
Ada seorang kawan bertanya pada saya. “Seronok tak dah bertudung dengan betul ni?” Saya sejujurnya tidak berapa selesa bila ada yang bertanya berkenaan hal macam ini. Kalau tidak terlalu rapat, biasanya saya kurang berminat nak menjawab. Tapi, bila teringatkan kata seorang teman lain “Berdakwahlah semampu yang kita boleh, liza”.
Jadi, saya ambil keputusan untuk menjawab pertanyaan teman saya tadi.
“Alhamdulillah, oklah. Rasa macam lebih dihormati”. Dia tanya lagi “Hormat macam mana pulak?” Saya jawab lagi pertanyaan beliau dengan jawapan yang entah daripada mana saya dapat keberaniaan untuk ucapkan pada dia. Tapi, saya pasti jawapan saya ni kepunyaan Allah.
“Lepas pakai tudung dengan cara lebih sempurna daripada dulu ni, aku rasa orang keliling aku lebih hormat aku berbanding yang dulu. Lelaki yang bukan muhrim, tak berani nak sentuh-sentuh walaupun aku berlawak dengan diorang. Jangan kata sentuh tempat lain, nak hulur tangan bersalam pun diorang tak akan buat kecuali aku yang hulurkan” (saya TERhulur sebenarnya. Perlukan masa lagi)”.
Rasa lebih dihormati. Ya, itulah yang saya rasa sepanjang saya belajar untuk menjaga aurat dengan sempurna ni. Sebenarnya belum cukup sempurna, kan saya cakap tadi saya masih belajar dan akan terus belajar. Seronok sebenarnya bila “explore” agama Allah ni. Apa yang penting, berdoalah pada Allah setiap hari untuk tunjukkan jalan yang lurus pada kita.
Kalau dah berdoa tu, tak mungkin Allah akan buat tak hiraukan je permintaan kita tu. Percayalah, Allah akan ketuk pintu hati kita perlahan-perlahan cuma kita jelah antara perasan atau tidak dengan “petunjuk” Allah pada kita tu. Nak pakai tudung ni, kalau boleh janganlah kerana fesyen semata-mata.
Pening juga saya tengok bila ada yang pakai tudung sebab nak bergaya dengan fesyen tudung terkini. Lainlah kalau niat bertudung kerana Allah, cuma mengikut fesyen terkini dengan tidak keterlaluan tu lain cerita lah kot. Itu bonuslah untuk kita pada zaman sekarang. Tak salah ikut fesyen.
Islam ni memang mudah. Saya je yang dulu menyulitkan keadaan. Tak nak pakai tudung sebab panas, rimas. Tak nak pakai tudung sebab tak boleh nak tayang rambut yang Allah dah beri cantik-cantik ni, Tak nak pakai tudung sebab macam kolot.
Tapi, sebenarnya bila duduk diam-diam dalam bilik kosong (fefeeling kubur) fikirkan tentang akhirat nanti….Tercekik dibuatnya.
Tapi, sekali lagi. Saya tak mungkin boleh berfikir macam ni kalau tidak diberikan hidayah oleh Allah. Tak boleh. Sebab itu saya cakap, apa yang penting kita kena sentiasa berdoa diberikan hidayah terlebih dahulu. Bila hidayah dah dapat, barulah Allah akan masukkan dalam hati kita perasaan berdosa, perasaan bersalah dan macam-macam lagilah.
Selagi tak diberikan hidayah, kita akan buat sesuatu dosa tu tanpa rasa apa-apa pun sebenarnya. Itu apa yang saya rasa, oleh lain saya tidak tahulah. Saya minta maaf kalau entry kali ini akan menyinggung pembaca yang tidak bertudung (wanita), tetapi dengan rasa rendah hatinya saya katakan ini bukan untuk kepentingan diri sendiri.
Ini, cerita hidup saya. Tiada kaitan dengan orang lain. Sekian, Salam jumaat semua!








InsyaAllah ada rezeki saya akan buat satu entri khas sambungan entri ini … hidayah itu terlalu mahal hargnya kerana iyu kena sentiasa mohon dgn Allah.
[Reply]
Lizz Reply:
September 14th, 2012 at 12:05 pm
saya berbesar hati, bro. hehehe! nanti nak baca entri tu
[Reply]
masih ramai yang tercari-cari penghormatan ini… jalannya belum jumpa walaupun terbentang luas di depan mata…
[Reply]
Lizz Reply:
September 14th, 2012 at 1:25 pm
akan sampai harinya jugak nanti
[Reply]
kalau aku nk tanya, kenapa ko x bertudung for the first place sebelum ni, boleh x? hehe… aku pun curious jugak nak tau. yg aku lagi curious nak tau, kenapa yg bertudung beralih kepada freehair. hmm..
[Reply]
Lizz Reply:
September 14th, 2012 at 10:30 pm
aku xdibiasakan dr kecik. mmg dulu xpakai sebab xrase mcm dosa besar pun, tak terfikir org islam wajib pakai. senang cite asal2 nya didikan fmly bab ini kuranglah. tp, aku xsalahkan mak ayah lagi dah cam dulu;)
bertudung beralih ke free hair tu aku rs sbb iman xkuat or didikan asas agama kurang. maybe.
[Reply]
shraqs Reply:
September 27th, 2012 at 5:18 pm
Sy sendiri pernah bertanya kawan2 yg sedemikian (dr bertudung ke freehair) – Antara banyak jawapan yg saya terima,.. ikut persekitaran dan keperluan. Memang jarang , yg bagi alasan kerana agama mungkin disebabkan persekitaran awal diorang kot.. apa pun tak boleh nak salahkan diorang 100%, at least diorang tidak hipokrit dan berterus terang.
Sebaliknya lagi sedih kalau yang bertudung hanya di tempat kerja sahaja… yang ni memang ramai yg saya kenal, bila jumpa di luar boleh tak kenal dibuatnya.
BTW, doa yang berterusan & semoga diberikan hidayah olehNya adalah yang terbaik, berlaku tanpa paksaan. InsyaAllah
[Reply]
Lizz Reply:
September 27th, 2012 at 7:57 pm
ramai juga kenalan yang bertudung hanya sewaktu kerja sahaja, tapi biasanya kerana mmg diwajibkan oleh pihak atasan. bab ni macam2 alasan sebenarnya tapi itulah soal agama ni kena diri sendiri muhasabah….
[Reply]
Fefeeling kubur tu agak seram juga liza
[Reply]
Lizz Reply:
September 27th, 2012 at 1:33 pm
hahahahaa yang menulis pun seram sebenarnya -.-
[Reply]
Alhamdullilah. Anda punyai kekuatan untuk terus berhijab dan mendapat hidayah. Mummy pon tengah cuba-cuba untuk bertudung dan semoga tudung terus sampai bila2
[Reply]
InsyaAllah mummy. semoga dipermudahkan niat baik mummy tu and mohon doakan saya juga moga istiqamah
[Reply]