Bersih 3.0 Malaysia Semakin Tidak Aman?


Perhimpunan Bersih 3.0 Malaysia semakin tidak aman? Ingatkan Perhimpunan Bersih 3.0 ni tak jadi, jadi juga rupanya. Katanya Perhimpunan Bersih 3.0 ini akan diadakan esok 28 April 2012. Haih, pening juga tak habis-habis buat perhimpunan ni.

Mungkin betul, ada yang saya setuju berkenaan Perhimpunan Bersih ni. Katanya nak suarakan hak-hak rakyat ke apalah. Tapi, saya rasa daripada Perhimpunan Bersih sebelum-sebelum ni tak ada perubahan sangat pun. Macam sia-sia je adakan perhimpunan macam ni. Perhimpunan bacaan doa tak ada pula ramai-ramai bersemangat nak pergi. Eh!!!

Hmm, suka hatilah. Kalau cakap pasal politik ni tak boleh lebih-lebih. Memang ada puak-puak yang hobinya turut serta dengan program atau perhimpunan-perhimpunan macam ni. Mungkin 1 kepuasaan barangkali bila dapat join Perhimpunan Bersih 3.0 ni. hehehehe!!! Suka hatilah.

perhimpunan bersih 3.0 malaysia

Antara sebab-sebab mereka mahu mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara:-

Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) masih lagi dilihat gagal untuk menyelesaikan 8 tuntutan yang dibuat semasa perhimpunan Bersih 2.0

Lebih banyak penipuan dan bentuk manipulasi telah diperolehi.

Tidak yakin Pilihanraya Umum ke 13 akan datang dapat dilakukan dengan telus dan adil.

SPR masih lagi gagal melibatkan isu asas iaitu membersihkan daftar pemilih.

PSC masih lagi belum dilihat benar-benar mengusul satu kaedah yang baik bagi menyelasaikan masalah warga Malaysia yang berada di luar negara untuk mengundi.

Jadi, agak-agak siapa yang nak pergi Perhimpunan Bersih 3.0 Malaysia esok??? Tak payahlah pergi kalau tak ada kaitan. hahahaha!!! Apa kata korang lepak je dekat rumah. Tidur, tengok tv ke. Lebih elok lagi pergi skodeng baca entri-entri saya contohnya macam Rahsia Surah Al-Waqiah, Makna Bacaan Solat ataupun, kalau nak dapat manfaat lebih sikit bab ilmu berblog ni sila dengan segala hormatnya ke blog Denaihati atau Ariffshah. Both mantap!!


Baca Entry Ini Juga Kalau Nak Tahu Cerita:

  • No Related Posts

20 Comments

  1. zuan says:

    hmm membazir masa je g an.. for stud, jgn la sebuk2 nk join

    [Reply]

    Lizz Reply:

    better student jangan terlibatlah kan ;)

    [Reply]

    halif Reply:

    Tapi yang sedihnya student yg ramai join. Tak paham. Buang masa je.

    [Reply]

  2. arezu_zura says:

    Bersih janganlah jadikan sebuah platform dah mengarut saya rasa

    [Reply]

    Lizz Reply:

    sangat mengarut. tak ada manfaat

    [Reply]

  3. ProfHariz says:

    Apa lagi yang depa nak bersih pun tak taulahh~

    [Reply]

    Lizz Reply:

    perhimpunan ini cuma menggunakan anak2 muda sahaja ;)

    [Reply]

  4. dok umah jer best..

    astro pon dh bukak semua tayangan secara percuma..hbo ke sukan ker..diorg wat promosi..hehe

    [Reply]

    Lizz Reply:

    sampai 6hb je kan?alah kenapa astro tak bagi terus.hahahahaha

    [Reply]

  5. hafidz says:

    baiklah buat sesuatu yang lebih bermakna dari menyusahkan orang-orang lain. dapat caci maki jer karang. karang tak memasal masuk lokap, fuh~

    [Reply]

    Lizz Reply:

    betul tu, duduk rumah habiskan masa dengan keluarga lagi bagus kan?

    [Reply]

  6. Pjah says:

    Lizzz..lame x singgah blog ko..

    Lagi pening bila ad yg bebalah sesama sndiri cuba tegskkan pendirian memasing ttg BERSIH ni..
    Perasaan aku: muak dengan politik..kikiki

    [Reply]

    Lizz Reply:

    tak apa, kalau ada masa singgahlah.hehehehe

    aku boring baca timeline semua pasal BERSIH.semua nak jadi politikus.hehehehe

    [Reply]

  7. jedi says:

    ada pro and con dia….

    aku pun xsuka tang keganasan tu…

    [Reply]

    Lizz Reply:

    memalukan bila rakyat negara lain sibuk tanya apa dah jadi dengan Malaysia.huhuhu

    [Reply]

    beckhrooy Reply:

    mmg ada pros and cons dia, tp aku x libatkan diri kat mana2 :D

    [Reply]

  8. b3njy says:

    Sebenarnya nak join juga perhimpunan bersih 3.0 ni tetapi tak dapat kerana terpaksa MEMBERSIHKAN kawasan rumah adehhh ! … kira memberishkan kawasan rumah pun sama juga dengan perhimpunan bersih 3.0 … alasannya sama ingin membersihkan ….. :D

    [Reply]

    Lizz Reply:

    bersih rumah lagi bagus sebenarnya.hahahaha!! berbaloi-baloi oke.

    [Reply]

  9. Juan says:

    nmpknya bersih duduk bantah x berlaku spt yg diharapkan

    [Reply]

  10. ladyred@gmail.com says:

    ada orang yg suka bersesak2 di karnival jum hebuh…
    ada org yg suka bersesak2 di dlm club malam, berhibur dan bersosial..
    ada juga warganegara yg percaya dgn ideologi politiknya…

    masing2 ada hak untuk menyuarakan hak individu..!!

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.