VANILLA COKLAT 10 PUNYA PENANGAN

vanilla coklat 10

VANILLA COKLAT 10 punya penangan kemain hebat ya. Search Vanilla Coklat 10 dekat Google sekarang, tengok results please. Masa saya buat carian, keyword Vanilla Coklat 10 ini ada 2,080,000 results!!

Banyak ok jumlah 2,080,000 ni bukan 1 nilai yang sikit. Kemainlah ramai yang mengikuti Drama Vanilla Coklat ni rupanya. Mahu tahulah kan, semalam kan episod akhir drama ni. Pergh!!! meria betul laman Twitter dengan hashtag #VanillaCoklat dekat timeline. hahahahaha!!!!

Saya cuma menonton Drama Vanilla Coklat Episod 1 je. Kurang sopan kan? Jadi, saya kurang pasti best sangat ke episod 10 drama ni yang sampai keyword VANILLA COKLAT 10 ni kemain panas. hahahaha!!! Sebenarnya, drama ni pada saya biasa-biasa saja. Best sangat pun tidak, tak best langsung pun tidak. Mungkin sebab saya tengok jalan cerita drama ni ada ala-ala 1 sinetron Indonesia. Tajuk sinetron tu kalau tak silap “Kawen Muda” kot. Tak ingat.

Tapi, OST Drama Vanilla Coklat TV3 ni bolehlah nak layan. tapi, hafal tu taklah. hehehehe!!! Biasa-biasa saja drama ni. Kalau ada yang kata best pun, mungkin sebab penangan pelakon-pelakon kot. Izzara Aisyah dengan Aiman tu. Nasib baik bukan Neelofa hot tu iya yang berlakon.

p/s: Sebab mereka berblogging bagaimana pulak anda?

Mahu semua lelaki tak keluar rumah mengadap tv. hahahaha!!!! Ok, disebabkan entry ni saya sengaja taip sebab nak tunjuk betapa terornya penangan keyword VANILLA COKLAT 10 ni, jadi haruslah saya tidak akan buat review pasal episod akhir kan? Nak buat review macam mana, kalau tak tengok tv pun semalam. hahahaha!!!

Jadi, ada sesiapa dekat sini yang layan episod akhir Vanilla Coklat ni? Macam mana? Best ke ending drama ni? Berbaloi ikut drama ni dari awal sampai habis? Kalau tak silap, drama BFF pun dah tamat juga kan semalam? Eloklah, semua tamat serentak. hahahaha!!!!

Kalau tak silap, ada drama seram terbaru kan? Ada Iqram Dinzly berlakon. Apa tajuk drama tu? Amukan Pocong ke apa entah. Entah, sejak akhir-akhir ni terlampau banyak drama seram atau lebih tepat drama tahyul dekat tv. Rasa kurang selesa nak tengok dengan budak-budak dekat rumah.

Kita, yang dah dewasa ni bolehlah faham. Tapi, nak menonton drama tahyul dengan budak-budak tak sesuai langsung. Saya suka sebenarnya tengok drama/filem seram ni tapi bila terlampau tahyulnya tak adalah nak melayan sangat kecuali tertengok. hahahahaha!!! Tak berkembang minda kita kalau tengok cerita tahyul banyak sangat.

Ok, pada sesiapa yang nak layan VANILLA COKLAT 10 ke 11 ke sampai habis bolehlah cari je dekat youtube. Cuba search Vanilla Coklat Youtube. Ada je kot. Kalau tak pun, kalau BAIK lagi carilah link vanilla coklat download. bahahahaha!!! Bye

Artikel Berkaitan

15 responses to “VANILLA COKLAT 10 PUNYA PENANGAN

  1. x tgk pun.. tp ending dia mcm x brape nak best aaa… x in aaa

  2. Touya

    Tak tengok gak , just nak taw ending dia watak utama mati ke tak . Majoriti drama melayu watak utama mati .

  3. aiskrim perisa vanila campur coklat sedap dimakan…buat tajuk cerita pun jadi sedap ditengok..buat blog entry pun wow trafik meloncat!

  4. rasanya vanilla coklat episod 8 lagi to kot liza…ost dia lagi kebambommm….

  5. drama melayu semakin mendapat tempat dihati penonton 🙂

  6. langsung tak pernah tengok cerita ni..huhu..

  7. kalau kena gaya, keyword ni memang top la masuk kat blog, hehehe

  8. kena tunggu lepas ni drama apa pula yang jadi fenomena kat Malaysia 😉

  9. okeh, crite rupenye.. aku igtkan makanan tadi.. aku nie memang kurang sket ngan cite2 tempatan.. tengok korea jer.. :p

  10. lazaac xtgk pun citer nih… :p

  11. Sara memang layang citer ni tp ending agak mcm kureng sikit la. Simple sgt.

  12. suka jugak cerita nih, best.

  13. cerita ni rase nya,, bagi siapa yg tgok dh leh agak mcm mana perjalananya… leh jadi meletop mcm ni mybe…skg ni

    pelakon kita dah semakin bagus…kot.. pengarah pun dah makin baik..mungkin segala tentang hiburan dia org akan cuba yg terbaik…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge