Perutusan Sempena Nuzul Al-Quran 2012 1433 Hijrah Oleh Perdana Menteri

nuzul-al-quran-2012

Perutusan Sempena Nuzul Al-Quran 2012 1433 Hijrah Oleh Perdana Menteri.  Nuzul Al-Quran 2012, 1433 Hijrah akan disambut esok 17 Ramadhan oleh umat Islam seluruh dunia. Cepatnya masa berlalu kan? Jom nyanyi lagu suasana hari raya. hehehehe!!

Mungkin ada yang kurang faham apa itu Nuzul Al-Quran, tak apa sudah alang-alang saya terbitkan entri ni saya pun merajinkan diri cari informasi berkenaan sejarah Nuzul Al-Quran untuk kita semua hayati bersama. Moga bermanfaatlah ya untuk korang dan untuk saya juga. Saya ambil informasi ni daripada website www.islam.gov.my

Nuzul Al-Quran 

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Semoga penerangan berkenaa Nuzul Al-Quran di atas ni dapat bantu kita untuk ingat balik maksud sebenar sambutan yang kadang-kadang kita sambil lewa je. Hmm, sempena sambutan Nuzul Al-Quran 2012 ni, Perdana Menteri Malaysia telah buat perutusan sempena sambutan hari istimewa ini di website rasmi 1Malaysia.com.my

Perutusan Sempena Nuzul Al-Quran 2012 1433 Hijrah Oleh Perdana Menteri

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Ramadan dan Salam 1 Malaysia, Saudara dan saudari sekalian,

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kita ungkapkan kepada Allah SWT, bersama bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, sekali lagi kita diizinkan untuk memperingati peristiwa Nuzul al-Quran. Sesungguhnya al-Quran yang mulia ini diturunkan pada bulan Ramadhan kepada hambaNya untuk dijadikan petunjuk dan pedoman hidup.

Kita sangat bersyukur kerana telah terpilih menjadi umat yang menerima kitab suci al-Quran ini. Kitab suci ini merupakan kitab yang terkahir dari susunan kitab-kitab dan suhuf suci yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepada para rasul-Nya. Sesungguhnya, al-Quran merupakan satu manual panduan yang paling lengkap dan bermukjizat bagi manusia mengendalikan kehidupan duniawi dan ukhrawi. Allah SWT sendiri memperingatkan kita melalui firman-Nya di dalam surah al-Israa’ ayat ke-9 yang bermaksud:

“Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.”

Berpegang kepada kepentingan al-Quran ini, kerajaan telah meletakkan al-Quran sebagai satu mauduk penting dalam sistem pendidikan umat Islam. Al-Quran diajar dalam arus perdana pendidikan rendah dan menengah negara melalui penambahbaikan kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) serta pendekatan J-QAF secara komprehensif.

Hakikatnya, Program Transformasi Negara berteraskan pendekatan ‘islah’. Pendekatan ‘islah’ ini telah berjaya memperbaiki keadaan Malaysia daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah, kepada sebuah negara perindustrian berpendapatan sederhana tinggi dan kini, kita mengorak langkah ‘islah’ kita, mendukung visi menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi, Insya Allah.

Akhir perutusan ini, saya berdoa agar dengan keberkatan Nuzul al-Quran yang terjadi di bulan Ramadan yang agung ini, Allah SWT akan menyatukan hati kita semua, bagi menjaga dan memperkasa Agenda Islam sebagai wadah ‘islah’ dan transformasi negara Malaysia yang tercinta ini.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Oklah, selamat menyambut Nuzul Al-Quran 2012 1433 Hijrah buat semua muslimin dan muslimat. Selamat menjalani ibadah puasa kalian dengan sempurna ya. Berbuka puasa nanti jangan rakus sangat. hahahahaha!!!!

Artikel Berkaitan

9 responses to “Perutusan Sempena Nuzul Al-Quran 2012 1433 Hijrah Oleh Perdana Menteri

  1. byk peristiwa berlaku bulan ramadhan ni.. 🙂

  2. sejarah islam sungguh indah untuk dikaji…

  3. Setiap masa orang yang menentang kita (bukan islam) mengkaji al-quran… tapi sedih juga kita masih lagi gagal untuk menguasai pengisiannya.. termasuk diri sendiri… trima ksih berkongsi liza…

    • sama pun sama, sekarang tengah belajar mengkaji rahsia Al-Quran. memang banyak ilmu dalam ni kalau dibaca dan difahamkan maksud tersirat..alhamdulilah, semoga bermanfaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge