Penentuan Juara Mania Astro

Juara Mania Astro

Juara Mania Astro musim pertama milik siapa? Malam ini merupakan malam penentuan Juara Mania. Aril, Hafiz, Hazama, Jac atau Stacy? Ok, kenalah sama-sama saksikan konsert akhir Mania jam 10 malam ni di Astro Ria. Korang agak siapa yang menang?

Saya sebenarnya bukanlah pengikut setia Mania Astro ni tapi kadang-kadang kalau dah terbuka channel Astro tu, saya layan jelah kan? hahahaha!!! Tapi, pada pendapat saya. Mania ni adalah 1000 kali ganda lebih barmaruah sikit berbanding Konsert Akademi Fantasia yang banyak sangat lakonan tak “real” tu.

Pendapat saya. Pendapat korang saya tak tahulah kan. Masing-masing ada selera berbeza. Oklah, untuk info lanjut berkenaan Konsert Akhir Mania ni bolehlah korang terus layari ke laman web rasmi di www.mania.com.my dan bolehlah tengok gambar-gambar artis yang korang minat. Cara-cara nak mengundi pun ada dekat situ.

mania astro

Jujurnya, saya tak pernah mengundi untuk sebarang program-program dekat TV. hahahaha!!!! Macam tak ada masa dan duit pulak nak keluarkan duit untuk program macam ni. Sekali lagi, terpulang ya pada minat masing-masing. Saya kurang berminat. Hmm, tapi kalau lagu Kau na bainana minta undi..mungkin saya relakan kot keluarkan duit. hehehehe!

Memperkenalkan Aplikasi Telefon Bimbit Mania yang boleh dimuat turun secara PERCUMA! Aplikasi ini telah tersedia untuk pengguna iPhone dan kini boleh dinikmati leh pengguna telefon Android. Anda hanya perlu taip APPMANIA dan hantar ke 32888. Anda akan menerima pautan untuk dimuat turun. Info-info menarik seperti berita terkini, galeri, profil Bintang Mania dan video-video menarik disediakan dalam aplikasi ini. Jangan lupa dapatkannya sekarang!

5 Bintang Finalis bakal meneruskan perjuangan mereka merebut gelaran Juara di Galaksi Mania minggu hadapan. Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai JUARA MANIA yang pertama? Teruskan undian anda untuk memilih bakal JUARA MANIA yang pertama! Taip MANIA20 Calon Juara dan hantar ke 32888. Saksikan Konsert Akhir Mania, Sabtu, 9 malam di Astro Ria (104), Saluran HD (188) dan Astro Ria (34) SingTel mio TV. Credit artikel : Esok Malam Penentuan!

Ok, tak apa. Yang penting malam ini adalah konsert akhir Mania Astro. Dekat bawah ni senarai lagu-lagu yang akan disampaikan oleh artis-artis yang bertanding. Ini katanya lagu pertama. Lagu kedua, kena tunggu malam ini. Kenapa pemilihan lagu macam ke arah lagu Indonesia je ni ye? Samson? Radja? Berat sebelah nampak. Ok, gurau senda aja!!!

Senarai Lagu Mania Astro

1. Aril – Starlight (Muse)
2. Hafiz – I Belive I Can Fly (R Kelly)
3. Hazama – Saat Ku Idamkan (Search)
4. Jaclyn Victor – Kenangan Terindah (Samson)
5. Stacy – Takkan Melupakanmu (Radja)

Good luck untuk semua artis yang bertanding malam ini di Konsert Akhir Mania Astro!! Penonton yang tak sabar menunggu pulak, bolehlah mengadap depan tv pada jam 10 malam ini di Astro Ria. Selamat menonton!!

*Updated: 

Juara Mania Astro untuk musim ini ialah Hafiz. Tahniah!!!!

Artikel Berkaitan

3 responses to “Penentuan Juara Mania Astro

  1. sha

    bleh x sha nak sokong… hmmm Hafiz? ehehehe

  2. sapelah yg menang agknya..huhu

  3. Pingback: Live Streaming Konsert Final Mania Astro | Lizarazak - Blogging Itu Seni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge