Lagu Hari Guru 2012. Sayang Cikgu!!

Lagu Hari Guru ini adalah sempena sambutan Hari Guru 2012 yang akan diadakan esok (Rabu). Lagu Hari Guru ni bertukar-tukar ke setiap tahun? Entah, saya bukan seorang guru. Kurang pasti pula bab ini. Oke, jujur sangatlah pulak. Ampun cikgu-cikgu semua. Happy Teacher’s Day!! hehehe!

Kalau saya masih bersekolah sekarang, eh mesti seronok dan teruja esok pagi. Haruslah teruja, biasanya pagi-pagi kita semua akan berkumpul dan sama-sama berdiri menyanyikan lagu hari guru ni walaupun kita bukanlah seorang guru. ahaks!!! Menyibuk tapi versi halal kan namanya.

lagu hari guru

Alah, saja nak hiburkan hati cikgu-cikgu yang selama ni dah berhempas pulas melayan karenah anak murid yang “baik-baik” belaka ni. wahahahaha!!!! Eh, kalau ingat balik kenangan masa sekolah memang sumpah nak tergelak. Jahat SubhanaAllah sungguh ye perangai masing-masing.

Baiklah, sebelum saya membebel panjang. Biarlah saya kongsikan dulu lirik lagu hari guru 2012 ni dengan korang semua ya. Jangan pandang je, cuba baca lirik lagu ni sekali. Berlakonlah macam kita semua adalah cikgu juga. hehehehe!!!! Kalau rajin, saya kemaskini lagi entry ini dengan masukkan sekali koleksi kad hari guru, pantun hari guru, sajak hari guru atau kartun. Selamat Hari Guru untuk semua cikgu-cikgu di Malaysia ya!!!! (credit pic: Blog Cikgu)

LIRIK LAGU HARI GURU 2012

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara


Lagu: En. Rosman bin Adam
Lirik: En. Zainal Ariffin bin Yusof
(IPGM Kampus Ilmu Khas)

Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Bangun, beranikan terima seruan
Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Menciptakan kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif

c/o
Sahutlah cabaran, perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan,
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku tercinta

Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Tiada pernah jemu tiada putus asa
Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan

ulang c/o x2

“Daulatkan bidang pendidikan”. Oh, saya suka lirik dalam lagu hari guru ni. Mungkin penggunaan perkataan Daulat tu agaknya yang buat ayat tu nampak menarik. Agaknyalah kan. Tapi, apa-apapun. Macam status saya di Facebook saya. Mencari ilmu tiada hadnya. Timbalah ilmu sampai bila-bila. Tak ada ruginya. Isla pun tuntun kita mencari ilmu. Semoga berjaya dan sekali lagi, SELAMAT HARI GURU 2012!!!!

Artikel Popular

14 Thoughts on “Lagu Hari Guru 2012. Sayang Cikgu!!

  1. selamat hari guru.. :)

  2. Baru tau pasal lagu nie… Sebelum nie tau lagu Guru malaysia je… ;D

  3. Wow ! kira traformasi pendidikan ni macam cerita Tranformer 3 juga lah kan :D

  4. Macam mana nak nyanyi lagu ni yerr ? boleh nyanyi sikit ke :D

  5. moga perjuangan guru terus dihargai..

  6. slmt hari guru kpd cikgu cikgi yang comel2 di seluruh ngra…

  7. kiranya nih lagu baru lah ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Post Navigation