Murah Rezeki Dengan Ayat Al-Quran

Murah rezeki dengan ayat Al-Quran, tajuk entri kali ni. Entri Doa mudah dapat kerja di blog saya ni memang sentiasa dapat kunjungan pembaca, alhamdulillah. Gembira dapat berkongsi ilmu yang saya jumpa dengan orang lain. Murah rezeki dengan ayat Al-Quran ni pun harapnya dapat membantu pembaca lain.

Dalam hidup kita ni, mana ada manusia yang inginkan hidup susah kan? Orang gila pun kalau boleh nak tahu cara dimurahkan rezeki mereka. Kalau ikut fahaman orang bukan Islam, memang mereka percaya 100% rezeki adalah hasil titik peluh mereka sendiri. Tapi, kita ni orang Islam. Haruslah percaya rezeki kita ada ditangan Allah S.W.T, tugas kita BERUSAHA!

Banyak contoh Amalan dan Doa Murah Rezeki di internet ni, saya dah kongsi dengan pembaca sebelum ni. Kali ini, entri Murah rezeki dengan ayat Al-Quran saya dapat daripada blog yang pada saya tak rugi baca, Rahsia Rezeki. Ayat di bawah ni saya copy paste 100% daripada sumber blog ini sebab tak berani nak tukar-tukar ayat pasal agama. Harap faham.

Dari al-Quran, “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi…” (Al-A’raf: 96)

Apabila dikatakan takwa, ia meliputi ruang lingkup yang begitu luas iaitu termasuk melakukan segala amalan yang disuruhi Allah iaitu yang termasuk di dalam rukun Islam, melakukan segala ibadat, zikir, tasbih, tahmid, mengerjakan segala amalan sunat dan sebagainya. Mengenai ibadat, Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: “Tuhanmu telah berfirman: ‘Wahai anak Adam,sempatkanlah untuk beribadah kepadaKu, maka Aku akan penuhi hatimu dengan rasa kaya dan Aku akan penuhi kedua-dua tanganmu dengan rezeki. Wahai anak Adam, janganlah kamu menjauhi Aku, maka Aku akan memenuhi hatimu dengan kefakiran dan kedua-dua tanganmu dengan kesibukan’.”(H.R Imam Al-Hakim daripada Mu’aqqal bin Yassar r.a.)

Didalam al Quran ada dinyatakan bahawa sesiapa yang tidak bersyukur maka Allah akan mendatangkan azab yang pedih kepadanya, sebaliknya sesiapa yang bersyukur Allah telah menjanjikan ni’mat kepadanya. Ayatnya Bermaksud: “Dan (ingatlah juga), tatkala Rabbmu memaklumkan: ‘Sesungguhnya, jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.”

Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Abi Hurairah r.a., ia berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Siapa yang suka untuk dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung tali silaturrahim.”

Dalam al-Quran ada disebut bahawa orang yang besedekah akan mendapat balasan yang berlipat-ganda. “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia. (Al-Quran Surah al Hadid, Ayat 18)

Daripada Abi Dhibah berkata: Usman Ibnu Affan r.a berkata, Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya membaca surah “al-Waaqiah” tiap tiap malam. Sesungguhnya saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca surah ‘al-Waaqiah’ tidak akan jadi miskin selama-lamanya.”

Memperbanyak istighfar, memohon keampunan kepada Allah adalah salah satu cara untuk memperolehi rahmat dan diberi rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka.

Hadis Nabi s.a.w. bermaksud: “Barangsiapa tekun beristighfar, nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan serta diberi rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka.” (H.R. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Hakim)

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Seandainya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, pasti kamu diberi rezeki sebagaimana burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (H.R Umar bin al-Khattab dari Imam Ahmad, At-Tirmizi dll.) Hadis ini bukanlah bermaksud supaya kita diam sahaja dan tidak melakukan apa-apa dan mengharapkan pemberian dari Allah, malah jika kita fahami, dalam hadis ini, dan melihat kelakuan burung, ia keluar pada pagi hari berterbangan dan berkicauan ke sana kemari untuk mencari rezeki dan akhirnya akan diberi rezeki yang ditemuinya di mana-mana.

Dalam al-Quran terdapat satu ayat yang menyatakan tentang orang yang berhijrah akan memperolehi banyak rezeki. “Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.” (An-Niza’: 100)

Belajar ilmu Feqah termasuk juga di dalam perkara yang mendatangkan rezeki seperti mana tersebut dalam hadis Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa belajar ilmu Feqah (mendalami ilmu agama) padahal ia berkehendak ingin mendirikan agama Allah Taala, nescaya memadai oleh Allah Taala bagi dia akan segala yang dicita-citanya dan memberi Ia rezeki akan dia dengan tiada terkiranya dan tiada diusahanya yakni dimudahkan oleh Allah akan rezekinya dengan tiada diusahainya dan tiada dibicarakannya.”

Sebagai ingatan kepada kita semua dalam memburu kekayaaan dan kesenangan, di bawah ini diturunkan hadis Nabi s.a.w. sebagai panduan, yang bermaksud: “Barangsiapa yang kehidupan duniawi menjadi tujuan utamanya, nescaya Allah menjauhkan dirinya dari tujuannya, dan meletakkan kefakiran di hadapan biji matanya. Ia tidak mendapatkan kehidupan dunia, melainkan apa yang telah ditentukan baginya. Barangsiapa yang kehidupan akhirat menjadi niat utamanya, nescaya Allah akan menyatakan dirinya dengan tujuannya, dan menjadikan kekayaan dalam hatinya sekaligus mendapat kehidupan duniawi. Dan (perlu diingat), kehidupan duniawi adalah hina.” (H.R. Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmidzi.)

Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah s.w.t. berfirman: “Wahai manusia, sekiranya engkau takut kepada neraka sebagaimana engkau takut kepada kemiskinan, nescaya Aku akan memberi kekayaan kepadamu daripada jalan yang tidak dapat engkau jangkakan.” (Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan)

Bacalah betul-betul artikel di atas ni, banyak sebenarnya ayat-ayat Al-Quran yang sebutkan berkenaan rahsia bagaimana nak murah rezeki ni. Cuma, biasalah kita ni orang biasa. Manalah teliti sangat bila baca Al-Quran kan? Saya bercakap pasal diri saya sendiri. Sekarang ni, kalau baca Al-Quran memang kena baca terjemahannya sekali. Barulah faham. huhuhuhu!!!

Semoga entri Murah rezeki dengan ayat Al-Quran saya ni beri manfaat pada pembaca blog Lizarazak.com. Oh ya, 29 Ogos ni genaplah 3 tahun saya berblog dengan menggunakan hosting dan domain daripada Serverfreak. Kalau korang nak ada domain sendiri, silalah berurusan dengan mereka. Servis terbaik setakat ini!!!

p/s: Hari Raya Qurban dah nak dekat, sesiapa yang ada rezeki lebih dan nak buat amal jariah bolehlah melakukan Qurban atau aqiqah dengan E-QURBAN. Saya dah pun dapat sijil penyertaan. Alhamdulilah, rezeki dikongsi bersama dengan mereka yang susah   ;)

Artikel Popular

4 Comments

  1. byk doa2 yg boleh diamalkan..jgn bergtg selain dariNya pula :)

  2. onlajer says:

    apa kata saya beri satu ayat dari surah kof yang berbunyi
    “inna haza larizku na maluhu min nafad” (sila semak di alquraan surah kof dalam tengah2 surah untuk kepastian) baca ayat ini semasa membayar atau menghulurkan wang atau harta.

  3. torik says:

    Betul sekali, kebanyakan dari kita hanya baca Qur’an tidak dengan maknanya jadi tidak faham maknanya
    torik´s last blog post ..Mencegah Badan Menggemuk Karena Kurang Tidur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge