Caruman KWSP 2012 Terbaru

Caruman KWSP 2012. kali ini saya berkongsi tentang Caruman KWSP 2012 sebab saya baru “check” akaun KWSP saya. Alang-alang teringat, saya carilah info berkenaan Caruman KWSP ni.

Blogger BenjyBlogger ada berkongsi CARA MENYEMAK PENYATA KWSP SECARA ONLINE di blog beliau baru-baru ini. Saya tak tahu pula yang ini dan tak pernah cuba lagi. InsyaAllah lepas ni saya nak cuba “check” guna online pula. hahaha!! Korang boleh baca artikel di blog BenjyBlogger ok untuk maklumat lanjut tentang KWSP ni.

Artikel saya kali ini lain sikit. Bukan nak ajar check KWSP secara online tapi saya nak share pada yang masih tak tahu lagi berkenaan Caruman KWSP 2012 Terbaru. Motif? Sebab saya baru jumpa info ni. hahahaha!!! Ketawakan please. Ok, so selamat membaca info yang saya ambil daripada blog Berita Semasa

Antara isi-isi penting yang perlu anda ketahui dengan dasar baru (Kadar Caruman 2012) ini adalah :

caruman kwsp 2012 terbaru

1. Dengan dasar baru ini, 5.3 juta rakyat Malaysia yang bekerja, 92 peratus daripadanya adalah ahli aktif KWSP akan mendapat manfaatnya berdasarkan pengumuman Bajet 2012

2. Pekerja berumur 55 tahun dan ke atas yang menerima gaji tidak melebihi RM5,000 turut sama mendapat manfaat apabila majikan anda diwajibkan mencarum 6.5 peratus atau tambahan 0.5 peratus daripada kadar semasa 6 peratus manakala pekerja terus mencarum pada kadar 5.5 peratus.

3. Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menerima gaji bulanan sehingga RM5,000 sahaja yang terlibat untuk menerima kenaikan simpanan persaraan

4. Kadar caruman KWSP pekerja, masih lagi kekal pada kadar 11 peratus. Tidak berubah.

5. kadar caruman berkanun bahagian majikan dinaikkan kepada 13 peratus berkuatkuasa Januari 2012

Ok, dah baca kadar Caruman KWSP 2012 Terbaru di atas? Hmm, katanya antara sebab dasar ini dibuat kata KWSP adalah untuk membantu pesara yang tidak mempunyai simpanan yang cukup di hari tua, kadar inflasi semakin meningkat dan bertambahnya jangka hayat rakyat Malaysia. 

Katanya macam tu lah. Harapnya betul niata nak bantu rakyat. hahahaha!!! Mari kita berfikir secara positif sahaja. Oh ya, korang ada tak yang dah tengok Filem Adnan Sempit 2 tak? Ramai yang kata best dari yang 1 dulu. Wah, terujanya!! Lisa Surihani dan Yusry Tamatkan Zaman Bujang Ada Yang Kecewa

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

15 responses to “Caruman KWSP 2012 Terbaru

  1. agak2 bila bersara nanti berapa le jumlah simpanan kita kan?

  2. Kalau yang dah ada kwsp tu, sekarang dah boleh amik skit sblm bersara untuk invest, dan rasa memang bagus kalau ambil dan invest dalam something yang profitable dalam long term.

  3. huhu baru 1 kali duit gaji msk kwsp..itu pun time kerja sbg guru ganti.. selama kerja partime tak pernah duit ada masuk dalam kwsp

  4. ok baru2 ni teman abah check sekali kononya nak tengok penyata sendiri alih-alih ic tak bawak, hampeh

  5. kos sara hidup dah bertambah tinggi, caruman ni dapat membantu pesara di masa tua nanti, tabungan tu sgt penting di hari tua dan kecemasan

  6. penting untuk check caruman kwsp ni

  7. kalau dapat digubah lagi samada dinaikkan sedikit lagi bagus juga sejajar dengan kos hidup masa kini 🙂

  8. alamak.. lupa nak masuk duit dalam kwsp aku.. nasib baik datang tengok2 baca2 blog ni..

  9. joy

    Sy tak banyak duit KWSP,sebab berkerja sendiri.

  10. aku da semak penyata KWSP. fuh~ kalo lah boleh keluarkan kesemuanya… kaya kejap aku hahaha 😆

  11. Malas nak check KWSP nie, tunggu kerja 10 tahun bru cek

  12. memang terbaik dari ladang lah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge