69,644,462 Views Untuk Youtube Gangnam Style

youtube gangnam style

Youtube Gangnam Style nampaknya berjaya ya jadi fenomena. Video youtube gangnam style ni makin hari makin banyak pulak jumlah views. Fenomena baik atau tidak? Korang fikir macam mana? Hmmm fikir!

1 sisi nampak best sebab adalah juga muzik yang santai, lawak dan menghiburkan. Tapi, bila saya layan Youtube Gangnam Style ni lama-lama macam ada tak kena pun ya. Video klip yang original memanglah daripada orang bukan Islam, jadi kita tak boleh nak komen banyak sangat. Kan? Tapi, yang parody version kemain lagi ligat nampaknya.

Sekali tengok, bolehlah layan dengan tarian diorang tu tapi lama-lama layan rasa cam nak campak laptop pun ada jugak. hahahaha!!! Terkinja-kinja lain macam. Dah tak rupa manusia pun ya juga. huhuhu. Maaflah cakap macam ni tapi itu yang saya rasa bila layan Youtube Gangnam Style ni.

69,644,462 Views Untuk Youtube Gangnam Style ni je dah buktikan yang video klip memang dah jadi fenomena lah kan. Saya nak letak video klip ni dekat blog saya ni tapi atas dasar diri bahawasanya berkongsi perkara tak berapa nak elok pun akan menyumbangkan dosa kepada saya sendiri, jadi saya tak teruskan niat murni tu. hehehehe!!! Korang tengoklah sendiri ye kalau nak!

Sebagai ganti dengan kekecewaan korang yang tak dapat nak layan video Youtube Gangnam Style tu dekat blog saya ni, saya gantikan dengan 1 video klip yang saya jamin akan tambahkan pahala kita semua. Semoga hati kita lebih tenang hendaknya dengan video bacaan Al-Quran. hihihihi!!!

Dah dengar bacaan surah Al-Waqiah ni? Kalau rajin, amalkanlah setiap hari sebab Rasullulah S.A.W dah bersabda barangsiapa yang membaca surah ni dijamin oleh Allah S.W.T yang dia tidak akan fakir. Surah pendek je pun. Saya ada kongsi Rahsia Surah Al-Waqiah sebelum ni, jemput baca kalau rajin. Oh ya, saya dah join contest suka-suka oleh bro Denaihati, 10 Entri Terbaik Denaihati. Korang bila? Kalau nak lakukan ibadah Qurban atau Aqiqah, jemput klik banner di bawah. Rezeki Allah beri, kongsi bersama   😉

Artikel Berkaitan

7 responses to “69,644,462 Views Untuk Youtube Gangnam Style

  1. Entahnya..ntah pape je. yang gangnam raya tu lagi la. malu nak tgk.

  2. Meletup habis Gangnam Style ni. 🙂

  3. entahlah video gangnam nie macam tak berapa masuk dengan aku..kadang2 pelik juga sampai ada yang minat sangat dengan video nie..anyway nice sharing Surah Waqiah tue..sama2lah kita amalkan 🙂

  4. pengaruh gangnam kuat la… sampai org buat video balik… isy2… 🙁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge