7 Pusingan Penuh Bermakna

Tawaf adalah salah 1 rukun Umrah yang kita wajib selesaikan. Dulu, masa pertama kali melakukan ibadah umrah. Memang bab nak buat tawaf inilah yang paling saya takut. Takut tersilap, al-maklum tak pernah buat.

Tapi, bila dah buat beberapa kali. Alhamdulilah, tak adalah teruk sangat takutnya. Kalau takut pun, sebab takutkan nak menghadap Allah S.W.T je. Iyalah, bila kita melakukan tawaf kita akan berada dekat sangat dengan Kaabah. Sambil jalan keliling Kaabah, automatisnya otak kita akan teringat semua dosa yang kita sudah lakukan. 

Itu memang tak boleh nak lari. Saya manusia biasa, banyak buat dosa. 7 pusingan tu memang sangat bermakna. Mulut tak lekang berdoa macam-macam, perasaan “pengharapan” seorang hamba pada Penciptanya memang sumpah terasa sangat bila kita keliling Kaabah ni. Airmata yang jatuh bukan disengajakan.

Kadang-kadang, cuba juga tahan airmata. Biarkan je bergenang tapi sudahnya tak tahan juga bila lama-lama tatap kelambu Kaabah tu. 1 ayat yang saya boleh kongsikan di sini, yang buat saya menangis entah berapa gelen entah (gelak-gelak) waktu buat pusingan Tawaf ialah  “Ya Allah, walaupun aku terlalu lama mengabaikan kewajipanku sebagai HambaMU….tapi sedikitpun ENGKAU tidak mengabaikan aku ya Allah. ENGKAU tetap menjemput aku ke RumahMU, Kau izinkan aku melakukan tawaf di RumahMU” 

Perasan tak, kita ni sebenarnya air mani yang hina. Allah pilih kita jadi manusia (bayangkan kita jadi haiwan), tapi bila kita dah dilahirkan di dunia, dari kecil menjadi dewasa makin lama kita makin jauh dengan Pencipta kita. Nikmat Allah dah beri, kita guna tapi kadang-kadang lupa bersyukur.

Salah 1 cara kita tunjukkan rasa bersyukur adalah dengan mengerjakan Solat. Semua orang boleh solat tapi bukan semua yang boleh dapat solat yang khusyuk. Ada orang solat 2 minit, asalkan rukun solat dilakukan kira oklah. Beri salam, lipat sejadah, nanti masuk waktu buat perkara yang sama lagi. Ulang.

Saya tak kata solat saya bagus. Saya salah seorang yang memang tengah belajar solat yang betul. Saya mengaku. Lama saya abaikan kewajipan, jadi saya cuba perbetulkan. Dalam proses pembelajaran ini, saya memang suka tengok gelagat kawan-kawan yang solat. Maaf, jujur saya katakan. Mereka belum boleh jadi contoh pada saya. Solat bukan sekadar tunggang tonggengkan badan, tapi pada saya solat adalah munajat seorang hamba pada Allah. Perlukan penghayatan. 

Mohon bimbing saya lagi 😉


Artikel Berkaitan

6 responses to “7 Pusingan Penuh Bermakna

  1. Pusingan lawan arah jam memang banyak rahsianya. Seperti mengacau madu yang diambil dengan air suam. Setelah campuran madu dan air suam itu dikacau mengikut lawan arah jam seperti pusingan tawaf disertakan selawat atas Nabi dapat memberi keberkatan dalam mengamalkan pemakanan sunnah Nabi.

  2. harap-harap bila ada rezeki secukupnya, dapat menunaikan ibadah umrah. amin =)

  3. bimbing dan saling mengingati.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge