
Sultan Johor menang bidaan untuk beli nombor pendaftaran kenderaan WWW 1. Tahniah, saya selaku rakyat jati Johor tumpang bangga. Sultan Johor membida sehingga harga RM520,000 ok. Setengah juta, kalau saya nak korek mana entah duit sebanyak ini. Seronoknya.
Berita penuh berkenaan Sultan Johor yang berjaya menang bidaan ini, ada dalam Kosmo Online. Saya ni tak adalah ambil tahu sangat hal kereta-kereta, nombor pendaftaran cantik-cantik macam ni. hahahaha!!!! Nombor pendaftaran kereta saya pun, abang saya yang belikan. Memang semua kereta dekat rumah kami nombor sama. Saja.
KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sah menjadi pemilik bagi nombor pendaftaran baharu kenderaan WWW 1 yang berjaya dibida pada harga RM520,000.
Keputusan itu diketahui melalui pengumuman yang dibuat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semalam dan boleh dilayari di laman portal agensi tersebut.
Keputusan tersebut turut dipamerkan di tiga buah pejabat cawangan JPJ Wilayah Persekutuan-Kuala Lumpur masing-masing di Wangsa Maju, Maju Junction dan Bandar Sri Permaisuri.
Bidaan bagi nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Ibrahim itu mengatasi nombor pendaftaran termahal yang dicatatkan sebelum ini iaitu MCA 1 dengan harga RM300,100 diikuti TAY 1 (RM220,000) dan WVW 1 (RM202,000).
Selain WWW 1, turut mencatat rekod menerima bidaan tertinggi ialah WWW 3.
Nombor tersebut dibida pada harga RM360,000 oleh syarikat One Power International Sdn. Bhd.
Nombor pendaftaran siri WWW lain yang mencatat nilai bidaan ketiga tertinggi ialah WWW 9 yang dimiliki oleh Aspen Sunrise Sdn. Bhd..
Harga WWW 9 ialah RM350,000.
Cuba baca artikel daripada Kosmo Online atas ni. Saya tak tahulah pulak ada orang yang sanggup berbelanja sampai beratus-ratus ribu untuk dapatkan nombor pendaftaran kenderaan. Ini kategori hobi ke macam mana ya? Kalau Sultan, saya tak hairan sebab memang secara logiknya banyak duit. Tapi, kalau orang biasa..ada ke hobi pelik-pelik macam ni?
Ah, malas pula saya nak diskusi bab hobi orang-orang kaya ni. Mereka biasanya memang ada hobi tak logik. hehehehehe. Tak apalah, rezeki mereka dah banyak. Kita-kita yang tak berapa nak kaya ni, tak apa. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Kalau ada yang nak tahu Amalan dan doa murah rezeki bolehlah rajin-rajinkan diri cari ilmu para alim ulama. Search di Youtube “yusuf mansur”. Banyak formula. Lakukan dengan yakin. Selamat mencuba!!!








Patutla saya tak dapat
[Reply]
Jebeng Otai™ Reply:
May 29th, 2012 at 11:24 pm
bid brape tu bro?..hehe
[Reply]
Lizz Reply:
May 30th, 2012 at 10:37 am
hehehehehe. berapa bid ek? kemain tau
[Reply]
shraqs Reply:
May 30th, 2012 at 12:25 pm
Takdelah! Saje2 je
[Reply]
hafizmd Reply:
May 30th, 2012 at 12:00 pm
Bro bid domain kot?hehehe
[Reply]
Izzuddin Fauzi Reply:
May 30th, 2012 at 10:46 pm
Nie mesti bid banyak sangat,…. Hahahaha
[Reply]
biasa la Sultan…kalau orang biasa buat bazir je
[Reply]
Lizz Reply:
May 30th, 2012 at 10:23 am
sangat membazir. huhuhuhu
[Reply]
hafizmd Reply:
May 30th, 2012 at 12:01 pm
erm…tepuk dada saje =)
[Reply]
lepas ni no plat pendaftaran yang mana pula yang akan mencatat jualan yang tertinggi… tunggu…. huhuhu
[Reply]
Lizz Reply:
May 30th, 2012 at 10:33 am
kompem ada lagi kan? kita tengok orang kaya mana lagi yang menang.hehehehe
[Reply]
hafizmd Reply:
May 30th, 2012 at 12:02 pm
dengar katanya WVV 9999 tahun depan…kita tumpang bace jer
[Reply]
RM520k tu.. boleh buat macam-macam ho..
[Reply]
Lizz Reply:
May 30th, 2012 at 10:36 am
boleh beri rumah banglo kalau dekat JB ni.huhuhuhu
[Reply]
ProfHariz Reply:
May 30th, 2012 at 3:05 pm
Beli rumah + Kereta + Kahwin 4 = RM520K
[Reply]
Kalau Sultan Johor memang tak hairanlah, memang dari dulu lagi terkenal dengan kekayaan family.
[Reply]
Hahaha. Duit banyak biau ler dia. Huhuhu
Tapi isu ni sampai sekarang tak habis jadi gosip masyarakat malaysia. Tak faham cheq !
[Reply]
Patut program TV3 Bersamamu pun buat bid, semua boleh fight buat kebajikan & lebih bermanfaat utk orang susah.
[Reply]
kalau orang biasa baik tak payah berangan pakai plat number nie..gila mahal..guna duit tu buat makan lagi best..hehe
[Reply]