Kesan Kadar Gaji Minimum Sektor Swasta – Ramai Wanita Bakal Bekerja? Ini antara kesan dengan perlaksanaan kadar gaji minimum sektor swasta baru-baru ini. Ok, kalau fikir daripada 1 sudut memang ok sangatlah kan? Bila wanita bekerja, sikit sebanyak bolehlah ringankan beban suami yang selama ni menyara keluarga seorang diri.
Tapi, itu kalau fikir daripada 1 sudut jelah. Cuba, fikir daripada sudut yang lain pula. Isteri pergi kerja, keluar rumah pagi, balik kerja petang. Kalau rajin, masak. Kalau penat, keluar makan. Anak-anak pula, kena hantar pusat asuhan. Tak termasuk lagi kes dalam kelambu lagi. Mampu ke nak melayan tanggungjawab sebagai isteri?

Apa pendapat korang tentang isu yang diketengahkan dalam Kosmo Online ni? Ramai wanita bakal bekerja.
“KUALA LUMPUR – Pelaksanaan kadar gaji minimum bagi sektor swasta mampu menarik pekerja tempatan terutama wanita untuk bekerja di subsektor perkhidmatan hotel dan restoran, persidangan Dewan Negara diberitahu semalam.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, kerajaan yakin usaha itu juga dapat mengimbangi jumlah pekerja tempatan dengan pekerja asing di subsektor tersebut.
Berdasarkan Laporan Penyata Guna Tenaga Kebangsaan 2009, jumlah pekerja tempatan yang bekerja di hotel dan restoran di seluruh negara ialah 150,043 orang dan daripada jumlah itu 75,483 daripadanya ialah lelaki dan 74,560 merupakan pekerja wanita.
“Pekerja asing di subsektor ini pula ialah 25,287 orang dengan 18,511 orang merupakan pekerja lelaki manakala 6,776 lagi pekerja wanita,” katanya menjawab soalan Senator S. Bagiam Ayem Perumal.”
Apa-apapun, pada pendapat saya yang memang tak berapa nak arif ni. Semuanya memang ada baik dan buruknya. Sama macam keputusan perlaksanaan kadar gaji minimum sektor swasta baru-baru ini. Ada baik, kerana sah-sah dapat membantu rakyat dari segi kewangan. Lagi-lagi pada golongan yang kurang berkemampuan. Gaji minimum itu memang sangat berpatutan.
Cuma, ada juga kekurangannya kalau difikir-fikirkan. Suami, isteri bekerja. Duit gaji, memanglah masyuk tapi duit “keluar” pun boleh tahan juga. Kalau selalu sangat makan dekat luar dengan keluarga, duit habis dekat situ. Kan? Lagi 1, kalau dah tak ada siapa yang boleh asuh anak-anak. Nak tak nak, kenalah hantar ke pusat asuhan yang sah-sah berbayar. Duit lagi. Sama je!
Paling mengerikan bab institusi kekeluargaan lah kan? Walaupun saya ada merancang untuk terus bekerja walaupun sudah berumahtangga nanti, tapi nak atau tidak saya tetap tak boleh nak nafikan bahawa sebenarnya wanita ni “lebih” afdal tempatnya di dalam rumah. Menguruskan keluarga kerana memang itu yang dituntut dalam Islam.
Ok, kalau sebelum ni hanya golongan wanita yang ada pendidikan lebih sikit (sikit sahaja) sahaja yang akan bekerja dan wanita yang kurang berpendidikan hanya duduk dirumah kerana kalau keluar bekerja pun gaji tak sampai RM500 rasanya kan?
Dulu lah. Tapi, kalau sekarang ni dengan perlaksanaan kadar gaji minimum RM900. Haruslah semua wanita nak bekerja! Risaunya. Takut pula kalau kadar penceraian makin tinggi lepas ni. Suami isteri bekerja, rumahtangga tak terurus. Mintak simpang ya!!
* Psssst, korang dah tengok ke belum Video Seminar WordPress dan Sepetang Bersama Blogger? Bestnya!!!!








Tak termasuk lagi kes dalam kelambu lagi<– Sgt klasik itu "kelambu" i looike!! ahahahaha….
[Reply]
Lizz Reply:
May 8th, 2012 at 12:32 pm
untuk keselamatan kita guna ayat klasik ye. hahahahahaha.
[Reply]
oleh kerana gaji minimun RM900 majikan akan ambil pekerja yang ada pendidikan dan kemungkinan lepasan spm akan kurang diambil kerana biar mereka lanjut pelajaran dulu… itu yang saya rasa then memang ramai wanita akan bekerja kerana daya tarikan itu untuk membantu suami dan buat diri
[Reply]
Lizz Reply:
May 13th, 2012 at 10:43 pm
hmm, yang ada pendidikan sebab gaji tinggi, jadi prestasi mesti tinggi jugak ke maksudnya? logik jugak.
[Reply]
Saya khuatir suami2 akan kurang rasa tanggunjgawab terhadap isteri. Nafkah langsung tak diberi sebab beranggapan isteri dah berduit. Ramai golongan suami yang tak bekerja sekarang. Isteri yang bertungkus-lumus sara keluarga, sedangkan suami berfoya2. Itu yg saya nampak la..
[Reply]
benjy Reply:
May 9th, 2012 at 9:27 pm
Laki siapakah itu agaknya
[Reply]
Lizz Reply:
May 13th, 2012 at 10:45 pm
cikgu khairul, yup fenomena yang tengah berkembang skrg.hehehe. ada juga dengar2 kes macam ni
benjy, yang penting bukan kamu ye nanti.hahaha
[Reply]
rasanya perlaksanaan gaji minimum bukan tujuan utama utk tarik wanita bekerja. lebih pada membantu saja. yelah kalau rm900 saja memang xcukup.
[Reply]
benjy Reply:
May 12th, 2012 at 11:51 pm
setuju dengan tuan denai hati
[Reply]
Lizz Reply:
May 13th, 2012 at 10:51 pm
DH, memang bukan tujuannya tapi saya rasa ini antara kesan daripada perlaksaannya je.hehe. mesti ada pros n cons
[Reply]
Hatoi… Teruk lah lepas nie… Gaji minima tu dah ok… Pengambilan perkerja nanti pun akan dikurangkan… Harga produk pun may be naik…
[Reply]
Lizz Reply:
May 13th, 2012 at 10:52 pm
harga produk mungkin naik tu, ada logiknya. mungkin
[Reply]
emm … kalau wanita dah bekerja selalunya penat maka kuranglah adengan2 dalam kelambu ni … aduhhh !!!
[Reply]
Lizz Reply:
May 13th, 2012 at 10:55 pm
yes, mungkin ini terjadi kalau tak pandai urus masa lah kot
[Reply]
ade baik dan buruknya..cth sblum ni kerja 12 jam tp gaji ssh nk cecah 1k..lpas gaji minimum ni ..leh la dpt lebih..
keburukkan ttp ada..tp kene persefahaman yg tinggi juga antara suami isteri..
[Reply]
Lizz Reply:
May 13th, 2012 at 10:56 pm
isu persefahaman suami isteri ni mmg kena kuat sikit ah kalau both bekerja sebab bukan senang nak bahagikan masa..
[Reply]
bagi saya ianya memang suatu kenaikkan, tetapi bagimana pula dengan industri kecil dan kedai runcit, adakah mereka mampu menggaji rm900, saya sentiasa terfikir akan hal ini walaupun saya setuju dengan gaji minimum
[Reply]
benjy Reply:
May 11th, 2012 at 9:08 am
betul juga tu … kalau gaji dah jadi RM 900 tentu harga gula sekilo pun naik RM 5.00 sekilo
[Reply]
Lizz Reply:
May 13th, 2012 at 10:59 pm
juan,hmm tak pernah terfikir pulak yang ini. betul juga kan?
benjy, hahahahaha alah janganlah.mahalnyer
[Reply]
Juan Reply:
May 15th, 2012 at 2:11 am
pekerja kedai runcit gaji baru 500-600, kalau terpaksa bayar rm900, beban tu pada majikan, saya sendiri terfikir akan hal ini juka saya jadi majikan suatu hari nanti, katakanlah saya nk buka bisnes kecil kedai topup, saya kena cari satu pekerja dan kena bayar rm900, tinggi tu, belum sewa kedai, belum untung kedai, belum diri saya sendiri walaupun saya juga tahu 900 juga x cukup buat mereka
[Reply]
Ada faedah juga perlaksanaan gaji min ni. Harap-harap suami hanya bergoyang kaki tidak bekerja kerana alasan gaji rendah tidak lagi MALAS. Nafkah keluarga terletak pada bahu suami.
[Reply]
Lizz Reply:
May 13th, 2012 at 11:00 pm
kalau suami jenis tahu tanggungjawab, hal ini tak menjadi masalah dan beza bagi dia
[Reply]
Assalam..
Kalau betul la ada peluang kerja yg cerah untuk wanita, memang teringin sangat nak kerja. Dah grad 6 tahun dan jadi surirumah berijazah….kalau tak kerja, PTPTN tak terbayar lah jawabnya..
Tapi 50-50 jugak ni…kesian kan anak2 kalau orang lain yang mengasuh…dalam dilema pulak..
[Reply]
Lizz Reply:
May 13th, 2012 at 11:02 pm
salam,
kena fikir mana yang terbaik untuk keluarga. kalau kebaikan lebih banyak, apa salahnya cuba bekerja tapi kalau sebaliknya tak perlulah kot. bincang dengan suami
[Reply]
kalau semua wanita yang bergelar isteri, maka jawatan kosong pembantu rumah bakal “diiklankan” kohkohkoh
[Reply]
Lizz Reply:
May 13th, 2012 at 11:07 pm
kemain gelak si hafidz ni.hahahahaha
[Reply]
Ada pro n contra…kak sya keje sbb nk langsaikan hutang belajar yg tertangguh & bantu adik2….
[Reply]
Lizz Reply:
May 13th, 2012 at 11:08 pm
kalau niatnya baik, Allah bantu. InsyaAllah. good luck, semoga tabah membantu adik-adik
[Reply]
Aslmualaikum…kwn2 semua mmg ade bnyk kebaikan gaji minimun swasta di wartakan tp satu kebaikan ni sbenarnya membuahkan sepuluh keburukan…kalau kwn2 n kak liza blh teka, ape agak2nya keburukan yg timbul…hah. Cubax2 teka. Kita cuba fikir luar kotak ckit…hehe
[Reply]
Lizz Reply:
May 13th, 2012 at 11:12 pm
salam,
banyak kesannya lagi-lagi dalam hal kekeluargaan. kalau dah both bekerja, tanggungjawab mendidik anak tu kena usaha lebih sikit, kalau tidak macam-macam kesan pada anak.itu contohnya lah kot
[Reply]
Setiap yang dibuat pasti ada baik buruk, kita yang berakal la kena pandai uruskan.
[Reply]
Lizz Reply:
May 13th, 2012 at 11:14 pm
yep, kena bijak urus hidup
[Reply]
jika suami isteri bekerja.. mesti bertolak ansur bila berada di rumah..
[Reply]
mungkin mereka bekerja untuk membantu si suami.
[Reply]