Keyakinan Berdasarkan Logik Akal Atau Mata Hati?

Keyakinan Berdasarkan Logik Akal Atau Mata Hati? Bagaimanakah kita sebagai Hamba Allah ini membentuk keyakinan kita pada nikmat pemberian Allah sehari-hari? Sempena hari Jumaat, penghulu segala hari ini marilah kita buka minda dan akal kita untuk berfikir ok.  Sekali lagi, saya mengalu-alukan artikel daripada Saudara Abdul Halim yang merupakan guest blogger tetap di blog picisan saya ini.

Artikel ini ditulis oleh: Saudara Abdul Halim

mata hati

credit

Assalamualaikum W.R.T, sesungguhnya dan pastinya keyakinan serta kepercayaan manusia bukan di bina atas logik akal semata-mata dan illusi tetapi apa yang dilihat dengan mata kepala seseorang itu yang membina keyakinan dan kepercayaan seseorang terhadap sesuatu perkara sama ada zahir atau batin. Apa yang jelas dilihat atau yang tak nampak pada mata kasar akan tetapi boleh dilihat dengan mata hati.

Banyak sekali manusia pada abad yang serba canggih ini percaya bahawa semua perkara mestilah bersandarkan kepada sebab dan musabab. Adakah mungkin makanan atau emas akan jatuh daripada langit tanpa seseorang itu perlu berusaha?? Adakah sesuatu itu akan zahir tanpa usaha daripada tuan punya badan ??

Dan jawapannya benar dan telah terbukti, pernah anda mendengar seorang wanita yang kuat beribadat kepada Tuhannya lalu dianugerahkan makan secara tiba-tiba di sisinya, atau seorang hamba yang beribadat beratus tahun di dalam batu di dasar laut tapi tidak mati kelaparan akibat dikurniakan rezeki daripada Tuhannya?

Dan yang paling benar dan sememangnya benar pernahkah anda berusaha untuk mendapatkan sepasang tangan, dua biji bebola mata, dua helai cuping telinga atau segenggam jantung yang menghidupkan anda hingga saat ini?  Semua itu adalah rezeki anugerah Allah S.W.T yang diberi kepada hamba-Nya sama ada dia beriman atau kufur.

Jadi apakah kita masih ragu-ragu bahawa segala nikmat dan pemberian yang kita kandung hari ini ialah anugerah daripada Allah Tuhan sekalian alam?

Tapi sayangnya masih ramai di antara manusia hari ini yakin serta percaya bahawa rezeki dan nikmat kemewahan yang mereka rasa adalah semata-mata hasil usaha mereka sendiri dan lebih parah lagi mereka bergantung kepada makhluk lain seolah-olah makhluk ciptaanAllah itulah yang menaburkan rezeki ke atas mereka.

Ingat, percaya dan yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah lah Tuhan yang memberi rezeki  dan nikmat, sesiapa bersyukur dengan pemberian Allah pasti dilipatkali gandakan nikmat itu tetapi sesiapa yang kufur  tidak bersyukur maka azab Allah itu tersangatlah pedih. Memang, kita semua bukan perfect tapi berusaha menjadi perfect itu adalah salah 1 usaha untuk terus berubah menjadi Hamba-Nya yang bertakwa. Wassalam.

p/s : untuk kak liza dan pembaca blog ni insyalah pada awal bulan Julai setiap entri saya akan saya sertai sekali pembelajaran bahasa arab seberapa mudah yang mungkin dalam penghayatan kita kepada bahasa arab, bahasa al-Quran.

p/s: Jangan lupa baca entry Amalan dan Doa Murah Rezeki. Kita Minta, Allah Pasti Beri! dan juga entry Pemuda: Berusaha dan Berfikir Kunci Yang Sering Dihilangkan oleh penulis hebat masa kini Hilal Asyraf untuk dapatkan informasi berkaitan rezeki ya

Artikel Berkaitan

23 responses to “Keyakinan Berdasarkan Logik Akal Atau Mata Hati?

  1. Lama juga tidak berbahasa arab.. sesekali ngomong arab
    syiok..

    MA ISMUKA?

  2. terima kasih liza.

    Kekadang kita sering terlupa untuk bersyukur dengan nikmat yang kita dapat.

  3. Terima kasih atas peringatan ini.

    Kita sering lupa dan bongkak dengan nikmat yang kita diperolehi selama ini.

    • bongkak, betul. kita ni manusia. kena selalu kena ada orang ingatkan balik. kita cepat lalai dengan nikmat dunia 🙁
      terima kasih pada saudara halim 😉

  4. walaupun kita berusaha jika tidak diizinkanNya mmg x kemana..semuanya datang dari tuhan..

  5. Abdul Halim

    Memberilah kita kepada makhluk Allah untuk mendapat pemberian Allah….terima kasih atas komen anda smua.

  6. bila sesuatu nikmat hilang, baru manusia akan sedar siapa sebenarnya punya kuasa

  7. sentiasa berusaha kearah kebaikkan untuk dunia dan akhirat 🙂

  8. wah2.. menarik2… huhu, bleh tak kalo nak guest blogging jugak kat blog nie? nak kembangkan exposure gak.. huhu

  9. Memang benar rezeki itu dari Allah. Tapi kita jangan lupa berusaha.

    Kerana banyak ayat dalam Al Quran dan hadis yang menyarankan kita supaya sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan sama ada di dunia dan juga di akhirat.

  10. ya memang benar sekali.
    segala nikmat rezeki yang kita terima memang datang dari Allah.
    Jangan sesekali kufur atas nikmat yang diberi.

    “Bila Kita Ingat Allah, sudah pasti Allah akan ingat pada hamba-NYA”

  11. a’a, semuanya dari Allah, kita pun milik Allah juga.

  12. Terimakasih pencerahannya, sangat bermanfaat.
    torik´s last blog post ..Mencegah Badan Menggemuk Karena Kurang Tidur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge