Tawaran Pakej Jalur Lebar Serendah RM20

Tawaran Pakej Jalur Lebar Serendah RM20 bagi penduduk luar bandar di Sabah, Sarawak, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Mana negeri Johor ni? Tak aci lah macam ni. hehehehe! Ikut peringkatlah ye mungkin Tawaran Pakej Jalur Lebar ni.

Kira oklah, Tak adalah penduduk luar bandar nak terasa tersisih kan sekarang? Kita yang konon-kononnya orang bandar ni pun tak adalah nak meroyan kalau kena masuk kawasan luar bandar lepas ni. Kalau dah ada tawaran baik macam ni, mestilah ada pencawang jalur lebar yang baik dan bermaruah sikit lepas ni.

tawaran-pakej-jalur-lebar-serendah-rm20

KUALA LUMPUR – Penduduk luar bandar di Sabah, Sarawak, Pahang, Terengganu dan Kelantan bakal menikmati kemudahan melanggan Pakej Mampu Milik Jalur Lebar 1Malaysia dari harga serendah RM20 sebulan bermula 16 September ini.

Menerusi pakej tersebut, mereka boleh memilih untuk mendapatkan perkhidmatan tanpa wayar dengan caj RM20 hingga RM25 sebulan bagi kelajuan 512 kilobait sesaat (kbps) hingga 1 megabait sesaat (mbps) manakala perkhidmatan berwayar pula RM38 dengan kelajuan minimum 384kbps dengan kapasiti tanpa had.

Pakej asas tersebut akan ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi tidak lama lagi dengan syarat-syarat kelayakannya bakal diumumkan kelak.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pakej tersebut diperkenalkan untuk mengurangkan jurang digital antara bandar dan luar bandar selain meningkatkan kadar penembusan jalur lebar.

“Kita cuba dulu di lima negeri itu kerana kadar penembusan jalur lebar mereka masih di bawah kadar negara iaitu 64 peratus.

“Jika pakej yang ditawarkan mendapat sambutan, kita akan perluaskan ke negeri-negeri lain,” jelasnya kepada pemberita selepas majlis pelancaran pakej tersebut di sini semalam

Sumber: Kosmo Online

Ok, sekarang ni. Dah alang-alang saya ternampak perkataan Celcom, Maxis dan DiGi tu kan…apakata saya nak tumpang tanya pendapat pembaca dekat blog Lizarazak.com ni. Mana satu antara 3 perkhidmatan Telco ni yang terbaik? Macam saya, setakat ni saya dah pernah guna ketiga-ketiga telco.

Digi, pada saya telco paling murah tetapi liputan terlampau “limited”. Kalau masuk kawasan luar bandar sikit, jangan harap nak ada signal. Bolehlah jadi macam orang asli. huhuhuhu! Kalau Celcom pula, liputan masih boleh diterima lagilah. Cuma, kalau masuk ceruk yang betul-betul ceruk memang tak dapatlah signal. Dari segi harga pula, celcom tak mahal dan tak murah. Masih mampu lah kalau nak buat panggilan telefon tu. Cuma, Customer service Celcom paling hampeh!! (malas nak cerita)

Sekarang, saya guna Maxis. Telco yang agak mahal sikit berbanding Celcom dan DiGi tapi puash hati sebab daripada segi signal memang setakat ini Maxis terbaik kot. Kiranya, kalau kita ambil pakej internet Maxis puas hati sebab 3G ada dekat mana-mana.

Korang pulak macam mana? Sambil-sambil baca entry Tawaran Pakej Jalur Lebar Serendah RM20 ni, sudikanlah kiranya berkongsi pengalaman guna perkhidmatan telco di Malaysia ni. hihihi. Oh ya, ingat tak hari tu saya tulis enty 10 Entri Terbaik Denaihati sebab cuba nasib untuk Bonus Raya Aidilfitri 2012? Alhamdulillah, dapat duit raya RM100!!! hehehehe. Sekian

 

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

21 responses to “Tawaran Pakej Jalur Lebar Serendah RM20

  1. makin murah nampaknya internet sekarang…

  2. murah banget tu. lepas ni ramai pergi negeri yg ada tawaran untuk register kat sana…heee

  3. makin banyak pakej internet baru skang ni ek.

    pernah pakai celcom tapi kualiti kurang puas hati walaupun duk kat bandar. tapi still ok kalau setakat nak surf. lepas tu makai maxis, memang terbaik. download pun laju. tapi tak dinafikan maxis mahal sket tapi berbaloilah dgn kualitinya.

    apa2 pun depends pada kawasan juga 😉

    • kan? setuju sangat. agak mahal sikit tp puas hati sebab coverage die better than telco yg lain. yes, kawasan tu yek jugak. maksudnyer, telco mana nak laku..kenalah pacak pencawang byk2 sket.hahahaha

  4. Bagus sangat tu. Kalo pakai yg berkabel karang tak pasal2 kena curik, baik guna tanpa wayar je. 🙂

    BTW, sy memang pengguna setia Celcom utk phone dr tahun 2007 sampai sekarang. Utk internet sy guna Maxis sebab pakej diorang.

  5. Digi memang murah, tapi coverage tak elok sangat..klu balik kg merayap je connection tu.

  6. bagus sbb internet sudah semakin murah, cuma masih x cukup laju pada pendapat aku

  7. intenert dah makin murah sebab ramai dah mula memberi perkhimatan free wifi kot.. takut nanti tak ada orang nak beli internet diorng..

  8. Nanti ada la tuh untuk area Johor 😀

  9. saya pakai YES…dulu pernah pakai Maxis tapi hampa…

    Yes cukup la ngan keperluan saya…mungkin boleh beralih kepada jalur lebar 1malaysia jika ianya memuaskan…

  10. boleh try pakai maxis unlimited
    Jawatan Kosong Kerajaan´s last blog post ..Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Tangkak

  11. zahin

    Tgh mencari2 pakej yg brbaloi,nampak gaya mcm P1 jer yg brbaloi….buat masa nih aku pakai umobile prepaid…mmg cukup puas hati…habis kuata…limit ler xkit…yg paling aku anri sekali…maxia…belum apa2,baru nk setting screen kt internet dh telan hidup2 duit aku..mmg maki la…celcom pn sama…digi aku tak try lg sbb aku pakai umobile dulu……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge