seo

Mohon Petunjuk Bukan Menunjuk

15 Feb

 Banner
  • Sharebar

hidayah Allah

Mohon Petunjuk Bukan Menunjuk. Petunjuk dengan menunjuk, 2 perkataan yang jauh bezanya. Rasanya, kalau tanya dengan adik-adik sekolah rendah pun mereka boleh faham. Apa itu petunjuk, dan apa itu menunjuk sebenarnya? Biar saya berikan maksudnya mengikut pemahaman saya. hehehehe!

Ok, petunjuk bermaksud hidayah daripada Allah SWT yang kita terima dengan izin Allah. Semua perkara dalam dunia ni, apa saja yang kita lakukan sehari-hari, tiap jam dan setiap saat sebenarnya adalah berkat petunjuk Allah. Allah yang gerakkan hati/roh kita untuk melakukan sesuatu perkara.

Lain pula dengan maksud menunjuk. Menunjuk maksudnya, kita bermegah-megah dengan kelebihan yang kita ada pada orang lain. Kalau orang kaya, menunjuk dengan harta yang dia miliki. Kalau orang bijak pandai, sibuk menunjuk dengan ilmu yang dia dan kalau dia cantik, dia sibuk menunjuk pada manusia kecantikkan dia.

Hah, sekarang dah faham beza petunjuk dengan menunjuk?

Korang rasa, antara 2 perkataan ni. Mana 1 yang korang mahukan dan tercari-cari setiap hari? Haruslah petunjuk kan? Pada saya, tiada gunanya kita hidup dalam dunia ni 100 tahun sekalipun tanpa dapat petunjuk Allah. Setahu saya, petunjuk ni ada jenis-jenisnya juga tapi yang ini saya kurang arif. Kena rujuk pakcik Google lah kot. hahaha!!!

Kenapa saya kaitkan 2 perkataan ini? Ok, sebenarnya saya sedar sejak kebelakangan ini memang artikel di blog saya yang tak best ini agak ke arah keagamaan. Jadi, saya tidak hairan bila ada yang rajin bertanyakan tentang ini. Hmm, bila dah ditanya saya risau pula kalau timbul perasaan menunjuk.

Saya tidak ada niat lain sebenarnya. Rasanya saya memang dah lama beritahu, bila saya menulis entry di blog saya ni. Saya lebih selesa bercerita berkenaan diri saya sendiri berbanding orang lain. Pertama, mendatangkan dosa kalau saya mereka-reka cerita. Kedua, memang saya tak suka. hahahaha!!!

Ok, jadi mungkin kebetulan saya sendiri di dalam proses mengubah cara hidup. Secara tidak langsung entry di dalam blog saya ni pun turut kena tempias lah. kan? hahahaha!!! Bila saya menulis tentang hidayah Allah atau apa saja tentang agama, sebenarnya saya bukan mereka-reka cerita. Itu memang cerita saya cuma saya olahkan supaya tidak nampak macam begitu peribadi.

Kalau nak baca diari yang memang sangat peribadi tentang diri saya, boleh baca Tumblr saya. Link cari sendiri. hahaha!! Itu memang saya guna ayat pasar habis-habisan. Macam bercakap dengan diri sendiri depan cermin pun ada juga. Tapi, kalau tak suka baca ayat makian digalakkan jangan baca Tumblr saya.

Saya menulis untuk berkongsi dengan pembaca blog ini. Mana yang elok, mana yang boleh dijadikan panduan ambillah. Kalau saya buat dosa dulu, korang jangan buat macam saya. Kalau saya dah membuang masa dengan melupakan Allah terlalu lama, korang jangan ikut. 

Itu tujuan saya menulis. Saya mohon petunjuk Allah dan bukan niat saya mahu menunjuk pada umum tentang tahap iman saya yang sah-sah masih cetek ini. Mohon jangan salah faham. Nampaknya saya sendiri selesa menulis artikel berunsur keagamaan walaupun tak banyak. Manusia berubah, mungkin. Ingat, ilmu tak pernah berhenti ;)


Baca Entry Ini Juga Kalau Nak Tahu Cerita:

22 Responses to “Mohon Petunjuk Bukan Menunjuk”

  1. pjah 15. Feb, 2012 at 10:19 am #

    lizz..teruskan pengisian blog macam ni..aku suka..sikit sebanyak ia mcm beri peringatan jugak kat aku..sapa lagi kalau bukan saudara sesama manusia untuk saling ingt mengingati kan..=D

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hahaha. aku tulis ikut kondisi aku waktu menulis. kadang-kadang banyak perkara nak kongsi tapi tak tahu. bila tulis blog ni kena tahu had. memang blog aku ni campur aduk. ada hiburan sebab aku minat hiburan juga tp berpada-padalah. tapi, dalam masa yang sama aku suka motivate orang. itu yang ada orang komplen tu. tapi biarlah.hehehehe thanks wei

    [Reply]

    Denaihati Reply:

    biarlah org komplen. motivasi free pun xnak, nak buat mcm manakan.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    huhuhuhu itlah, tulis entry macam ni salah, itu salah..hahaha!!! pening tapi biarlah ;)

    [Reply]

    puanbee Reply:

    sebenarnya jangan fikir apa org fikir , baik buat apa yg liza rasa bagus , sy suka perkongsian bentuk mcm ni :)

  2. Azman 15. Feb, 2012 at 10:27 am #

    Boleh dapat beza petunjuk dengan menunjuk.Eh tak der pun entri yg menunjuk.
    Berkongsi tentang agama sesuatu yg bagus.Kalau ada org kata nak menunjuk entahlah…mungkin hati dia hitam kut…ada sedikit PHD…

    [Reply]

    Lizz Reply:

    wallauhalam.. mungkin tak kenal sangat kot. hehehehe. risau juga orang salah faham sebab memang ada yang menegur. tapi tak apa, orang tegur terima je. hehehehe

    [Reply]

    hafizmd Reply:

    erm…mmg gitulah manusia…suka cari pasal…wanau’zubillah

    mudah-mudahan konsisten dlm niat yg suci ni… =)

    [Reply]

    Lizz Reply:

    Amin. doakan walaupun kadang-kadang terpelot.hahahahahaha

    [Reply]

  3. Dadan 15. Feb, 2012 at 10:57 am #

    Menurut saya, Mbak Liz menulis artikel ini pun adalah merupakan petunjuk dari Allah SWT juga merupakan bentuk syukur (Tahadus bini’mah) Mbak Liz padaNya…

    [Reply]

    Lizz Reply:

    ma kasih Dadan buat komentarnya. iya bener, menulis juga ilhamnya datang dari Allah. ngak mungkin saya menulis dengan sendirinya. Ilmu milik Allah. ma kasih ;)

    [Reply]

  4. zuan 15. Feb, 2012 at 12:22 pm #

    Alhamdulillah, menulis mengenai islam sangat bagus.. tapi ramai yang mungkin buruk sangka.. biarkan apa diorang nak kata.. macam pemain bola dalam padang, lama2 pancit juga kan? begitu juga dengan pengkritik, msti akan kepenatan..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    tak apa, dunia blogging ni memang macam ni. pandai buat, pandai tanggung. pandai menaip pandai tunggu respon. positif/ negatif kena ambil. hehehehe. thanks zuan ;)

    [Reply]

  5. azura 15. Feb, 2012 at 5:28 pm #

    perasan juga liza punya artikel bagai sedang belajar sesuatu dan jarang publish entri, kita memang perlu petunjuk dan tak perlu menunjuk-nunjuk jelas dua definisi berbeza…jangan rasa susah untuk tambah ilmu walau sebenarnya payah…positive thinking ok, jangan give up liza

    [Reply]

    Lizz Reply:

    aah susah, tak mudah langsung. hehehehe. kena cari kawan-kawan yang boleh bagi support bukan menjatuhkan ;)

    [Reply]

  6. zuls 15. Feb, 2012 at 10:53 pm #

    Buat dengan ikhlas peduli kata orang,
    kata kawan, bukan mereka pun yang bagi kita makan..
    Buat baik tentu ada ganjaran..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    pandai buat pantun nampak.hahahaha!!!! yes, pedulikan tapi kena ambil peduli juga. maksudnya terima mana yang difikirkan betul, kalau dah kaji betul2 tak ada yang salah…teruskan saja ;)

    [Reply]

  7. pharmalif 17. Feb, 2012 at 3:14 am #

    Kata orang jangan diambil serius sgt. Yang penting tau hala tuju diri sendiri. Buat apa layan mereka yang nak bantutkan hala tuju kita. Teruskan

    [Reply]

    Lizz Reply:

    terima kasih. memang akan teruskan. cuma, kadang-kadang memang terpeleot.hahahahaha

    [Reply]

  8. hafizmd 17. Feb, 2012 at 12:54 pm #

    Teruskan liza. Moga kita sama2 sentiasa dapat hidayah Allah dalam setiap gerak geri kita. Hidayah kena jugak dicari dan insyaAllah ini salah satu jalannya…ameen

    p/s-mmg jauh benar bezanya menunjuk dan petunjuk =)

    [Reply]

    Lizz Reply:

    terima kasih hafiz. hahahaha tu ah jauh kan maksudnya?? entahlah macam-macam orang ni

    [Reply]

  9. Rina As 09. Mar, 2012 at 10:43 pm #

    Setiap orang pasti punya kekhilafan dan salah dan semoga Allah senantiasa memberi petunjuk untuk kita supaya tidak berada di jalan yang salah
    Ulasannya sangat mengagumkan, semua empat jempol saya beri untuk Lizz

    [Reply]

Leave a Reply