Live Streaming Konsert Final Mania Astro

Live Streaming Konsert Final Mania Astro

Penentuan Juara Mania Astro malam ini boleh disaksikan di Live Streaming Konsert Final Mania Astro di laman web rasmi Mania iaitu www.mania.com.my. Kiranya siapa yang tiada saluran Astro dekat rumah, boleh jugalah kalau nak layan konsert final ni.

Saya boleh juga kalau tetiba gedik nak layan live streaming konsert final Mania Astro ni di internet saja tapi apa guna tv kan? hahahaa!!!! Cuma, masalahnya malam ni ada cerekarama. Macam mana tu ya? Sama waktu pulak tu kan? Oke, tak apa kita boleh pegang remote dan buat acara tukar-tukar channel macam biasa. wakakakaka!!!

Ada orang tanya saya, best sangat ke Mania Astro ni? Saya rasa, jujurnya tak adalah best meletop sangat sampai boleh kita jadikan sebagai 1 fenomena. Biasa-biasa sahaja cuma artis-artis yang bertanding saja yang agak not too bad lah kot. Jadi, sebenarnya kalau korang tak dapat tengok konsert final ni tak adalah rugi mana pun. muahahaha!!!!

Sekali lagi, kalau korang nak mengundi untuk artis-artis pujaan korang untuk final konsert mania ni bolehlah baca pesanan oleh pihak Astro di bawah ini:-

Memperkenalkan Aplikasi Telefon Bimbit Mania yang boleh dimuat turun secara PERCUMA! Aplikasi ini telah tersedia untuk pengguna iPhone dan kini boleh dinikmati leh pengguna telefon Android. Anda hanya perlu taip APPMANIA dan hantar ke 32888. Anda akan menerima pautan untuk dimuat turun. Info-info menarik seperti berita terkini, galeri, profil Bintang Mania dan video-video menarik disediakan dalam aplikasi ini. Jangan lupa dapatkannya sekarang!

5 Bintang Finalis bakal meneruskan perjuangan mereka merebut gelaran Juara di Galaksi Mania minggu hadapan. Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai JUARA MANIA yang pertama? Teruskan undian anda untuk memilih bakal JUARA MANIA yang pertama! Taip MANIA20 Calon Juara dan hantar ke 32888. Saksikan Konsert Akhir Mania, Sabtu, 9 malam di Astro Ria (104), Saluran HD (188) dan Astro Ria (34) SingTel mio TV.

Okelah, malas pulak nak cerita panjang. Entry ni cuma ditulis sekadar mahu berkongsi link untuk live streaming konsert final mania astro je pun. Selamat menonton ya!!!

*Updated: 

Keputusan Konsert Akhir Mania Astro untuk musim ini ialah Hafiz. Tahniah!!!!

Artikel Berkaitan

13 responses to “Live Streaming Konsert Final Mania Astro

  1. setgh juta pak apis mng wow

  2. tgk bola..x tgk konsert ni..huhu..sian astro 🙂

  3. Tahniah Hafiz…bajet jacky yang menang

  4. heheh 🙂 haaaaafiz menang! suke. suke. you deserve it, dear.

    jack bukan tak best. cuma lupa lirik time2 final ni. jangan petikai la nape tak menang.

  5. Tau2 die dah menang… tak sempat tengok kat tv 🙁

  6. ..yang kami tahu Hafiz menang.. er, apa nama, er.. mania ni.. adeh, memang kami ketinggalanlah. Tiada tv dan tidak tengok tv langsung andai kata ada tv.

  7. tahniah wat hafiz….

    Tak tengok sangat tengok bola…org umah tgk mania….

  8. meo

    ape2 pun… bg meo, kristal is the best!!!

  9. sha

    rezeki berpihak pada hafiz kan? tahniah buat beliau… finalis yg lain pun hebat2…huhu

  10. agaknya lelaki yang bernama “hafiz” ini memang ada tuah & rezekinya bukan? 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge