Solat Tiang Agama. Bagaimana Nilai Solat Kita?

Salam Jumaat, biasanya memang pagi-pagi saya akan cari sumber-sumber ilmu berkenaan Islam. Motif? Untuk ingatkan saya balik siapa diri saya, apa tujuan saya dijadikan dekat atas muka bumi Allah ni dan apa hak Allah yang saya tak jalankan lagi. Hak Allah terlalu banyak, saya belum mampu tunaikan semua.

Tengah-tengah cari informasi berkenaan Solat Tiang Agama, saya terjumpa 1 himpunan gambar-gambar yang buat hati saya sebak sangat. Ya Allah, betapa hinanya saya yang sihat walafiat ni. Selalu ringankan hal solat. Tengoklah himpunan gambar-gambar bawah ni, mereka kurang bernasib baik tapi TETAP MENJAGA SOLAT. Insaf. Dulu, saya ada buat entry Menarik! Video Youtube Makna Bacaan Solat. Jemput tengok video ni kalau mahu ok

KENAPA SOLAT TIANG AGAMA?

solat-tiang-agama

Tip-tips Cara Rahsia Khusyuk Dalam Solat

Semoga Allah memberkati hidup kita semua. Siapa yang Allah gerakkan hatinya untuk baca entry ini diblog saya, mungkin Allah sedang memberi peringatan. Sama macam saya. Mungkin. Sama-samalah kita bermuhasabah diri. Amin. Kepada sesiapa yang ingin membuat tempahan kurban dan aqiqah bersama E-Qurban di Kemboja, sudah boleh buat tempahan pesanan korban secara online. Hari Raya Haji pun tak lama lagi.

Artikel Berkaitan

11 responses to “Solat Tiang Agama. Bagaimana Nilai Solat Kita?

  1. Ada yang menyebut tiang dan ada yg menyebut tali agama. Kenapa disebut begitu. Apakah hakikatnya. Guru2 tasauf melihat dari sudut hak. Maka ada yg tersirat. Sama2 lah kita mencari.

  2. mungkin leh ibaratkan seperti membina rumah..tanpa tiang2nya maka runtuh lah rumah itu..

  3. terima kasih atas peringatan ini…

  4. solat tak boleh nak dinilaikan…yang baik jadikanlah pegangan inikan wajib

  5. halif

    Itula..kadang2 terfikir juga, nilai solat kita berbanding mereka dalam gambar tu. hmm..hanya Allah yang tahu

  6. irsah

    Bersama mengambil iktibar dari coretan ini… sekurangnya dapat mengingatkan kita semua. thks share.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge