Ibadah Qurban Online Untuk Fakir Miskin di Kemboja

Ibadah Qurban Online bukanlah suatu yang baru bagi kita. Ibadah Qurban merupakan ibadah yang dituntut dalam Islam. Ibadah Qurban ini hukumnya sunat Muaakad dan sangat dituntut bagi mereka yang berkemampuan dan jatuh hukumnya Wajib kalau bernazar.

Tahun lepas, alhamdulillah saya sendiri telah melakukan ibadah qurban untuk diri sendiri dengan menggunakan khidmat E-Qurban Online dan qurban saya dilaksanakan di negara yang pada saya sangat memerlukan bantuan kita, iaitu Kemboja. Ada rezeki sikit, eloklah saya buat qurban. “Bersihkan diri” yang serba kekurangan ni.

Ramai yang masih kurang tahu hikmat melakukan Ibadah Qurban ni. Mungkin tahu, tapi tidak mendalam. Macam pernah saya ceritakan kisah seorang hamba Allah yang saya dengar sendiri di radio IKIM berkenaan bagaimana Ibadah Qurban dapat menyelesaikan masalah dalam rumahtangga beliau. Saya kongsikan sekali lagi di sini.

Ustaz tu cerita, ada seorang hamba Allah ni dia datang jumpa ustaz dan mengadu tentang hal isteri dan ibunya (ibu si lelaki) selalu bergaduh. Dia bertanya pendapat ustaz cara nak baikkan mereka ni. Ustaz tu sarankan pada lelaki tu “lakukan korban dan niatkan untuk isteri dan ibu kamu”.

Dipendekkan cerita, lelaki tu terus buat tempahan dengan jumlah yang agak besar (saya dah tak ingat berapa ekor). Lelaki ni memang hartawan. Selang beberapa hari selepas lelaki ni buat tempahan (belum dilakukan korban tu, baru buat tempahan) dia call ustaz tu.
katanya, tiba-tiba saja isteri dan ibu beliau sudah berbaik antara satu sama lain seperti tidak pernah terjadi perselisihan faham sebelum ni. Ustaz tu terangkan pada lelaki tu, itu semua mungkin hikmah dengan ibadah korban yang dia lakukan. Wallahualam.

Itu cerita Ustaz. Pada saya pula, sebagai seorang hamba Allah yang biasa-biasa saja. Kurang itu ini, tapi alhamdulillah Allah beri sedikit rezeki dan saya mampu untuk buat ibadah qurban untuk diri sendiri. Saya rasa “senang hati” dan lapang dada. Tak sama rasanya bila kita ada rezeki, ada duit lebih tapi “simpan” saja. 

Lain rasanya. Mungkin daripada pandangan mata kasar, duit saya hilang sikit tapi bila fikirkan janji Allah…boleh buat saya tersenyum. Jiwa lebih tenang dan puas dapat beribadah dan bersedekah pada mereka yang cuma mungkin setahun sekali je agaknya dapat makan daging. Kita? Setiap hari pun boleh dapat makan daging kot.

Tahun ini, alhamdulillah ada ahli keluarga yang dijemput untuk menunaikan ibadah haji. Waktu kursus haji dijalankan di rumah kami, ustaz tu pun ada sebutkan hikmah ibadah qurban ni. Katanya, rahsia atau maksud sebenar “binatang yang kita qurbankan ini yang akan jadi tunggangan di akhirat kelak” bukanlah bermaksud kita akan naik lembu/kambing atau unta masuk syurga kerana maksud sebenar hanya Allah sahaja yang tahu.

Katanya, maksud di sebalik kata-kata tersebut ialah insyaAllah, dengan ibadah qurban kita tu nanti mungkin akan menjadi penyebab kita dmasukkan syurga Allah. Dengan IzinNYA. Jadi, kenapa nak ragu-ragu keluarkan beberapa ratus SETAHUN SEKALI untuk syurga Allah kan? Fikirkan lah sendiri.

Sekiranya ada yang berhajat nak buat Ibadah Qurban melalui E-Qurban macam saya sendiri, bolehlah ke website rasmi E-Qurban dan ikut arahan yang dinyatakan untuk buat tempahan.

Tempah Qurban Secara Online dengan eQurban.com

eQurban.com menyediakan program korban diKemboja dengan kos yang sangat murah dan berpatutan. Harga-harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • 1 ekor Kambing = RM550
  • 1 bahagian Lembu = RM230
  • 1 ekor Lembu = RM1,600

Tempahan korban di Kemboja masih dibuka dan boleh dibuat secara online. Tarikh akhir tempahan adalah pada 19 Oktober 2012 (hari Jumaat). Selamat menunaikan kewajiban bagi yang mampu. Yang belum mampu, usahalah dan berniat. InsyaAllah akan diberikan rezeki yang tak disangkakan.

 

Artikel Berkaitan

14 responses to “Ibadah Qurban Online Untuk Fakir Miskin di Kemboja

  1. perkongsian yang sangat menarik..tertarik dengan kisah hamba Allah tu..

  2. menarik artikel yg dipost….salam perkongsian

  3. ada rezki teringin nak buat korban… tp x tahu lah bila lagi…

  4. alhamdulillah tahun ini saya tak buat qurban liza…

  5. Qurban yang paling baik adalah kita ‘korbankan’ sesuatu yang paling kita sayang.. semua orang sayang duit betul tak? tapi kalau kita guna duit tu ibadah Qurban yang disukai oleh Allah, insyaAllah, janji Allah akan ditepati.. kita akan dapat sesuatu yang tak disangka-sangka.. ada banyak hikmah disebalik ibadah Qurban tu..

    • dulu tak nampak apa hikmah ibadah qurban ni tapi bila dah besar2 ni, dah tua2 ni baru nampak. hehehee!!! memang lain, yelah takkanlah Allah suruh buat sesuatu tanpa balasan apa2 kan? logiknya 😉

  6. Pingback: Tempahan Korban Dan Aqiqah Di Kemboja 2013 | Lizarazak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge