Video dan Lirik Lagu Lagu Raya Aidilfitri 1 – Suasana Hari Raya

Lagu-lagu raya aidilfitri sudah mula kedengaran. Aww, tak sabar nak raya nampaknya! Koleksi lagu-lagu raya aildilfitri ini saya akan “update” selalu. Ambil mood nak buat persiapan rayalah katakan. Semoga korang terhibur sekali ya!

Untuk bahagian 1, koleksi video dan lirik lagu-lagu raya aidilfitri ni saya kongsikan lagu yang pada saya tidak asing lagi ah. Saya yakin 100% mesti semua tahu lagu ni tapi mungkin ada yang tidak hafal lirik. Nah, saya kongsikan ok. hehehehe!!! Lagu kegemaran saya, Suasana Hari Raya dendangan Anuar Zain dan Ellina.

Suasana Hari Raya

A:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

E:
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

( korus 1 )
A:
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
E:
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

( korus 2 )
A:
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
E:
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

A & E:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

( ulang korus 1 & 2 )
Credit to: liriklagump3

Video Suasana Hari Raya

Semoga terhibur dengan video lagu suasana hari raya dendangan Anuar Zain dan Ellin. Ahaks!!! Best kot lagu ni. Lagu raya paling wajib saya dengar waktu kemas rumah. hehehehe!!! Nanti saya akan update lagi lagu raya yang lain. Cukup setakat ini dulu. Pada yang rasa nak kurus sikit masa hari raya nanti bolehlah cuba DIET TIPS RAHSIA SISTEM DIET KAMIKAZE. Kalau nak bershopping tudung raya pula, boleh baca entry koleksi eksklusif terbaik dari ladang ini. Anda tidak akan rugi!! yehaaaa!!! Nak raya  😉

Artikel Berkaitan

7 responses to “Video dan Lirik Lagu Lagu Raya Aidilfitri 1 – Suasana Hari Raya

  1. antara lagu raya yg meletop sampai sekarang. lagu ni tiap2 tahun mesti dengar kat radio juga.

  2. Pingback: Perutusan Sempena Nuzul Al-Quran 2012 1433 Hijrah Oleh Perdana Menteri | Lizarazak - Blogging Itu Seni

  3. lagu raya fevret saya…

  4. antara lagu moden yang menjadi evergreen sepanjang perayaan…

    p/s: adehhhh liza… asa nak balik kampung sekarang jugak..huhu

  5. kalau lah ada lagu “suasana lepas hari raya” mesti dah tau kan macam mana liriknya huhuhu 😛

  6. lagu wajib dengar nie..:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge