Majlis Pertabalan Agong 2012

pertabalan-agong-2012

Pertabalan Agong 2012. Majlis gilang gemilang, Istiadat Pertabalan Agong 2012 baru saja selesai.  Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, ditabalkan sebagai Yang di Pertuan Agong ke 14 pada hari ini Rabu, 11 April 2012  di Balairong Seri, Istana Negara.

Apa yang bestnya untuk kita rakyat jelata ni apa lagi kan, kalau bukan dapat cuti umum sempena Istiadat Pertabalan Agong 2012. hahahaha!!! Seronoknya dapat bangun lewat sikit hari ini. Esok kerja balik. Dapat 1 hari cuti pun okelah. Syukur dah. Ok, over kemain syukur!

Bab istana ni saya tak berani nak buat ayat sendiri sebab nanti kalau salah, buruk padahnya. Kena ambil ikhtibar kes yang ribut sekarang ni dekat Twitter berkenaan kes “troll” Tengku Mahkota Johor baru-baru ni. Entah siapa silap, wallahualam. Biar pihak berkuasa saja yang menjalankan tugas mereka. Tapi, rasanya kes ni kecil kalau tak ada yang sengaja besar-besarkan cerita.

WAJIB BACA: KEPUTUSAN CONTEST GADGET IMPIAN

Jadi, untuk langkah keselamatan. Kemain. Untuk maklumat berkenaan Istiadat Pertabalan Agong 2012 ni, saya akan ambil info daripada blog-blog lain. Takut salah nama Sultan pun ya juga ni sebenarnya. hahahaha!!! Ok, selamat membaca.

pertabalan-agong-2012

 INFO PERTABALAN AGONG 2012

YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan memberi tabik hormat sebaik berangkat ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14 di Balairong Seri, Istana Negara, Jalan Duta, hari ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ditabal secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara, Jalan Duta. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membacakan pengisytiharan Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong pada istiadat pertabalan di Balairong Seri, Istana Negara.

Credit: Rimau Sakti 

 

KUALA LUMPUR: Istiadat pertabalan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 bermula pagi ini di Istana Negara di sini dengan upacara pemeriksaan barisan kehormat.

Seramai l07 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang terdiri daripada tiga pegawai dan 104 anggota lain pangkat, terbabit dalam perbarisan kehormat di anjung utama Istana Negara.

Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah diiringi ke Pentas Diraja oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menerima “Hormat Diraja”, yang diikuti dengan lagu “Negaraku.

“Serentak dengan lagu “Negaraku’ dimainkan, Bendera Peribadi Seri Paduka Baginda dikibarkan. Selesai upacara itu, Seri Paduka berdua bersemayam di Bilik Seri Maharaja, sebelum berangkat ke Balairong Seri untuk upacara pertabalan yang buat julung kalinya diadakan di Istana Negara baru, Jalan Duta, yang berdiri megah sebagai lambang pemerintahan Raja Berperlembagaan di Malaysia.

Pertabalan kali ini turut melakar sejarah kerana buat pertama kali Sultan yang sama dilantik semula sebagai Ketua Negara sejak sistem giliran memegang jawatan di kalangan sembilan Sultan dan Raja dipraktikkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.

Tuanku Abdul Halim pertama kali ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 1970 semasa berusia 42 tahun, dan kini empat dekad kemudian, baginda ditabalkan sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84.

Upacara hari ini yang disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut dirakamkan oleh National Geographic Channel dengan kerjasama Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk penerbitan dokumentari bagi siaran di persada antarabangsa.

Dokumentari pertabalan kali ini menumpukan kepada keunikan dan keistimewaan pelantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk kedua kalinya. – BERNAMA

Credit gambar: Komando Perang Siber

Program sempena Pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah

Program-program khas dari 11 April hingga 21 April tentunya mendapat perhatian rakyat. Walaupun daripada segi amalan dan susunannya tidak banyak berbeza daripada amalan perayaan yang dijalankan pada masa lampau lantaran perlu menjejak turutan tradisi, penegasan Jawatankuasa Induk Pertabalan SPBYDA tertumpu kepada tema “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada”.

Istiadat pertabalan Pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang bakal dihadiri semua kerabat diraja dan Yang Dipertua Negeri pada 11 April akan diadakan mulai pukul 9 pagi.

Ringkasnya, tema ini menegaskan perihal “tiada rakyat tiada Raja” dan hubungan antara kedua-dua entiti itu harus dipelihara dengan cermat lagi berkesan dalam ertikata kepentingan rakyat tidak diabaikan.

Sempena Pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ini, kira-kira 50,000 buku kecil “Raja Kita” akan diedarkan khasnya bagi pelajar sekolah serta generasi muda untuk mengenal dan memperhalusi ilmu pengetahuan darihal institusi diraja khasnya SPBYDA.

SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah akan meraikan sekumpulan kanak-kanak di Dewan Serbaguna Istana Negara Baru pada 21 April mulai pukul 9 pagi.

Pelbagai acara keceriaan kanak-kanak akan berlangsung sekali gus menggagaskan kepentingan kanak-kanak yang dilayani dengan penuh mesra. Program raksasa “Persembahan Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” sebelah malam 21 April di Dataran Merdeka adalah kemuncak perayaan pertabalan.

Pada malam itu diketengahkan pelbagai persembahan budaya pelbagai kaum, hiburan muzik serta nyanyian dan acara-acara selingan yang setimpal dengan malam kemuncak kepada perayaan Raja Kita.

Credit: Mummy Cute

Selamat bercuti untuk semua rakyat Malaysia sempena Majlis Istiadat Pertabalan Agong 2012! Habiskan masa cuti ni bersama orang tersayang ok, jangan buat perkara sia-sia please. hehehehee

Artikel Berkaitan

2 responses to “Majlis Pertabalan Agong 2012

  1. 50,000 buku kecil “Raja Kita” yg akan diedarkan utk pelajar sekolah bagus juga utk ibubapa baca rasanya, dapat tambah ilmu sistem beraja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge