Nak Dapat Pahala Tak Susah

Assalamualaikum, Islam Itu Indah tapi masih ada sesetengah orang yang tersilap sangka tentang Islam kan? Katanya Islam ni susah itu ini padahal, bukan Islam yang susah tapi kita sendiri yang kurang menuntut ilmu Islam. Itu sebenarnya.

Bila kurang menuntut ilmu, tak kiralah ilmu apa sahaja memanglah kita akan rasa susah. Ini pengalaman saya sendiri, saya menulis berdasarkan apa yang terjadi pada diri saya. Selalu sangat saya fikir macam ni “susah gila nak dapat pahala. Nak pahala kena solat, kena sedekah, kena jadi orang besar untuk sampaikan ilmu kita sampai dekat orang lain. Susahnya”.

Itu silap saya. Cuma pandang nilai pahala pada sesuatu yang sangat besar padahal saya sendiri kurang mampu nak lakukannya. Kalau cuma itu sajalah cara nak dapat pahala dalam Islam, habislah semua Hamba Allah dekat dunia ni!!! Tapi, lepas saya terbuka hati pergi majlis ilmu. Setelah dengar ceramah, barulah saya rasa tukar cara berfikir.

Nak dapat pahala dalam Islam ni senang sangat! Ustaz kata, tak perlu nak tunggu jadi alim ulama’ mahupun jutawan untuk buat kebajikan dengan harapan dapat kumpul pahala yang banyak untuk bekalan akhirat nanti. Caranya senang sangat. Jangan pandang perkara yang BESAR kalau itu bukan kemampuan kita.

Lakukan perkara kecil sudah mencukupi sebab Allah tak pernah leka memberi pahala pada Hamba-Nya yang melakukan kebajikan walau sekecil zarah sekalipun. Allah tak buta ya!Saya beri contoh perkara kecil yang saya rasa ramai sangat orang terlepas pandang atau mungkin sengaja tak nak pandang.

Ok, kalau rasa tak mampu nak sedekah telekung atau sejadah dekat surau-surau. Apa kata kita buat amal kebajikan dengan tolong basuhkan telekung-telekung dan sambil duduk dekat surau tu, bolehlah ringankan tulang lipat sejadah berterabur. Mudahkan? Korang pernah buat? Kalau pernah, alhamdulilah. Kalau tak pernah, cubalah hari ini ;)

Mudah kan? Mudahlah kalau memang nak buat. Tapi, kalau tak nak buat. perkara mudah pun rasa berat. Kadang-kadang, kita sibuk nak tolong dan beramal untuk perkara yang agak “nampak” sikit bentuk pertolongannya tu oleh orang lain. Sedar tak sedar, dalam kita buat kebajikan ada pula terdetik rasa bangga bila ada yang memuji.

Silap pula konsep beramal kebajikannya tu nanti. Ustaz ada cakap lagi, jangan ingat Allah pandang “nilai” kebajikan yang kita lakukan. Nilai yang dimaksudkan tu samada nilai tenaga mahupun nilai berbentuk wang. Allah tak pandang tu tapi Allah pandang pada keikhlasan.

Ada 1 cerita, hartawan berikan duit untuk bina mesjid. Ada 1 fakir miskin tak mampu bersedekah dengan duit tapi dia akan sediakan air setiap hari di hadapan rumahnya untuk diberi minum pada pekerja-pekerja yang membina mesjid tersebut. Bila mesjid tu dah siap sepenuhnya, sampailah masa untuk berikan nama mesjid. Semua bersepakat nak namakan mesjid tersebut dengan nama si hartawan yang sedekahkan hartanya untuk pembinaan tapi tiba-tiba turun 1 wahyu Allah, yang menyuruh untuk menamakan mesjid yang dah siap tu dengan nama si fakir pembuat air tu da bukannya nama si hartawan!

Sebab apa? Sebab si fakir ni ikhlas! Walau perkara yang dia lakukan tu macam tak ada nilainya pun pada pandangan mata manusia tapi pada pandangan Allah…sendiri mahu ingat ya!!! Jadi, tak payahlah tunggulah diri tu jadi hartawan baru nak kumpul pahala. Mulakan je sekarang dengan perkara yang kita mampu. Nak dapat pahala tak susah kan? Selamat menabung saham Akhirat!

Artikel Popular

  • No Related Posts

24 Thoughts on “Nak Dapat Pahala Tak Susah

  1. kita memang perlu menabung untuk saham akhirat…semoga tabungan kita cukup walaupun tak penuh-penuh liza…

  2. setuju sangat, bersedekah ikut kemampuan biarpun sedikit. kalau nak tunggu kaya baru nak bersedekah, itu alasan je. ramai orang miskin boleh bersedekah.

  3. yg penting iklas ketika membuat amalan..kalo asyik merungut jer..mmg kureng la skit.. :)

  4. Sedekahlah mengikut kemampuan… Senyum itu sedekah…

  5. ya betul tu,kalau iklas mesti dpt pahala.

    “Ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di dalam keadaan malam gelap.”

  6. Yang penting ikhlas..=D
    Senyum ..xperlu kata apa2..ikhlas..msti manis..

  7. apa yang penting IKHLAS.
    itulah dia sumber utama dalam “penjanaan” pahala. =)

  8. Assalam..
    Terima kasih atas perkongsian tersebut..
    Betul kata ustaz tu, tanpa mengeluarkan belanja yang banyak pun, kita mampu pungut pahala.
    Buang tahi cicak di Masjid pun, InsyaAllah ada ganjarannya..

  9. Benjy rasa jika kita sentiasa berfikiran positif dan membuat perkara2 yang baik pasti kita mendapat juga balasan yang setimpal seumpamanya. :D

  10. Benda yg dapat pahala memang susah kita nak buat sebab syaitan di sekeliling menghasut. Salah satu golongan yg syaitan benci ialah orang kaya yang rendah diri. :)

    • sambung sikit… Salah satu golongan yg syaitan benci ialah orang kaya yang rendah diri & ikhlas

      • sara~syaitan memang sudah itulah kerjanya, kan?hehehehe. semoga kita kuat melawan

        zack~kita boleh jumpa golongan macam ni, cuma tak banyak. tapi ada. tengok cara dia hidup.

  11. Uiksss ! … hehehe masih menunggu update post ni :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Post Navigation