SINOPSIS MENARA CINTA TV3

SINOPSIS MENARA CINTA TV3. Ada peminat Fasha Sandha tak? Telemovie Menara Cinta ni untuk korang. hahaha!! Saya dah baca sinopsis menara cinta ni, boleh tahan jalan cerita macam best.

Katanya pengambaran Menara Cinta ni dijalankan dekat Paris kan? Wah, untung jadi pelakon ya boleh jalan-jalan sambil bekerja tu. Rezeki namanya. Antara pelakon yang terlibat dalam telemovie ni antaranya Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Zulhuzaimy, Nabila Huda dan juga Rosnah Johari.

Menara Cinta ni akan ditayangkan pada hari Sabtu 21 April 2012 ni, dalam slot Cerekarama TV3. Jam 10 malam macam biasa ya. Siapa yang minat dengan lakonan Fasha Sanda atau Fahrin Ahmad ni bolehlah tunggu depan tv. Saya tak. hahahaha!!! Ok, jom baca sinopsis dulu bawah ni.

SINOPSIS MENARA CINTA TV3

SINOPSIS-MENARA-CINTA-TV3

Penggambaran Menara Cinta di Paris, menyaksikan kehidupan pasangan suami isteri yang tiada lagi persefahaman dalam melayari bahtera rumah tangga lalu mengambil keputusan untuk bercerai. Selepas berpisah Sofea meninggalkan rumah Rizwan dengan ditemani kekasih barunya, Danial. Sofea akhirnya berkahwin dengan Danial dan tinggal di England.

Ibubapa Rizwan memujuk Rizwan segera berumahtangga dan mendapatkan zuriat. Hubungan rapat semasa menjalani proses penceraian dimahkamah bersama Nur, peguam syarie Rizwan membuahkan bibit kemesraan antara mereka. Lantas mereka akhirnya bertunang.

Ketika hampir tarikh majlis perkahwinan mereka, Rizwan dihantar oleh syarikatnya untuk bertugas sebulan di Paris. Takdir Allah SWT mempertemukan Rizwan dan Sofea di kota Paris. Sofea pula telah bercerai dengan Danial. Rizwan bimbang akan kehilangan cinta Sofea, lantas tanpa berfikir panjang Rizwan bernikah dengan Sofea di Paris.

Sekembalinya ke Malaysia, Rizwan memohon maaf kepada Nur kerana terpaksa memutuskan pertunangan mereka. Nur menyaman Rizwan di mahkamah syariah dan menuntut ganti rugi RM! juta kerana memungkiri janji untuk berkahwin.

Sofea pula tertekan kerana Danial mengugut menyebarkan foto peribadi ketika mereka berbulan madu dulu. Akhirnya tekanan melampau itu membuatkan Sofea tiba-tiba rebah dak sukar bernafas. Doktor mengesahkan dia adalah membawa virus HIV. Adakah Rizwan masih setia menerima Sofea? Dapatkan Sofea dan Rizwan mengecapi kebahagiaan untuk bersama?

Saksikan Menara Cinta di slot Cerekarama pada Sabtu, 21 April ini , jam 10 malam. Siapa yang tak nak tengok, boleh tengok program Mania Astro lah kot. Saya dah layan minggu lepas. Boleh tahan best jugalah berbanding Akademi Fantasia dulu. Credit gambar, EDTV

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

7 responses to “SINOPSIS MENARA CINTA TV3

  1. tak berapa layan drama kat tv ni

  2. cinta pun ada menara kan..huhu

  3. sempat la tgk drma ni…best gak lakonan mereka….

  4. Belum tentu dapat follow up drama… Kalau followup pun tunggu dekat YouTube ๐Ÿ˜€ Hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge