3 Peringkat Blog. Blog anda di mana?


Setiap blogger akan melalui peringkat-peringkat penting dalam dunia blogging. Saya tidak terkecuali. Ada masa blog saya naik, dan ada masa blog ini akan mengalami kejatuhan trafik yang mendadak. Ingat hidup je ada lumrah, dunia blogging pun ada ok. hehehehe!!

Ok, semua tengah puasa Ramadhan kan? Jadi, saya tak nak seksa batin korang lama-lama. Mari teruskan saja pada tajuk artikel kali ini “3 Peringkat Blog”. Peringkat permulaan, peringkat kejatuhan dan peringkat kemuncak. Izinkan saya menghuraikan serba sedikit tentang setiap peringkat blog ini ok.

Peringkat Permulaan

Kalau anda blogger baru, janganlah bersedih atau berkecil hati dengan keadaan ini. Maksud saya, peringkat permulaan ini atau dalam bahasa sedih, saya suka sebut “peringkat kemurungan” hahahaha!!! Kenapa murung? Ok, macam ini. Biasalah, benda baru. Blog pun sama. Blog baru MEMANG akan mengalami sindrom ni, di mana korang akan perasan jumlah pelawat yang masuk ke blog korang adalah “ZERO”.

Kalau adapun, tentunya korang sendiri yang syok sendiri tengah baca artikel-artikel korang. Janganlah sedih, ini perkara biasa. Semua blogger terkenal seperti Denaihati.com, Yanmieonline.com dan blog ariffshah.com pun pasti pernah alami situasi ini.

Blog lizarazak.com pun pernah!

Jadi, tak perlu risau. Cukuplah dengan tanamkan sifat sabar dalam diri korang. Ini baru permulaan. Peringkat ini biasanya akan ambil masa dalam 4-5 minggu juga. Tapi kalau korang jenis pandai promosikan link blog guna mesia sosial, tempoh masa ini boleh disingkatkan lagi. Usaha lah!!

Peringkat Kejatuhan

Nama peringkat pun dah bunyi sedih, kan? hahahaha! Tapi, sabar. Jangan sedih dahulu. Hidup kena selalu ceria. Barulah rezeki mudah masuk. Menyimpang pulak. Ok, sambung. Peringkat kejatuhan ini, peringkat yang maaf cakap. Ramai blogger yang “give up” masa peringkat ini. Apa tidaknya, tulis artikel bagus-bagus, promosi dekat Twitter dan Facebook kemain apa tapi jumlah pembaca yang datang ke blog punyalah sedikit!

Sedih memang sedih. Tapi, rasanya kalau korang memang jenis suka menulis. Perkara macam ini tidak akan menjadi masalah besar. Ada pembaca atau tidak, yang penting kepuasan menulis tu dah dapat! Tapi, kalau menulis bukanlah hobi utama korang. Mungkin korang akan rasa sedih sikitlah bila tengok keadaan ni.

Ada blog tapi tak ada orang baca! Tak apa, jangan risau sebab sebenarnya peringkat ini tidak akan lama (sebenarnya lama.hahaha!). Korang kena fikir langkah-langkah untuk tarik pembaca ke blog korang. Macam mana? Fikirlah!! Ok, saya baik hati hari ini. Jadi, saya beri 1 tips untuk tarik pembaca ke blog.

Tulis artikel daripada hati, bukan ceduk artikel daripada surat khabar! Itu sahaja.

Praktikkan dan korang akan nampak perbezaan jumlah pembaca. Lepas itu, teruskan lagi tips saya tu dan bersabarlah dalam 2-3 minggu. Nampak tak, tempoh masa saya beri ni lebih rendah daripada peringkat permulaan? ya, memang benar sebab orang datang blog sebab mereka perlukan informasi, kalau korang mampu menulis artikel daripada hati tanpa “copy paste” pembaca akan jatuh hati dan akan terus baca dan baca lagi artikel blog korang!

Selamat maju jaya!

Peringkat Kemuncak

Hah, tahniah!!! Akhirnya korang sudah mencapai peringkat kemuncak! Peringkat di mana semua blogger impikan. Haruslah, bila dah berhempas pulas. Memanglah peringkat ini kita semua mahukan. Tak payah nak tipu. hehehehe! Percayalah, cakap saya. Kalau korang mampu lepas peringkat permulaan yang daripada ZERO pembaca kepada peringkat “ada sedikit” pembaca dan kemudian korang lepas peringkat kejatuhan yang memang memerlukan tahap kesabaran tahap tertinggi tu..korang akan rasa nikmat peringkat kemuncak ini!!!

Semua usaha akan rasa berbaloi sangat. Peringkat ini, tak sama dah macam peringkat kejatuhan di mana korang tertunggu-tunggu pembaca baca artikel korang sebab untuk perinkat kemuncak, korang sudah ada pembaca setia! Hah, bolehlah perasan artis sekejap. hahahaha!!!!

Abaikan part perasan artis tu. Kalau korang suka dilayan macam artis, silakan. Saya tak berminat sangat sebab saya lebih suka orang layan blog saya macam artis daripada diri saya sendiri. wakakakaka!!!!

Cukuplah setakat ini. Apa yang penting, betulkan niat korang berblogging untuk apa. Biasanya kalau niat kita kerana mahukan kongsi ilmu berguna dan bukan informasi tidak berapa nak penting (keduniaan semata-mata), Allah akan bantu kita. Dulu, saya selalu takut nak tulis artikel berkenaan agama. Takut tak ada pembaca.

Silap ya. Manusia ketagih ilmu agama, percayalah! Jadi, jangan takut kehilangan pembaca kalau korang dah biasa tulis artikel kontroversi yang kemungkinan boleh dapat kredit dosa kepada artikel berbentuk islamik. Allah akan tolong. Trafik blog saya alhamdulilah, ok sahaja. Betulkan niat, kumpul pahala sebanyak mungkin melalui blog, buat kerana Allah bukan untuk dapat penghargaan manusia semata-mata  ;)

Good luck semua!!!


Baca Entry Ini Juga Kalau Nak Tahu Cerita:

47 Comments

  1. Khaidir says:

    Saya berada di peringkat permulaan, just started. :-)

    [Reply]

    Lizz Reply:

    oh ya? tingkatkan kesabaran, jangan cepat give up. good luck!! hehehe

    [Reply]

    Khaidir Reply:

    Thank you, Lizz :-)

    [Reply]

    Lizz Reply:

    khaidir, saya tak boleh nk komen dekat ur blog. nak provekan komen tu xboleh nak scroll to enter capthca

    [Reply]

    Khaidir Reply:

    adui, ia bermasalah lagi! Lizz guna web browser apa ya?

    [Reply]

  2. Denaihati says:

    belajar ilmu blogging dan ikut ilmu yg kita belajar selebihnya serah pada Allah SWT … yakinlah banyak benda diluar jangkaan akan berlaku. Tapi ingat tulis apa yg kita suka buka ikut apa yg orang suka.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    ikut cakap sifu saya ni please semorang. hehehee!!! betul, bila tulis mende yang kita suka dan minat..lebih senang ;)

    [Reply]

    halif Reply:

    Setuju…. hehehe..

    [Reply]

  3. rosmaisara says:

    blog sy di peringkat permulaan…skrg tgh cari blog2 yg best yg aktif..hehehehe…selamat berkenalan~

    [Reply]

    Lizz Reply:

    salam kenal ;) peringkat permulaan kena byk membaca. kumpul ilmu dari tenet. banyak ;)

    [Reply]

  4. kai says:

    blog saye blog permulaan kot…
    hak hak hak…

    [Reply]

    Lizz Reply:

    ye ker permulaan?hehehehe

    [Reply]

  5. wazy says:

    kita pun diperingkat permulaan jugak ni,kalau blog lama tu zaman kejauthan dah,hehehe..Insya Allah nak bangkaitakn semula mood blogging ni nanti

    [Reply]

    Lizz Reply:

    Amin, semoga mood tu naik balik. biasalah, blogging ni memang jap naik, jap tergolek sat. hahahaha

    [Reply]

  6. Amirez says:

    erk…tak tau kat peringkat mana sekarang ni..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    erk, owner kena tahu. hehehhe

    [Reply]

  7. sy peringkat terawang awangan lagi..huhu

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hahahahaha!!! mana boleh macam tu, kena konpiden bila sesuatu tu.hihihi. good luck ye!

    [Reply]

  8. Anarm says:

    saya masih di peringkat permulaan.. noob.. :P

    [Reply]

    Lizz Reply:

    menipu tu berdosa tau. gigit kau kang.hahahahaha

    [Reply]

    Anarm Reply:

    mana ada menipu.. betul la.. saya masih di peringkat permulaan lagi.. budak baru nak naik.. keh3..

    [Reply]

  9. Mus says:

    pernah juga merasai peringkat kejatuhan kerana serangan spam, hacker dan hosting yang kerap kali down..
    namun bangkit semula lepas tu..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    samalah kita. time tu rasa nak give up tapi sekejap jer perasaan tu. hehehehe

    [Reply]

  10. Cikgu Hairul says:

    menulis perlu ada seni. berblogging juga ada seninya. gambungan seni berblogging dan seni penulisan itu akan meletakkan kita di kemuncak. tapi biasalah, bila berada di puncak jangan cepat lupa diri. kekalkan momentum menulis yang baik-baik supaya kita tak ditanya nanti.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    yang ini pun saya setuju. menulis pun perlu ada seni. macam mana tahap seni tu, depends pada individu itu sendiri. bab lupa diri bila dah ada dikemuncak tu, pun perlu diambil kira sebab biasalah kite ni manusia kalau xder yg ingatkan…habislah…….

    [Reply]

  11. Shahrul says:

    nak capai peringkat kemuncak…

    [Reply]

    Lizz Reply:

    InsyaAllah, usaha untuk ke situ ;)

    [Reply]

  12. shraqs says:

    Sy lebih suka tulis ikut apa yg sy minat dan mahir sahaja,.. selebihnya abaikan. :)

    [Reply]

    Lizz Reply:

    yang ini dah betul konsepnya. selagi happy dan puas hati, teruskan ;)

    [Reply]

  13. onlajer says:

    assalamualaikum
    saya masih lagi dikira peringkat permulaan dan sedang berlatih menghasilakan yang dari hati

    [Reply]

    Lizz Reply:

    W’salam…

    InsyaAllah kalau teruskan momentum rajin, sabar tu semua pasti boleh ke kemuncak ;)

    [Reply]

  14. ediemv says:

    aku pun mula-mula dah nak give-up….
    dekat 2 tahun jugak lee aku study…
    berjaya jugak la dapat jana pendapatan di internet ni…
    akhirnya…

    [Reply]

    Lizz Reply:

    2 tahun memang tempoh masa yg aku ambil jugak untuk btol2 maintain trafik. tapi, kalau org yg tak sabar..dah lama give up ;)

    [Reply]

  15. budak felda says:

    hehehe blog saya lagi la kan…hehehe..:)
    noob sgt2..
    tapi benar kata DH, tulis apa yg kita suka…kalau xde org suka pun sendiri suka pun jadilah hehehe ( Syok Sendiri ) macam saya hehe

    [Reply]

    Lizz Reply:

    syok sendiri tak ada salahnya. hahahaha!! tak apa, lagipun kalau dah minat, tak kisah sangat orang suka ke tidak. kan?

    [Reply]

    budak felda Reply:

    hehehee…tapi sendiri mau ingat la bila syok sendiri nie…:)

    [Reply]

  16. daddydee says:

    satu blog saya di peringkat pertama….satu blog lagi di peringkat kedua…peringkat ketiga belum dicapai lagi…

    yang penting bahagia selalu…

    [Reply]

    budak felda Reply:

    perghhh ada 2 blog rupanya hehehe

    [Reply]

    daddydee Reply:

    blog nyawa nyawa ikan saja…sekadar hobi saja…tidak lebih dari itu…

    [Reply]

    Lizz Reply:

    banyaknya blog. rajin manage.hehehehe. apa2 pun good luck!

    [Reply]

    budak felda Reply:

    masa banyak kot hehehe..:)

    [Reply]

    daddydee Reply:

    Bukan banyak pun. Satu just humor je. Dah lama dengan blog tu. Sayang nak hapuskan. So maintancekan saja…

    [Reply]

    budak felda Reply:

    bagus la tu bro hehehe..:)aku pun tak terhandle yang satu nie

    [Reply]

  17. sy masih lg di prngkt permulaan :)

    [Reply]

  18. hafidz says:

    Peringkat keempat adalah PERINGKAT MAHAGURU.

    Di peringkat ini anda akan mendapat anak-anak murid “secara tiba-tiba” yang ingin menjadi seorang blogger otai seperti anda.

    Anda akan di tanya dan di minta pelbagai soalan dan tips hingga tak terlayan a.k.a tak sempat nak reply huhu.

    Maka anda layak menjadi seorang Mahaguru Blogger.

    heh~ :P

    [Reply]

  19. Oh! budu says:

    blog saya jatuh merudum tu waktu tukar domain. memang rasa macam sia2 je trafik selama ni.. haha

    [Reply]

  20. eiela says:

    blog saya masih permulaan kot. main tulis je suka hati,

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.