Tiada Rupa, Payah? Katanya. Tak Cantik, Orang Tak Suka? Merepek!

Rupa paras memang menjadi keutamaan bagi kebanyakkan manusia. Tiada rupa, payah. Katanya. Tak cantik, orang tak suka. Katanya. Entah siapa yang kata, saya pun tak tahu. Mungkin yang berkata itu sendiri tiada keyakinan pada rupa dia. hahaha!!!

Baru-baru ini, saya pergi ke ceramah Prof Dr Muhaya. Rasanya, sudah ramai yang tahu pasal Prof Muhaya ni kan? Seorang pakar mata dan juga pakar inspirasi. Kalau tak pernah dengar ceramah beliau, korang boleh search saja dekat Youtube. Mesti ada cuma tak sebanyak koleksi ceramah Ustaz Kazim Elias lah.

Ok, dalam ceramah petang itu. Prof Muhaya ada sebutlah berkenaan masalah manusia-manusia ni. Salah satu daripadanya, masalah terlalu sibuk memikirkan apa orang akan kata pada diri dia. Samada dia cantik atau tidak. Risau orang lain akan mengata diri dia yang tidak cantik macam orang lain.

Prof Muhaya kata, masalah ini bukan berpunca daripada orang lain, tetapi jelas-jelas masalah ini diri kita sendiri yang reka. Terlalu memikirkan apa orang kata tentang rupa paras kita, bentuk fizikal kita, sempurna ke tidak diri kita.

Kalau kita boleh berfkir secara waras, dan tidak mengikut kata syaitan yang ada di sekeliling kita ni. Mesti perkara ni boleh jadi mudah. Macam ni, fikir saja bahawa setiap manusia tiada yang sempurna. Kalau Allah beri dia cantik rupa paras, pasti ada kekurangan di dalam dirinya yang kita tidak nampak atau belum nampak. Kalau Allah beri kita tidak cantik paras rupa pula, mungkin ada sesuatu dalam diri kita yang Allah dah beri untuk kita gunakan untuk “menutup” kekurangan rupa paras kita. Mesti ada punya.

Lagi 1, sebagai orang Islam kita tidak boleh bersangka buruk dengan kejadian Allah SWT. Apa yang Allah sudah beri, pasti itu adalah yang terbaik pada kita. Allah kan tahu hati kita. Nanti kalau Allah dah beri cantik rupa paras, cantik pula yang lain-lainnya pun susah juga. Mana tahu, kita akan meninggi diri.

Jadi, Allah sengaja tidak beri kecantikkan pada paras rupa sebab Allah sayangkan kita. Bimbang kita menggunakan kecantikkan yang DIA sudah beri ni pada jalan yang tidak betul. Lihat saja contoh yang ada keliling kita. Tak nak sebut, dan tidak perlu sebut.

Prof Muhaya ada kata lagi, tak perlu nak bangga-bangga sangat dengan kecantikkan rupa paras dan fizikal kita sebab hakikatnya tubuh badan kita ni hanya “topeng” saja yang Allah beri pinjam sementara kita di atas muka bumi ni. Sebenarnya, kita ni hanya roh yang berkeliaran saja. Semua sama. Roh, tanpa jasad.

Takut? Memanglah takut. Sebab itu Allah pinjamkan tubuh badan kita sekarang ni untuk “balutkan” roh kita ni. Jadi, janganlan risau kalau ada kurang rupa paras atau kurang bentuk fizikal. Itu topeng sahaja. Ingat, kita ni asalnya ciptaan Allah yang tiada nilai awalnya. MANI.

Ada apa dengan air mani? Berapa nilai air mani kalau dijual? Tak berharga. Jadi, sama-samalah kita bersyukur sebab Allah dan menaikkan martabat kita daripada setitis air mani kepada seorang hambaNYA yang punya tubuh badan. Sempurna atau tidak, itu diluar bidang kuasa kita.

Semuanya milik Allah SWT. Biar tiada paras rupa yang sempurna, asalkan kita tahu jaga apa yang sudah diberi percuma. Salam Jumaat!

Artikel Popular

  • No Related Posts

14 Thoughts on “Tiada Rupa, Payah? Katanya. Tak Cantik, Orang Tak Suka? Merepek!

  1. as salam,

    terbaik entri2 camni =)

    itulah kita manusia. selalu sgt letakkan manusia lain sbgai perbandingan. semuanya nak kena baca pemikiran org tanpa sedar ada yg tidak bersyukur atas apa yg diberi.

    p.s-ramai lagi rupanya makayah yg sanggup letakkan hantaran tinggi2 semata2 takut dikate org…isk3

    • salam, hah bab hantaran tinggi tu memang kolotlah. kesian orang macam ni. kecuali memang dari keluargan yang mampu sangat2 tu tak apalah tapi tengok orang susah then minta hantaran tinggi2…melampaulah. kesian

  2. “bukan berpunca daripada orang lain, tetapi jelas-jelas masalah ini diri kita sendiri yang reka. Terlalu memikirkan apa orang kata tentang rupa paras kita, bentuk fizikal kita, sempurna ke tidak diri kita”.

    Masalah diatas memang menghantui ramai wanita dan sebahagian lelaki-lelaki kacak :)

    • biasanya perempuan lah yang ada masalah macam ni. tak percaya diri sendiri sebab paras rupa n fizikal tapi kalau dah dengar talk by prof muhaya ni rasanya kita tahu cara nak alihkan fokus ;)

  3. dari air mani, menjadi seorang yang sangat hebat.. :)

    hmm rasanya lebih baik risau akan masalah lain dari risau mengenai penampilan.. lain orng lain fikiran, tak ada rasannya penampilan yang 99.99% disukai ramai.. :)

  4. sangat bersyukur apa yg Allah beri sekarang. motivasi dr.muhaya memang best. beliau pun biasa kat radio ikim.

  5. best baca entri ni..kecantikan tu semua luaran je, dan tak tahan lama…apa yang penting adalah apa yang ada disebalik rupa tersebut..

  6. segan bila kita diperhatikan dari segala segi sedangkan kita kena terima secara positif bahawa tak ada yang sempurna…

  7. salam , bagus entri ni akk suka dan terkena sikit2 ke muka akk hehe . tk lah selalu fikir apa org nak kata pada kita , tp cuma nak cantik, tampil cantik tu tetap ada…

    muhasabah diri semula

  8. aku bersyukur yang aku dilahirkan sebagai lelaki kacak. Alhamdulillah…

  9. kadang2 kita memang dah bersyukur dgn rupa paras kita.. tapi ade je manusia yang berperangai buruk datang kutuk2, sindir2 rupa paras kita sampai kita jadi benci dgn rupa paras yg Allah kurniakan pada kita..

    kalo aku jumpa org macam tu nak je aku bagi kaki kat mulut dia.. dah rasa sempurna sgt kot.. dah hebat sgt rasanya.. kentut pon tetap bau busuk jugak..

  10. ‘bersyukur sebab Allah dan menaikkan’. Nak betulkan statement tu, sebab Allah DAH menaikkan kot. hehe. Biasala manusia. Bila ditanya, wow, cerahnya wajah awak, pakai apa? fair n lovely and fair and lovely.. Syukur je la dengan apa yang ada.

  11. apa yang penting tiada kata secantik bahasa. rupa paras yang cantik bukan jaminan untuk kita success didunia dan diakhirat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Post Navigation