Fenomena Drama telenovela Trilogi Cinta 2 Bermula 6 September

trilogi-cinta-2

Trilogi Cinta 2, drama arahan Rosyam Nor terbaru dan Trilogi Cinta 2 ini merupakan kesinambungan drama Trilogi Cinta 1 yang pada saya agak lama dah pun tayangannya. Kena ingat balik jalan ceritanya.

Bermula hari ini iaitu 6 September 2012  tepat jam 10 malam di TV1,  drama rantaian Trilogi Cinta 2 menampilkan Rosyam Nor dan Fouziah Gous bergandingan dalam telenovela Trilogi Cinta ini sekali lagi. Agak-agak apalah kesudahan nasib si Norjinah ye? hahahahaha!!!! Tak sabar pulak nak tengok. Dahlah ada wanita baru yang “kacau daun” ke apa agaknya kan dalam musim terbaru ni. Ada Rita Rudaini hoi!

Saya cuba cari Sinopsis untuk Trilogi Cinta 2 ni tapi macam tak banyak pula. Kalau ada pun, pendek tapi daripada tak ada biarlah saya letak sikit. Kan? Nanti kalau saya jumpa yang baru, saya “update” lagi entri ni ok. Kalau rajin. hahahaha!!

“Kesinambungan kisah rumahtangga Norjinah dengan Razif.Hubungan Norjinah dan Razif diuji sekali lagi.Bagaimana Norjinah menghadapinya?Nantikan dalam dalam Trilogi cinta 2”

Amacam? Memang pendekkan? Tak apalah, syok juga tak tahu sinopsis Trilogi Cinta 2 sebab bolehlah buat-buat macam tak tahu apa-apa jalan cerita. Padahal dah baca novel. Alah, tapi saya memang dah tak ingat pun jalan cerita novel Sharifah Abu Salem ni. Dah lama sangat saya baca masa zaman Degree dulu!

Oleh kerana drama Trilogi Cinta 2 dengan musim pertama ni agak jauh tenpoh masa penyiarannya kan, saya rasa tak salah kalau saya letakka sekali lagi sinopsis Trilogi Cinta 1 dekat sini kot. Macam dah lupa jalan cerita. Harapannya, korang bolehlah ingat semula. Nanti malam ni tak adalah terpinga-pinga.

Sinopsis Trilogi Cinta 1 

Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar.

Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.

Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu.

Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.

Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.

Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya.

Lalu bagaimanakah kesudahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah?

Ok, cukupalah setakat ni dulu. Nanti saya update entry Trilogi Cinta 2 ni kalau rajin. Jadi, jangan lupa ye tunggu drama rantaian ni malam nanti jam 10 malam di TV1 setiap hari Khamis dan Jumaat. Selamat menonton!! Hmm, Cinta Cenat Cenut ni cerita apa daa????

Artikel Berkaitan

5 responses to “Fenomena Drama telenovela Trilogi Cinta 2 Bermula 6 September

  1. Boleh jugak la layan nanti. Lama jugak tak layan TV1 nih

  2. kalau ramai kata drama ni bagus baru tengok 🙂

  3. jgn orang rumah saya tau sudah…nanti mesti dia nak tengok…hahaha

  4. maaf da lanjutan dari cerita trilogi cinta 3….soalnya endingnya masih gantung alias belum jelas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge