Dunia blogging memang seronok kalau kita bijak gunakan platform sedia ada ni untuk berkongsi maklumat berguna pada para pembaca. Pembaca blog zaman sekarang bukan macam pembaca dulu, zaman sekarang semua dah “demand”. Kita kena bijak atur strategi blogging kita sendiri.
Blogger kejar trafik, blogger manipulasi entri seks panas untuk dapatkan trafik yang tinggi dan macam-macam lagi cara yang kita dengar selama ni. Sebenarnya, perkara macam ni terpulang pada individu blogger tu sendiri. Kalau dia rasa selesa gunakan “keyword panas” untuk dapatkan trafik, itu hak dia. Tanggunglah sendiri akibatnya nanti. hehehehe! Malas nak komen. Sensitif isu macam ni.
Tapi, jangan risau. Kali ni saya tak nak bagi tips seo yang panas-panas. Saya cuma nak bagi tips blogging mudah saja, macam mana nak pikat pembaca blog untuk datang baca entri diblog kita. Mesti ada strategi pikat memikat ni. hohohoho!!!! Entri ringkas, Tips Blogging: 5 Jenis Entri Blog Yang Mendapat Trafik Tinggi saya hadiahkan untuk korang semua! Ideanya mudah, nak tulis entri, tulislah entri yang memudahkan pembaca membaca entri tersebut dan solusi masalah yang mereka cari, mereka dapat selesaikan setelah membaca entri. Itu saja kuncinya.
5 Jenis Entri Blog Yang Mendapat Trafik Tinggi
1. Senarai tips Berguna
Selain penulis blog, saya juga merupakan pembaca blog. Jadi, saya memang tahu sangat yang ini. Pembaca lebih suka dan mudah tertarik dengan jenis entri yang berunsurkan Senarai tips, contohnya 10 tips diet paling mudah, 10 tips memujuk kekasih hati dan macam-macam lagi. Senang je, saya pasti korang teror bab ni!
2. Senarai Popular atau Terbaik
Ini sebenarnya lebih kurang dengan yang jenis entri yang saya sebutkan di atas, cuma bezanya hanyalah korang cuba senaraikan fakta atau maklumat yang betul-betul POPULAR. contoh, 5 senarai pelakon PALING POPULAR tetapi lakonan hampeh. hahahaha!!! Ok, ini contoh jelah. Janganlah emo. Cuma, kata kuncinya ialah masukkan saja keyword POPULAR! Siap, tunggu saja trafik masuk :P
3. Entri berunsurkan nasihat berguna
Ok, ini pun salah 1 jenis entri yang paling mendapat sambutan diblog Lizarazak ni. Ideanya, kita cuba sampaikan maklumat berguna atau nasihat yang positif pada pembaca. Tak kiralah nasihat tu berunsurkan agama atau mungkin hal kehidupan seharian kita. Fikirkan sekarang!
4. Entri berunsurkan soalan pada pembaca
Ini trick paling simple tapi berkesan. hehehehe!! Ok, senang je. Korang cuma perlu fikirkan 1 contoh bentuk permasalahan semasa yang tengah hot waktu sekarang dan cuba hasilka 1 bentuk soalan atau pertanyaan yang boleh buat pembaca blog teruja nak datang baca entri tersebut dan pastikan soalan tu tidak terlalu sensitiflah. Nanti, kalau terlalu sensitif payah juga. Boleh buat gaduh. Ini kena belajar. heh!!
5. Entri berunsurkan perdebatan
Ini adalah 1 jenis entri yang perlukan risiko agak tinggi. Masih ingat tak, 1 ketika dulu saya pernah kena “bambu” dengan segelintir pembaca gara-gara entri Bantahan terhadap Drama Tahajjud Cinta. Tapi Makin Ramai Yang Teruja Tengok? Itu contoh entri berunsurkan perdebatan. Memang best sebab entri pasal Tahajjud Cinta ni antara sumber Trafik Organik untuk blog saya. Saya ada tulis entri Keyword Tahajjud Cinta Penyumbang Trafik Organik Terbanyak ni tapi ada risikolah. Kalau berani, cubalah.hehehehe!
Rasanya cukuplah saya beri 5 Jenis Entri Blog Yang Mendapat Trafik Tinggi ni dulu. Nanti kalau rajin, saya buat entri tips blogging ya. Kalau ada yang sudi nak tambah tips, kongsilah di bahagian komen nanti. Terima kasih dan selamat mencuba!








Saya suka part debat. tapi, itulah, debat bukan budaya saya.. huik3….
[Reply]
Lizz Reply:
August 30th, 2012 at 6:12 pm
debat kena ambil risiko, samada org ramai setuju or orang akan marah.huhuhu
[Reply]
shahroll Reply:
August 30th, 2012 at 7:34 pm
yup! tapi berdebat menggunakan landasan ilmu tak pe, kang berdebat ngan orang yang “kosong” agak malas jugak.. huhuhuhu
[Reply]
hmm agree..semua ni slalu orng search..
[Reply]
Lizz Reply:
August 30th, 2012 at 6:13 pm
thanks agree, zuan. ada nak tambah tak?hehehehe
[Reply]
Nak tips diet mudah bolehhhhhhh? Ekeke
Sebenarnya perkongsian di atas memang mampu sumbangkan trafik yang tinggi dan tidak lapok ditelan zaman. Terkadang sesetengah blogger SEO ni mereka terlalu kejar SEO dengan keywords2 panas dengan isu-isu semasa. Itu merugikan ! Sebab orang akan cari dalam masa panas je.
Kalau macam perkongsian Puan Liza kita ni orang akan selalu masuk. Tak kira zaman. Ye dak? Tapi kenalah selalu update~ Tahun ni Ustaz Don Kahwin 1, Nanti Ustaz Don Kahwin 2 haa camtoh. Ehh
[Reply]
Lizz Reply:
August 30th, 2012 at 6:14 pm
hahahaha!!!! klik pada banner tips diet kamikaze tu pls
blog ni suka jugak main SEO tapi bila perlu je. tak best juga asik main SEO. seeloknya campurkan. unless mmg berblog untuk duit semata-mata..itu terpaksalah kot.
ewah, panas btol dgr pasal usz don.wakakakakaka
[Reply]
walla…. terima kasih banyak-banyak, semakin bertambah semangat nak buat tip banyak-banyak untuk tambah bilangan pengunjung dan pembaca setia…
[Reply]
Lizz Reply:
August 30th, 2012 at 6:15 pm
alhamdulilah, semoga bermanfaat untuk yg lain. thanks sebab sudi komen
[Reply]
buat gosip artis kompom meletup blog
[Reply]
Lizz Reply:
August 30th, 2012 at 9:23 pm
huhuhuhu!! tak berani nak tanggung bebanyak dosa tak sengaje tu -..-
[Reply]
Satu lagi kategori yang boleh meletup ialah buat spekulasi.
[Reply]
Lizz Reply:
September 5th, 2012 at 1:14 pm
spekulasi yang positif, boleh je buat. hehehehe
[Reply]
kesemua tips ni memang mudah dapatkan trafik tinggi. dulu ada jugak sekali-sekala buat entri berpandukan tips2 ni. tapi sekarang main ikut jari je nak menaip apa. penat nak tarik trafik huhu
[Reply]
Jebeng Otai™ Reply:
September 5th, 2012 at 12:15 am
aah la bro..mana yg smpt tulis jer..tips2 ni kene kajian skit..hehe
[Reply]
Lizz Reply:
September 5th, 2012 at 1:20 pm
amirez~betol tu sekali sekali jelah buat. blog ni pun same. time rajin je n ade keperluan.hahahaha!!!
JO~ kene rajin kan? hihihi
[Reply]
kadang2 kita blogger yang dah lama berblogging nie memang perlu baca semula entri2 tentang tips berblogging nie sebagai ulangkaji untuk mantapkan lagi blog..tips yang ringkas tapi sangat berguna..nice! dan terima kasih
[Reply]
Lizz Reply:
September 5th, 2012 at 1:30 pm
sama-sama. kite belajar dan terus belajar bersama ok. hehehehe!!!
[Reply]
Entri yang berbentuk senarai antara paling mudah buat + paling hot.
[Reply]
Lizz Reply:
September 5th, 2012 at 3:59 pm
mudah dan berbaloi. kan? hehehehe
[Reply]
tips yang berguna sekali bah tq~
[Reply]
nampaknya banyak benda kena belajar ni…thanks for the info admin..
Jeannette´s last [type] ..Trading for a Living
[Reply]