Musim Pengacara TV Segera


Apakah Kelayakan Sebenar Untuk Jadi Pengacara TV? Musim Pengacara tv Segera makin menjadi-jadi sekarang ni, kan? Tak kira samada pelakon, penyanyi, atau pelawak pun sudah mulai ramai jadi pengacara TV. Musykil juga. Bukan tak puas hati 100%, cuma saya rasa macam ada yang tidak kena pula dengan isu macam ni. Korang tak rasa ke?

Ok, Apakah Kelayakan Sebenar Untuk Jadi Pengacara TV?

Jujurnya, saya memang tidak ada asas dan pengetahuan dalam bidang ni. Kalau ada pembaca blog ni yang tahu kelayakan yang diperlukan untuk jadi pengacara TV, bolehlah kongsi dengan semua dekat sini. hehehehe! Tapi, secara logiknya. Saya rasa syarat utama untuk jadi pengacara TV, haruslah ada ilmu ASAS PENGACARAAN TV kan?

Tak kiralah orang tu ambil kursus secara formal atau tidak formal, tapi yang pasti saya rasa asas pengacaraan TV tu penting. Ok, sekarang cuba korang ingat balik artis-artis atau bukan artis pun bolehlah (pemenang pertandingan masak contohnya) yang sibuk jadi pengacara dekat TV sekarang ni. Agak-agak, diorang ni ada ke ambil kursus asas pengacaraan TV sebelum ni?

Agak-agak.

Heh! Bukan nak kata apa (sebenarnya dah kata dah pun), tapi saya agak rimas bila tengok sesetengah artis atau bukan artis ni yang tiada langsung asas pengacaraan tiba-tiba keluar dekat TV dan jadi pengacara. Hmm, kalau betul-betul berbakat tak apa. Memang tak ada isu. Tapi, kalau yang tiada bakat semulajadi yang rasa nak tutup TV je tu.

Tak, saya bukan mengherdik orang tapi ini sekadar pendapat saya. Mungkin korang ada yang tidak sependapat dengan saya. Itu, terpulanglah kan. Ini pendapat peribadi saya saja. Mungkin betul, mungkin juga tidak.

Pada saya, tidak salah kalau artis-artis yang ingin bertukar proffesion atau mungkin ingin mencari rezeki lebih dengan menjadi pengacara TV tapi rasanya sebelum tu mereka ni kenalah ambil kursus asas sekurang-kurangnya asas “bercakap ikut topik” -..-

Saya pernah menonton sebuah program di sebuah TV Swasta. Adoi, rasa nak je masuk TV dan gantikan tempat pengacara TV tu. Topik lain, tapi dia bercakap kelaut habis. Rasanya, tetamu yang dia jemput tu lagi layak jadi pengacara. Agak sarkastik bahasa saya, tapi sudah itu kenyataannya. Nak buat macam mana? Hmmm.

Lagi 1, kalau saya merupakan graduan yang ambil kursus pengacaraan ni mesti dah rasa tak puas hati sangat. Kita penat-penat berhempas pulas cari ilmu, dengan harapan 1 hari nanti bolehlah jadi pengacara tv. Tapi, sudahnya tak ada peluang sebab pihak stesen TV lebih berminat nak ambil “artis jadi pengacara tv segera” je jadi pengacara.

Macam mana tu?

Tapi, itulah. Nak cakap banyak pun tak boleh kan? Mesti ramai yang jawab “nak buat macam mana, stesen TV perlukan artis untuk tarik minat penonton” Confirm ramai yang jawab macam ni, termasuk saya. hahahahahaha!!! Inilah kenyataannya. Dunia Media Massa Malaysia tetap perlukan artis untuk membantu naikkan “rating” penonton.

Payahlah macam ni. Oleh kerana payah, kita tutup saja perbincangan tentang “Apakah Kelayakan Sebenar Untuk Jadi Pengacara TV?” ini ya. wakakakakakaka!!!! Tapi, kalau korang ada nak komen apa-apa dipersilakan dengan segala hormat. Mungkin ada yang nak bantah pendapat saya. Mana tahu? hehehehehe


Baca Entry Ini Juga Kalau Nak Tahu Cerita:

  • No Related Posts

18 Comments

  1. Shahrul says:

    “nak buat macam mana, stesen TV perlukan artis untuk tarik minat penonton”… itulah realitinya, hadap je la :D

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hahahahaha. kena ada yang berani bantah, mungkin ;)

    [Reply]

  2. zuan says:

    boleh dikatakan populariti mee segera.. adehh

    [Reply]

    Lizz Reply:

    tak kemana populariti macam ni, tapi itulah tv stesen pentingkan keuntungan semata-mata. hmm

    [Reply]

  3. daddydee says:

    sebab diorang dah popular dan senang nak tarik penonton…banyak tv fikir dia punya tv rank je…bukan kejayaan pengisian program tersebut

    [Reply]

    Lizz Reply:

    pengisian tu yang penting sebenarnya, tapi tak salah kalau artis tu memang ada bakat…kira boleh tarik penonton. oklah. tapi, masalah timbul bila artis xada bakat. aduh, masalah -.-

    [Reply]

  4. Denaihati says:

    dah jadi trend kot, guna artis yg dah popular, senang nak tarik ramai penonton.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    tak salah if guna artis kalau boleh attract penonton. tapi, kenalah pastikan diorang ada ilmu asas sket. huhuhuhu

    [Reply]

  5. mungkin diorg lebih suka tarik penonton baru dgn cara ‘mee segera’ berbanding cara biasa..huhu

    [Reply]

    Lizz Reply:

    tak salah kalau mee segera tu menepati syarat asas tapi, kalau tak boleh nak kupas topik…aduh, masalah jugak kot

    [Reply]

  6. Fyzal says:

    Sekarang ni semua instant, sister. Semua nya express. Dari penyanyi, pelakon sampai la pengacara termasuk la pembaca berita kot. Ada rupa sikit, kira lepas dah.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    tak salah, cuma itulah kot yek nak instant..janganlah abaikan kualiti. kan?

    [Reply]

  7. nuriz says:

    selain bijak dan petah kena ada aura dan popular juga baru orang suka tgk, sebab tu byk bekas penyanyi jadi pengacara walaupun tak ada pengalaman, tgk linda onn dah tak berapa nak laku sian dia, maklumlah orang baru byk

    [Reply]

    Lizz Reply:

    aura n popular memang diperlukan,itu bonus tapi if tak berilmu..tak ada siapa nak ngadap tv.kikikiki. jadi rancangan KOSONG

    [Reply]

  8. Nazri says:

    boleh ampun lagi kalau jd pengacara. kalau jd tetamu undangan tu then tetiba berbicara bab agama tanpa ilmu, itu yang den tak berkenan

    [Reply]

    Lizz Reply:

    sama dedua. hahahaha!!! pengacara yg tak berilmu tapi cakap pasal agama pun bahaya juga. silap cakap, rosak aqidah orang. tetamu pun sama jugak. huhuhu

    [Reply]

  9. Mus says:

    yang cepat naik ni tak tahu akan bertahan berapa lama

    [Reply]

  10. rosmaisara says:

    paling rimas bila pengacara yang tak bertauliah ada 3 orang,pastu masing2 berebut nak cakap…ohhhh sy tukar channel lain terus…

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.