Video Lagu Sekolah Henry Gurney, Berbakat Rupanya!

Video Lagu Sekolah Henry Gurney ni saya ambil dekat Youtube. Sekolah Henry Gurney siapa tak tahu kan? Ingat Drama Juvana, ingatlah dengan Sekolah Henry Gurney yang “popular” ni.

Rasanya Lagu Sekolah Henry Gurney ni pelajar sekolah ni juga yang buat. Kalau baca details yang ditulis dekat Youtube lah. Best juga lirik dengan melodinya. Kira bolehlah buat saya yang mendengar ni rasa cam kesian. hahahaha!!! Berbakat diorang ni rupanya. Cuma, nakal sikit-sikit tu biasalah.

Silap pilih kawan mungkin.

Cuba korang dengar betul-betul lirik lagu Sekolah Henry Gurney yang diorang buat ni. Syok juga. Agak-agak boleh tak diorang ni semua tercalon dalam Muzik-muzik lepas tu tercalon terus masuk Anugerah Juara Lagu? Ok, lawak hambar sangat. hahaha!! Layan dulu lagu dekat bawah ini ok.

Wajib Baca: Aplikasi Android Untuk Denaihati

Video Lagu Sekolah Henry Gurney

Oke, saya cari info berkenaan Sekolah Henry Gurney Telok Mas sahaja sebenarnya (lelaki) tapi saya jumpa yang lain-lain pula. Sekolah perempuan. Saya tak tahu pula ada sekolah Henry Gurney untuk perempuan. Bawah ini saya letakkan sikit info, kalau nak baca sejarah Sekolah Henry Gurney lain-lain, cuma klik pada link ok.

Maklumat RingkasĀ Sekolah Henry Gurney Telok Mas

Sekolah ini digunakan buat pertama kalinya pada tahun 1949. Institusi yang ditubuhkan bagi kanak-kanak lelaki ini telah mengalami 3 kali perubahan dari segi namanya. Ianya bermula dengan nama “Sekolah Akhlak Tertinggi” pada tahun 1949 kepada “Sekolah Latihan Pemuda” pada tahun 1950, dan berubah untuk kali ketiganya menjadi “Henry Gurney School” pada 15 Mei 1950 iaitu sempena pembukaan rasminya yang dilakukan oleh mendiang Sir Henry Gurney.

Solat Istikharah Mohon Petunjuk Cinta

Setiap penghuni akan berhadapan dengan tiga bentuk latihan iaitu latihan kerja kasar iaitu bagi yang baru masuk atau yang melanggar peraturan, latihan kerja sederhana bagi yang telah berjaya mengikuti latihan awal dan latihan kerja mahir bagi yang telah mahir dalam kerja-kerja seperti pertukangan, kimpalan, motormekanik dan lain-lain.

Sebagai sebuah institusi yang ditubuhkan khas bagi memperbaiki akhlak penghuni yang telah terpesong maka sekolah ini menitikberatkan kepada dua bentuk latihan yang berlainan iaitu vokasional dan akademik. Apa yang ketara, purata penghuni-penghuni yang berada di sini kurang meminati bidang akademik berbanding dari vokasional. credit

Artikel Berkaitan

2 responses to “Video Lagu Sekolah Henry Gurney, Berbakat Rupanya!

  1. mie

    memang berbakat…
    sedap lagu ni sebenarnya..
    ramai juga yang nyanyi kat youtube..
    ehheee

  2. my little brother suka sangat lagu ni. haha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge