger yang betul2 beretika…

    p/s: comeback ke?

  6. Ermmm rasanya jika kita fikirkn apa yang ingin kita sampaikan merupakan ibadah, rasanya itu lah termampu.. ini kerna adakalanya kita benar2 ingin menjiwai serta menjadi blogger muslim/muslimah unggul, namun apabila berfikiran bahawa kita masih cetek lagi ilmu tersbut, maka menjadi pembaca sahajalah jadinya..

    Dan yang penting, jika dapat menyalurkan sedikit ilmu2 yang menjadi bahan bacaan dan rujukan, nescaya sudah tentu mendapat keberkatan dari-Nya di kemudian hari kelak..insya-allah….

  7. sedaya upaya kumpul saham akhirat melalui blog. kalau boleh tak nak sebarkan maklumat yg tak elok tp as manusia biasa yg bukan maksum…terlajak jugak kadang2 🙁

  8. Pingback: Kembali Menggunakan Wordpress

  9. macam ni la contoh entri hasil penulisan Blogger Muslim Yang Beretika.. sentiasa menulis sesuatu yang memberi manfaat

  10. Ada yang sanggup post benda bukan2 demi duit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge