Iklan Bersepah, Pembaca Rimas

Iklan Bersepah, Pembaca Rimas. Ok, saya nak minta maaf banyak-banyak kalau ada yang terasa dengan entry saya kali ini. Tapi, tak payahlah nak terasa sangat sebab saya pun ada juga terkena tempias ni. hahaha!!

Rasanya, semua blogger mesti ada letak iklan dekat blog mereka kan?

Tak kisahlah apa tujuan korang berblog pada awalnya. Tapi lama-lama mesti ada juga terselit iklan dekat blog. Saya ada tulis entry bertajuk 5 sebab anda berblogging dulu.  Tapi, masih ada bloggers yang betul-betul berblog tanpa mahukan duit langsung. Memang ada bloggers yang tidak masukkan iklan dalam blog mereka. Tapi, tak ramailah. Kan?

Ok, kita teruskan jelah pada tajuk entry ni. Iklan bersepah, pembaca rimas. Siapa yang setuju dengan kenyataan saya?

Sebenarnya tak salah pun nak masukkan iklan dalam blog kita ni. Cuma, kena pandai letak banner iklan tu pada tempat yang strategik lah kan. Keman strategik ayat. hahahaha!!! Maksudnya macam ni, kalau boleh susun iklan yang kita nak letak dalam blog tu secara teratur. Ikut size yang sama. 

Janganlah banner yang besar, disatukan dengan banner yang kecil. Pembaca tengok pun, boleh tergelak kot. Nampak sangat tak pandai susun. huhuhuhu. Jangan letak iklan bersepah sangat. Kesian dekat pembaca yang datang nak baca entry kita kan?

Saya tak kata blog saya ni tak banyak iklan. Banyak juga cuma saya memang sedaya mungkin elakkan letak banner yang terlampau kecik dan blink blink antara entry. Mengacua pembaca. Kecuali, untuk masa terhad sebab saya join contest tu memang tak boleh nak elaklah kan.

Cuba bayangkan korang tengah semangat nak baca entry dekat 1 blog, lepas tu tengok-tengok bersepah-sepah banner iklan. Kalau iklan yang bagus tak apa, ini tidak iklan UBAT KUAT lah, Ebook murahan lah, kamasutra lah. Menyakitkan hati kecuali memang korang jenis hati bersih suci tak nak maki, tak apalah kot.

hahahahaha!!!! Entahlah, nak komen lebih-lebih pun tak boleh sebab ramai je antara bloggers yang letakkan banner macam ni dekat blog masing-masing tapi jujurnya saya tak kisah kalau blog hiburan atau blog yang memang dihasilkan untuk mendapatkan passive income.

Itu kita kena faham. Mereka memang buat duit online.

Jujur betul. hahahaha!!! Ok, cukuplah. Nanti tulis panjang-panjang ada pula yang melenting. Anggap saja entry ini suka-suka . Saya pun nak buang iklan yang tidak mendatangkan hasil juga sekejap lagi. Tak mahu mendera pembaca dan membuang masa saya. hihihihihi

Cop, korang baca belum entry menarik di blog Denaihati ni? FB dan Twitter mana lebih best dan kenapa. Berilah pendapat korang dekat sana ya!

Artikel Popular

24 Comments

  1. jedi says:

    mungkin diorang suka kot…aku pun dah rasa blog aku bersepah

  2. nurmisnan says:

    har3… kamasutra yer.. ubat kuat.. dahsat2…
    memang sakit dgn blink2 iklan… last2 out terus..

  3. Anarm says:

    aku pernah tengok blog yang susun atur iklan dia bersepah.. main letak je campur2 dgn banner yg tak sama saiz.. buruk bebenor rupa dia kalau susun iklan macam gitu.. kejap besar kejap kecik..

    yang iklan “Kamar Sutera” tu pon aku penah juga tengok.. rasa macam nak order je.. :P

  4. ProfHariz says:

    Nampak bersepah. Sy tekan tombol pangkah je

  5. azura says:

    jangan banyak sangat dahlah sebab semua orang faham bab iklan ni….saya pun tepek iklan hihi

  6. zuls says:

    blog zulseffort.com, kalau tanpa iklan pun dah bersepah. tambah iklan banyak-banyak laagi bersepah-sepah.

  7. zuan says:

    huhu agak sedikit rimas la.. tapi ini sumber pendapatakn kan.. :)

  8. Sya Isya says:

    Sya pun rimas juga kalau iklan banyak2. tapi kalau tak mengganggu pembacaan ok je. kadang2 bila baca kat tab, blog jadi semak dengan iklan.

    • Lizz says:

      biasanya kalau blog personal, diorang still tapis iklan. tapi kalau blog yg dihasilkan mmg btol2 utk nk dpt duit tu..dia tak kira pembaca pun.hahaha

  9. bardboo says:

    yang penting kena susun iklan tu elok2..baru tak sakit mata memandang..

  10. lazaac says:

    sokong3x… sbb tu lazaac maleh nak pake churp2x segala… cukup la dengan iklan nuff yg agak menyemakkan jgak, bila la nak jd blogger suci dr sebarang iklan… kihkihkih…

  11. kai says:

    sokong gak…
    satu lagi memakan kite nye quota nk loading gambar2 tersebut…
    dah le pakai blogger nye hosting..
    kalo pakai self hosted xpe gak…

  12. byk sgt iklan..website leh jdik slow… :)

  13. hafidz says:

    kalo iklan banyak tapi tersusun kan cantik dimata yang memandang 8)

  14. Sara says:

    Sara setuju sgt2…kadang rasa mcm terganggu pulak dengan iklan yg bermacam-macam tu. Yang kelip2 tu lagi mengganggu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge