10 TIPS PERGAULAN YANG HEBAT SESAMA MANUSIA

TIPS PERGAULAN YANG HEBAT SESAMA MANUSIA. Salam, lama rasanya saya tidak membebel kan dekat blog sendiri. Tak apa, rasanya selepas ini mungkin saya perlu mendisiplinkan diri semula untuk terus berkarya dalam dunia blogging ini. Jadi, ini adalah artikel suam-suam kuku daripada saya. hehehehe!

TIPS PERGAULAN YANG HEBAT SESAMA MANUSIA ini saya kongsikan bersama, sebab rasanya perlu. Kenapa? Semua manusia boleh hidup, semua manusia mampu bergaul tetap bukan semua antara kita boleh menjadi orang yang hebat dalam pergaulan.

Orang bijak pandai, mungkin pandai dalam segi pelajaran mereka. Tetapi, belum tentu lagi mereka juga bijak dalam soal pergaulan sesama masyarakat sekeliling. Tak payah masyarakat sangatlah kan, kadang-kadang dengan kawan-kawan sekerja pun ada yang gagal bergaul dengan baik. Terasa? Maaf, sengaja.

Ok, tak perlulah kan nak bebel mukaddimah panjang-panjang sangat berkenaan TIPS PERGAULAN YANG HEBAT SESAMA MANUSIA ni. Buat korang bosan je nanti. hahahaha!!! Ok, dekat bawah ini saya sertakan antara tips yang insyaAllah bersesuaian untuk kita semua. Moga bermanfaat.

TIPS PERGAULAN YANG HEBAT SESAMA MANUSIA

1) Sentiasa menjaga perintah Allah S.W.T (bagi yang muslim)iaitu SOLAT dan peliharalah ibadah-ibadah yang menjadi kewajipan kita.

2) Bila bergaul dengan orang lain, tidak kira siapapun dia. Sentiasalah bersangka baik terhadap diri orang itu (walaupun pada mata kasarnya, mereka jelik tetapi tetaplah bersangka baik)

3) Waktu bergaul dengan sesiapa sahaja, sentiasa tersenyum. Ya, memang bukan semua manusia mampu senyum memanjang. Tapi, mulai hari ini BELAJARLAH!!! senyuman itu sedekah paling mudah 😉

4) 1 rahsia untuk merapatkan hubungan dengan sesiapa sahaja (dengan cara yang betul mengikut Islam ya), adalah dengan BERSEDEKAH. Sedekah ni bukanlah dalam bentuk duit je ok. Korang boleh juga sedekah dengan beri bantuan tenaga kalau diperlukan atau mungkin sedekahlah dengan DOA yang berterusan. Doa tak kena duit kot. kan???

5) Kalau boleh, sentiasa tunjukkan muka yang ceria walaupun dalam kepala korang ada 1001 masalah. muahahaha!!! Apa salahnya berlakon sikit untuk pastikan orang yang bersama kita tu tidak kena tempias masalah kita kan? Belajar cara “control” emosi kita. Biar orang sekeliling kita rasa seronok melihat muka ceria kita!

6) Jadilah pendengar yang setia. Ini perlu ke saya nak huraikan? Tak kan?

7) “Alert” dengan perubahan orang sekeliling kita. Kalau perlu, bertanya pada mereka. Mana tahu mereka ada masalah kan?

8 ) Sentiasa tunjuk sikap korang yang positif-positif sahaja. Belajarlah kawal peribadi korang yang agak kurang sopan sikit tu bila tengah bergaul dengan orang lain. Jangan sampai orang keliling korang tu rasa “annoying” pula. Bahaya!

9) Ini tips paling mudah. Mengikut ustaz, lakukan Solat Tahajjud secara istiqamah (MUDAH KE???? hehehehe). Kenapa? Tahu tak, solat malam ini mampu MENAIKKAN DARJAT KITA. Secara logiknya, memang orang lain akan SELESA DAN SUKA bergaul dengan kita.

10) Akhir sekali, klise tapi ini penting ya. SABAR!!!! hahahahah. Bergaul dengan orang, kena banyak bersabar. Manusia ada macam-macam karenah. Teruskan bersabar.

Ini sahaja TIPS PERGAULAN YANG HEBAT SESAMA MANUSIA daripada saya yang hina ini. Sekadar berkongsi, kalau ada yang nak tambah lagi..saya alu-alukan. hmm, selepas ini saya akan “publish” pula artikel untuk ruangan Guest Blogging daripada Saudara Abd Halim. InsyaAllah.

Artikel Berkaitan

8 responses to “10 TIPS PERGAULAN YANG HEBAT SESAMA MANUSIA

  1. apa pun perlu kesabaran..kalo x saba2 perkara lain lak yg terjdik..huhu

  2. risau pergaulan terlalu bebas dikalangan budak sekolah walaupun dikampung..macam-macam boleh jadi..

  3. terbaik utk sesiapa yg pemalu n & segan ^^

  4. Terima kasih banyak-banyak, tips yang hebat dan berguna. Samalah kita amalkan

  5. ramai yang suka bercakap dari mendengar, tu yang pergaulan tak berapa best apabila dimonopoli seseorang yang suka bercakap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge