Lagu Terakhir Sudirman Hj Arshad

lagu terakhir sudirman

Lagu Terakhir Sudirman Hj Arshad yang sebetulnya apa? Lagu Terakhir Sudirman, lagu Salam Terakhir atau bukan? Ada sesiapa yang boleh “confirm”kan tak? Saya keliru Lagu Terakhir Sudirman Hj Arshad yang mana satu sebenarnya.

Rasanya ramai tahu kan hari ini memperingati pemergian Sudirman Hj Arshad. Siapa jelah yang tidak kenal Allahyarham kan? Kalau tak kenal, sila malu. hahahaha!!! Tak, tak. Tak perlu malu sebab beliau hanya manusia macam kita. Cuma, kalau nak tahu sebagai rakyat Malaysia bolehlah Google.

Saya terbaca dekat blog Nurizspace tentang kekeliruan Lagu Terakhir Sudirman Hj Arshad ni. Jujurnya, saya sendiri tak tahu mana 1 lagu terakhir Allahyarham ni. Mengikut tuan blog Nurizspace, lagu terakhir beliau adalah lagu Setelah Kau Tiada. Betul ke? Mati-mati sayang ingatkan lain.

Saya ingatkan Lagu Terakhir Sudirman, lagu Salam Terakhir. hehehehe!!! Ok, tak layak jadi peminat No 1. Saya ambil sedikit info yang ditulis oleh Nurizspace ok, mungkin boleh membantu kita yang tak berapa nak tahu tentang Allahyarham ni.

“Lagu terakhir dirakamkan Sudirman sebelum arwah meninggal ialah tajuknya Setelah Kau Tiada..dimuatkan dalam album tahun 1995 setelah Sudirman meninggal..bukan Salam Terkahir..tajuk je terakhir..apa daa 1 juta money drop ni..tak buat kajian dulu ke

Lagu Salam Terakhir dimuatkan dalam album Orang Kampung tahun 1986, Jauh di Sudut Hati dalam album tahun 1992.

Selepas kematiannya pada tahun 1992, EMI Malaysia telah mengeluarkan 3 buah album kompilasi. Dua lagu baru Setelah Kau Tiada dan Cinta Di Sisimu dapat diterbitkan setelah diketahui siapa penciptanya. Lagu-lagu ini dimasukkan dalam album Setelah Kau Tiada.”

Hah, ini info yang saya dapat tentang Lagu Terakhir Sudirman Hj Arshad sebelum beliau meninggal dunia. Mungkin peminat Allahyarham yang lain boleh bantu saya lah kot. hehehehe. Apa-apapun, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham. Saya turut rasa kehilangan beliau tapi janji Allah itu pasti.

Yang hidup pasti akan mati. Kita pun sama kan? Apa-apapun, korang dah baca belum entry bro Denaihati yang popular ni. hehehehe!!! Ayat bodek.wakakaka!! Entry yang wajib para blogger baca ni, Top 23 Blog Malaysia Paling Popular. Sila baca dan komen. Ini arahan. hahahaha!!! Kemain.

Ok, last untuk tutup entry berkenaan Lagu Terakhir Sudirman Hj Arshad ni. Saya letakkan sekali lirik lagu Setelah Kau Tiada. Haih, terasa betul kehilangan Allahyarham kan? Orang baik, Allah memang akan “ambil” nyawanya cepat supaya tak banyak dosa yang dia akan tanggung. Al-Fatihah

Lirik lagu Setelah Kau Tiada

ku baru tersedar mungkin aku menyintaimu
setelah kau tiada
kau yang pengasih yang amat memahami
yang kini telah pergi tak kembali

pernah kau ucapkan cinta
kata-kata bak ukiran bintang
tapi kuhanya mempersendakan
bagai suatu jenaka diantara kita
pada hakikatnya aku berpura-pura

bagaimana nak kunyatakan
yang cintamu terbalas sudah
bagaimana nak kupastikan
yang kau mengetahuinya

ku sayang padamu
sebenarnya sejak sedari mula
kau,kau tunggulah aku
kerna perasaanku dekat dengan perasanmu
dunia dan akhirat kaulah kekasihku

Lagu Terakhir Sudirman sangat menyentuh hati. Sekian!!!!!!!

 

 

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

9 responses to “Lagu Terakhir Sudirman Hj Arshad

  1. arwah mmg penghibur yg dikagumi di asia tenggara. seorang yang kreatif on stage

  2. legend yg sampai sekarang blum ada yang boleh tanding.. gabungan black, lan dan hazama pun belum tentu boleh kalahkan beliau.. 🙂

  3. Try dgr kat youtube, macam tak pernah dgr pulak lagu tu.
    Ada few other songs yang best, kalau dgr betul2 blh nangis. Maksud lagu mendalam

  4. aaaa la…ingat lagu salam terakhir jugak yg last…hehe

    lagu ni mmg tangkap punye, meleleh ayaq mata kalau dengaq….

    yg lagu last sebenar tu,nampaknye nak kena cari kat youtube lepas ni…

    p.s-dah kena paksa, p baca kat denaihati pulak…hahahaha

  5. Dia orang Temerloh Pahang.Bapanya cukup dikenali di sana.Lagu yang terakhir tak pasti,masa dia tgh top saya masih sekolah rendah.Dia sentiasa bersaing dengan kumpulan alleycat.

    Dia anak malaysia pertama dapat menyanyi di royal albert hall london,yg kedua ct nurhaliza kalau tak salah.

    Dulu ada jenama minuman mengunakan nama arwah sendiri diberi nama SUDI.Lepas dia sakit misteri, syarikat ditutup.Sampai sekarang orang tak tahu dia sakit apa. 🙂

  6. bila teringat arwah Sudirman Hj Arshad selalu teringat arwah opah yang meninggal lebih kurang sama dengan pemergian arwah. Al-Fatihah buat mereka berdua…

  7. Assalamualaikum Liza,
    saya pun terkejut juga time tengok rancangan 1 million drop hari tu, ada ke patut dia kata lagu terakhir Allahyarham ialah salam terakhir. Ingatkan sayalah yang salah, sebab confirm depa dah buat kajian sebelum keluar depan tv.

    Oh ye, salam perkenalan daripada saya.

  8. aku suka banyak lagu sudirman tapi xtau sangat pasal sejarah lagu terakhir ke apa..heheheheh

  9. dulu. aku pernah baca buku catitan arwah tentang kisah percintaannya terputus ditengah jalan. fuh… sungguh best… aku nak cari la mana aku letak buku tuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge