Keyakinan Berdasarkan Logik Akal Atau Mata Hati?


Keyakinan Berdasarkan Logik Akal Atau Mata Hati? Bagaimanakah kita sebagai Hamba Allah ini membentuk keyakinan kita pada nikmat pemberian Allah sehari-hari? Sempena hari Jumaat, penghulu segala hari ini marilah kita buka minda dan akal kita untuk berfikir ok.  Sekali lagi, saya mengalu-alukan artikel daripada Saudara Abdul Halim yang merupakan guest blogger tetap di blog picisan saya ini.

Artikel ini ditulis oleh: Saudara Abdul Halim

mata hati

credit

Assalamualaikum W.R.T, sesungguhnya dan pastinya keyakinan serta kepercayaan manusia bukan di bina atas logik akal semata-mata dan illusi tetapi apa yang dilihat dengan mata kepala seseorang itu yang membina keyakinan dan kepercayaan seseorang terhadap sesuatu perkara sama ada zahir atau batin. Apa yang jelas dilihat atau yang tak nampak pada mata kasar akan tetapi boleh dilihat dengan mata hati.

Banyak sekali manusia pada abad yang serba canggih ini percaya bahawa semua perkara mestilah bersandarkan kepada sebab dan musabab. Adakah mungkin makanan atau emas akan jatuh daripada langit tanpa seseorang itu perlu berusaha?? Adakah sesuatu itu akan zahir tanpa usaha daripada tuan punya badan ??

Dan jawapannya benar dan telah terbukti, pernah anda mendengar seorang wanita yang kuat beribadat kepada Tuhannya lalu dianugerahkan makan secara tiba-tiba di sisinya, atau seorang hamba yang beribadat beratus tahun di dalam batu di dasar laut tapi tidak mati kelaparan akibat dikurniakan rezeki daripada Tuhannya?

Dan yang paling benar dan sememangnya benar pernahkah anda berusaha untuk mendapatkan sepasang tangan, dua biji bebola mata, dua helai cuping telinga atau segenggam jantung yang menghidupkan anda hingga saat ini?  Semua itu adalah rezeki anugerah Allah S.W.T yang diberi kepada hamba-Nya sama ada dia beriman atau kufur.

Jadi apakah kita masih ragu-ragu bahawa segala nikmat dan pemberian yang kita kandung hari ini ialah anugerah daripada Allah Tuhan sekalian alam?

Tapi sayangnya masih ramai di antara manusia hari ini yakin serta percaya bahawa rezeki dan nikmat kemewahan yang mereka rasa adalah semata-mata hasil usaha mereka sendiri dan lebih parah lagi mereka bergantung kepada makhluk lain seolah-olah makhluk ciptaanAllah itulah yang menaburkan rezeki ke atas mereka.

Ingat, percaya dan yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah lah Tuhan yang memberi rezeki  dan nikmat, sesiapa bersyukur dengan pemberian Allah pasti dilipatkali gandakan nikmat itu tetapi sesiapa yang kufur  tidak bersyukur maka azab Allah itu tersangatlah pedih. Memang, kita semua bukan perfect tapi berusaha menjadi perfect itu adalah salah 1 usaha untuk terus berubah menjadi Hamba-Nya yang bertakwa. Wassalam.

p/s : untuk kak liza dan pembaca blog ni insyalah pada awal bulan Julai setiap entri saya akan saya sertai sekali pembelajaran bahasa arab seberapa mudah yang mungkin dalam penghayatan kita kepada bahasa arab, bahasa al-Quran.

p/s: Jangan lupa baca entry Amalan dan Doa Murah Rezeki. Kita Minta, Allah Pasti Beri! dan juga entry Pemuda: Berusaha dan Berfikir Kunci Yang Sering Dihilangkan oleh penulis hebat masa kini Hilal Asyraf untuk dapatkan informasi berkaitan rezeki ya


Baca Entry Ini Juga Kalau Nak Tahu Cerita:

22 Comments

  1. nurmisnan says:

    Lama juga tidak berbahasa arab.. sesekali ngomong arab
    syiok..

    MA ISMUKA?

    [Reply]

    Lizz Reply:

    reti yer? saya nak belajar tapi tak tahu. susah.huhuhuhu

    [Reply]

  2. jeid says:

    terima kasih liza.

    Kekadang kita sering terlupa untuk bersyukur dengan nikmat yang kita dapat.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    sama. nasib baik ada penulis jemputan yg mmg rajin ingatkan kita semua ;)

    [Reply]

  3. daddydee says:

    Terima kasih atas peringatan ini.

    Kita sering lupa dan bongkak dengan nikmat yang kita diperolehi selama ini.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    bongkak, betul. kita ni manusia. kena selalu kena ada orang ingatkan balik. kita cepat lalai dengan nikmat dunia :(
    terima kasih pada saudara halim ;)

    [Reply]

  4. walaupun kita berusaha jika tidak diizinkanNya mmg x kemana..semuanya datang dari tuhan..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    yup. pokok pangkal, semua perkara tergantung pada Allah ;)

    [Reply]

  5. Abdul Halim says:

    Memberilah kita kepada makhluk Allah untuk mendapat pemberian Allah….terima kasih atas komen anda smua.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    terima kasih rajin berkongsi artikel ;)

    [Reply]

  6. Nazri says:

    bila sesuatu nikmat hilang, baru manusia akan sedar siapa sebenarnya punya kuasa

    [Reply]

    Lizz Reply:

    kita tidak punya apa-apa kan? semua milik Allah ;)

    [Reply]

  7. zuan says:

    sentiasa berusaha kearah kebaikkan untuk dunia dan akhirat :)

    [Reply]

    Lizz Reply:

    Amin. sama-samalah kita ke arah itu ;)

    [Reply]

  8. wah2.. menarik2… huhu, bleh tak kalo nak guest blogging jugak kat blog nie? nak kembangkan exposure gak.. huhu

    [Reply]

    Lizz Reply:

    mestilah boleh, selagi artikel sesuai (tak ada unsur lucah/politik atau seangkatan)sangat dialu-alukan.hehehhe

    [Reply]

  9. ProfHariz says:

    Memang benar rezeki itu dari Allah. Tapi kita jangan lupa berusaha.

    Kerana banyak ayat dalam Al Quran dan hadis yang menyarankan kita supaya sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan sama ada di dunia dan juga di akhirat.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    betul tapi ada orang cuma nampak usaha dia je dari segi dunia je, yang rohani dia tak buat. contoh doa,solat malam/solat dhuha. huhuhuhu

    [Reply]

  10. hafidz says:

    ya memang benar sekali.
    segala nikmat rezeki yang kita terima memang datang dari Allah.
    Jangan sesekali kufur atas nikmat yang diberi.

    “Bila Kita Ingat Allah, sudah pasti Allah akan ingat pada hamba-NYA”

    [Reply]

    Lizz Reply:

    aah, kita je kadang2 terleka. rasa macam semua atas usaha sendiri

    [Reply]

  11. eiela says:

    a’a, semuanya dari Allah, kita pun milik Allah juga.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    ye betul tu eiela ;)

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.