Penetapan Tarikh Raya 2012 pada 18 Ogos 2012

tarikh-raya-2012

Tarikh Raya 2012 akan diumumkan pada 18 Ogos 2012 ini. Pengumuman tarikh raya 2012 akan diumukan oleh penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Katanya tahun ni kita berpuasa 29 hari je kan? Kena tunggu pengumuman tarikh melihat anak bulan Syawal 2012 dulu baru boleh pastikan.

Pejam celik, pejam celik dah nak raya. Ya Allah rasa macam baru semalam sambut Ramadhan 2012 kan? Baru berterawih beramai-ramai dekat mesjid, tengok-tengok dah nak raya. Lepas ni, nak sambut raya haji pulak. Sesiapa yang teringin nak buat ibadah Qurban dan Aqiqah di Kemboja, bolehlah tempah di sini sekarang. Jangan tunggu masa dah suntuk. Cepatnya waktu sekarang!!!! Korang dah siap sedia nak raya ni? hehehhe!!! Mesti persiapan havoc ni semua kan?

Ada lagi tak yang belum tonton Video Iklan Bernas Hari Raya 2012? Tolonglah tengok kalau belum. hahahaha!!! Paksa orang tengok pun boleh. Sebak tahu tak. Walaupun saya anak yatim tapi syukur masih cukup semuanya.

Oh ya, bloggers dah tahu ke cerita sedih pasal salah seorang blogger yang saya rasa ramai yang kenal. Bro Jejai, pemilik blog teratakarmo yang diuji oleh Allah dengan penyakit “Lung Cancer Stage 4”. Semoga tabah menjalani ujian ini. Ingat nak bantu apa yang boleh. Ada sesiapa dekat sini yang tahu macam mana kita semua boleh tolong beliau? Any idea?

setiap hamba Allah pasti diuji. Kita ni bergembira-gembira juga, tapi bila dapat berita ada kawan-kawan yang tengah ada masalah berat terasa sebaklah jugak kan? Hmm, kita lupakan hal bro jejai dulu. Semoga Allah akan melindungi beliau. Korang jangan lupa tengok pengumuman tarikh raya 2012 esok malam ya.

Alah kalau saya tak ingatkan pun, korang mesti laju kan bab-bab ni. hahahaha!!!

Bro Denaihati ada menyebut di dalam entri terbaru pengumuman tarikh melihat anak bulan Syawal 2012 beliau “Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 18 Ogos 2012 ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini. Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Sabtu itu menerusi radio dan televisyen” Jadi, jangan ketinggalan ok kita tonton bersama nanti  😉

Selamat menyambut hari kemenangan, selamat hari raya aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat seluruh dunia. Semoga Syawal kali ini akan memberi sesuatu buat kita semua. Saya ada tulis entri koleksi pantun lawak hari raya aidilfitri, mana tahu ada yang baca. hehehehe!!!

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

2 responses to “Penetapan Tarikh Raya 2012 pada 18 Ogos 2012

  1. Salam Aidifitri. Maaf Zahir dan Batin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge