Rahsia surah Al-Waqiah

kelebihan surah waqiah

Rahsia surah Al-Waqiah ni sebenarnya banyak sangat. Mak selalu suruh saya amalkan surah Al-Waqiah ni daripada dulu lagi, katanya surah ni bagus. Ada macam-macam rahsia surah Al-Waqiah. Tapi, biasalah degil.

Sekarang ni, alhamdulilah memang saya cuba amalkan membaca surah Al-Waqiah selepas solat Subuh. Tapi, kadang-kadang kantoi juga. Tak sempat. Tuntutan dunia ni banyak karenah kan? Bila fikir-fikir, nak je saya tinggal dekat Mekah atau Madinah. Sebab, dekat sana, semua manusia berebut cari bekalan akhirat, dunia ni kurang sikit.

Tapi, betul orang alim cakap. Kalau kita sibuk mengejar dunia. Dunia makin jauh tinggalkan kita tapi kalau kita kejar akhirat, dunia yang akan kejar kita. Tak akan tak perasan, orang-orang Arab Mekah kaya-kaya? Itu rahsianya. Mereka dekat dengan Allah. Kita? Erk. Ok, lari daripada topik. hahahaha!!!

Kali ni saya nak kongsi rahsia atau boleh juga lah saya sebut kelebihan surah Al-Waqiah. Saya ambil daripada blog orang lain dan macam saya katakan sebelum ni, bab agama saya tak berani ubah-ubah ayat takut silap. Lain maksudnya. Kan? Nanti saya berikan kredit pada blog asal.

SURAH AL-WAQIAH

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke-56 dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Surah yang diturunkan selepas Surah Taahaa ini dinamakan dengan Al-Waaqi’ah (Hari Kiamat), diambil dari perkataan Al-Waaqi’ah yang terdapat pada ayat pertama. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari kebangkitan.

RAHSIA SURAH AL-WAQIAH

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

“Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

“Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

“Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:

  • Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
  • Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
  • Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
  • Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
  • Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
  • Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
  • Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya, Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa/tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
  • Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
  • Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.

Jadi, macam mana? Agak-agak ada niat tak amalkan bacaan surah Al-Waqiah ni? hehehehe!!! Cubalah, tapi dengan syarat denga yakin. Buat apa-apa pun dalam hal agama ni, kalau tak yakin tak jadi juga. Selamat mencuba! Kredit sepenuhnya, Resepi Rahsiaku

Artikel Popular

  • No Related Posts

10 Thoughts on “Rahsia surah Al-Waqiah

  1. saya tak hafal liza..insyaallah akan cuba hafal

  2. terima kasih info ni..leh jdikkan amalan..

  3. Syukur Alhamdulillah..bertambah ilmu..thanx share

  4. kena hafal ni surah al-Waqiah. bila ada dibibir anytime boleh iqra.

  5. teringat cikgu pesan dulu, selalukan bc surah waqiah ms solat dhuha.

  6. Assalam..
    Terima kasih atas perkongsian di atas.
    Dulu pernah hafal sebab ada dalam KAFA tapi bila dah tak amalkan, lupa habis selepas exam..

  7. Pingback: 69,644,462 Views Untuk Youtube Gangnam Style | Lizarazak - Blogging Itu Seni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Post Navigation