Keluarga Iskandar Episod 5 Best!

keluarga-iskandar

Keluarga Iskandar episod 5 best, drama terbaru di Astro Prima ini sangat menarik hati. Drama Keluarga Iskandar ini pada saya best untuk kita tonton bersama keluarga, lawak dalam drama Keluarga Iskandar ni sangat ringan dan santai habis.

Sinopsis drama Keluarga Iskandar, mengisahkan tentang seorang ibu yang tegas dan penyayang bernama Mak Jah yang berusaha sedapa upaya untuk menyatukan anak-anak, menantu dan cucu-cucunya yang dilanda perpecahan. Ada tiga generasi dalam cerita Keluarga Iskandar dan menyentuh tentang isu masyarakat Malaysia di mana kita dapat lihat nenek dan datuk dalam filem ni sangat moden, dah pandai guna iPhone dan bijak menggunakan internet untuk mencari anaknya di Facebook

Sebenarnya, drama Keluarga Iskandar ini sudah episod ke 5 kalau tidak silap saya. Saya tengok semua episod tapi biasalah, Astro kan selalu ulang-ulang. Sampai saya sendiri tak tahu episod berapa. hahahahaha!!! Tapi, yang pasti drama ini makin lama makin best. Gelak terbahak-bahak jugalah. Habis pahala puasa Ramadhan saya. kikikiki!!!

Kalau korang tertinggal episod sebelum-sebelum ni, korang tak payah risau. Dah namapun Astro kan? Haruslah ada tempat nak download keluarga iskandar ni. Lepak dulu, nanti bolehlah klik sahaja link dan download sampai lebam. hahahaha!!!

Apa yang menarik dengan drama ini? Ok, saya rasa tarikan utama yang buat saya teruja sangat dengan drama Keluarga Iskandar ni haruslah sebab drama ini berlatar belakangkan tentang kehidupan sebuah keluarga di Johor. Ehem, negeri Johor Darul Takzim yang katanya banyak kontroversi ni, negeri kelahiran saya. hehehehe!! Haruslah bangga nak tengok 😉

Kedua, rasanya saya tertarik dengan jalan cerita drama ni. Bak kata orang kuat program Twtupkaseh dan pemilik blog yang stylo habis Wanista.com, Aidasue. Drama Keluarga Iskandar ni sangat real. Memang pun!!! Tak macam tengok drama biasa pun, nampak macam kita pun turut sekali berlakon dalam ni. wakakakaka!!! Ok, over sangat dah ni.

Apa-apapun, korang yang belum pernah tengok drama Keluarga Iskandar ni wajib cuba layan sekali. Tengok apa jadi lepas tu. Mesti sangkut jugalah dengan drama yang menggelihatikan ni! Selama menonton ya!!! Selamat berpuasa sekali lagi. Kalau belum shopping tudung raya, mohon klik pada entry koleksi eksklusif Terbaik Dari Ladang dan selamat bershopping sakan!

Artikel Berkaitan

7 responses to “Keluarga Iskandar Episod 5 Best!

  1. Anak yang agak psycho!:)

  2. Saya tak berapa nak follow drama best ni… Maklum la tgh syok layan Astro Bella. Thanks sbb sharing pasal drama santai ni… =)

  3. tak pernah tengok lagi drama ni setakat ni…

  4. Pingback: Video Iklan Bernas Hari Raya 2012 Buat Ramai Menangis | Lizarazak - Blogging Itu Seni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge