Bacaan Doa Selepas Solat Ringkas

Doa selepas solat sememangnya sangat penting. Kalau solat tapi doa selepas solat tidak dibaca, macam sombong kan? Doa selepas solat yang saya akan kongsikan ini saya cari untuk kegunaan saya sendiri sebenarnya. Tapi, alang-alang apa salahnya berkongsi.

Memang ada doa selepas solat Fardhu yang agak panjang dan lengkap, tapi kalau macam saya yang bekerja ni macam tak sempat kan nak habiskan doa panjang-panjang dalam waktu rehat yang singkat. Jadi, inilah yang beri saya motivasi untuk cari doa yang lebih ringkas, mudah tetapi dalam masa yang sama berkesan.

Adam Dan Hawa video paling kontroversi

Kalau korang rajin cari doa selepas solat yang lain di internet, memang ada banyak lagi tetapi yang ini kira version sayalah kan. Kalau korang ada link blog islamik lain yang ada berkongsi tentang koleksi doa, sudi-sudikanlah kongsi dekat sini. Terutama Doa Murah Rezeki. Secara tak langsung, dapat pahala juga. hehehehe!

Doa Selepas Solat Ringkas

doa selepas solat

 

Maksud Doa Selepas Solat:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Doa Lain: Doa Meminta Ampun dan Taubat Pada Allah

Semoga perkongsian berkenaan Doa Selepas Solat ini bermanfaat untuk kita semua yang muslim. Saya sebenarnya nak rombak balik kategori dalam blog saya ni, salah satunya akan ada kategori ISLAMIK yang mana saya akan kongsikan ilmu-ilmu tentang Islam dengan pembaca blog ini. InsyaAllah

Rasanya sudah sampai masa untuk saya berkongsi tentang bahan-bahan ilmiah, dan lebih-lebih lagi berkenaan ilmu Islamik selain ilmu blogging, ilmu pendidikan umum. Tetapi kategori hiburan “yang tidak melampau” tetap ada macam sinopsis drama, video trailer drama yang tidak keterlaluan tu tetap ada. Itu minat saya. hehehehe.

 

Artikel Berkaitan

5 responses to “Bacaan Doa Selepas Solat Ringkas

  1. terima kasih perkongsiannya. ayat last tu susah nak lari, dh namanya wanita… heeee

  2. doa sesudah solat yang sangat praktikal bagi mereka yang mahu jimat masa..thanks for the sharing..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge