Bujang Terlajak Belum Terlanjur Full Movie 2012. Siapa Dah Tonton?

Bujang Terlajak Belum Terlanjur Full Movie 2012 ini sudah ditayangkan dipawagam kan? Tapi, Bujang Terlajak Belum Terlanjur Full Movie 2012 ni saya tak tengok lagi. Jadi, sajalah nak tahu pendapat korang yang dah menonton Filem Bujang terlajak 2012 ni. Ada yang dah tengok belum?

Adik saya kata, Filem Bujang Terlajak ni best. Dia tak tengok lagi tapi die dengar kawan-kawan yang tonton sibuk review lah agaknya. Tapi, saya ada juga tengok iklan dekat TV. Macam best juga. Maksud saya, macam kelakar juga. Mungkin sebab pelakon-pelakon filem ni agaknya.

Dekat sini ada tak yang dah tengok Filem Bujang Terlajak 2012 ni? Best ke tidak? Adakah berbaloi kalau saya dengan tabah selalu pergi download. hahahaha!!!! Ok, terlalu jujur ya. Nanti dah download, tak best. Buat buang masa je tengok. phewwww. Baiklah saya tanya terus. hehehehe.

Apa-apapun, yang penting mari baca sinopsis Filem Bujang Terlajak 2012 ini dulu. Serious, saya tak pernah tahu pun ada filem ni. hahahaha!!!! Jom layan sinopsis dulu. Kalau ada yang rajin komen, kongsilah eh best ke tidak filem ni.

“Sinopsis Filem Bujang Terlajak 2012”

Filem Bujang Terlajak 2012

Bujang Terlajak mengisahkan mengenai 3 rakan karib iaitu Saiful, Nabil dan Johan yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri (Fazura). Mereka bertiga adalah ahli silap mata profesional. Ketika membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka tertarik dengan Puteri yang menjadi model untuk iklan itu.Tiga sekawan ini mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui yang Puteri adalah seorang guru tadika dan juga model sambilan. Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim (Mustapha Kamal).

Dia diberitahu Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dialami oleh ibunya. Oleh itu ketiga-tiga mereka mula menyamar dengan niat untuk memenangi hati Puteri. Pelbagai helah mereka gunakan untuk meraih kasih Puteri termasuk menggagalkan rancangan antara satu sama lain.

Patutlah orang kata best, ada Fazura? O k fine. Mesti yang lelaki tengok Filem Bujang Terlajak ni sebab ada Fazura kan???hahahahaha!!! Tapi, ketiga-tiga pelawak yang ada dalam filem ni nampaknya macam ok juga ni kalau na layan. Hmmm. Tolong!!!! Berbaloi ke tidak untuk saya download filem ni? hahahaha!!!! Kalau nak tengok filem bujang terlajak download sini.

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

13 responses to “Bujang Terlajak Belum Terlanjur Full Movie 2012. Siapa Dah Tonton?

  1. Macam2 tajuk filem sekarang…bujang terlajak dah terlanjur banyak ler jumpa hehehe..happy weekend Cik liza!

    *sgt aktif di tweeter yer 🙂

  2. Film yang menceritakan persaingan dalam meraih cinta seorang dara…

  3. dah tgk ler lizz.. boring gedegak.. nasib tiket dapat murah…

  4. zuan pn tak tgk lg.. jarang la zuan tgk crita melayu.. sbb selalu kecewa.. bukan taknak support, tp dah penat support.. mungkin tgk kat astro 1st je la nanti 🙂

  5. yang ni tak tengok lagi liza…walaupun ada Fazura tapi tak naik sangat cite ni

  6. rasanya tak berbaloi nak tengok…cerita cliche je dan tak la lawak sangat. Aku tengok tak habis pun sebab tak best 😀

  7. memang best filem bujang terlajak belum terlanjur ni. memang layan~ 😉

  8. tak tengok pun lagi. Kalau ada orang belanja, tengoklah. hehe

  9. oklah…lawak gak…bolehlah dilihat time tgh bosan2…kalo nak tengok byk kali,aku rasa mmg x lawak dah…(menyesal tgok Hantu dalam botol kicap kat pawagam aritu)

  10. erk, tapi perluke ada tagline belum terlanjur tu? mcm semua lelaki dah terlanjur. kurang senang sket dgn tag line tu.

  11. huh..ramai gak orang perempuan layan cerita ni ye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge