15 Fakta Tentang Al-Quran

fakta tentang al quran

15 Fakta Tentang Al-Quran ni saya ambil daripada Majalah terbaru IMAN. Nama majalah pun dah buat saya tertarik nak beli. Cover pun cantik. hahaha!!! Saya belek-belek, saya beli. Jumpa pula fakta tentang Al-Quran ni. Jadi, saya nak berkongsi.

Saya dengan gagahnya telah menaip 15 Fakta Tentang Al-Quran ni yang saya baca dalam majalah IMAN ni, dengan harapan dapatlah berkongsi info dengan korang semua. Tapi, tak semualah yang saya tulis ok. Kalau nak lagi puas, korang pergi kedai dan terus beli majalah ni. Saya dah baca, memang best!!!

Semalam, saya berkongsi video berkenaan 38 Famous People Who Converted to Islam kan? Ada yang belum tengok video ni? Tengoklah kalau rajin. hehehe!!! Entahlah, layan OST Drama Vanilla Coklat TV3 tu dekat youtube pun best juga. Saya pun layan dengar lagu ni tapi sambil-sambil tu carilah ilmu agama. Banyak rupanya dalam Youtube ni woo!!!!

Dekat blog My Adha, ada beliau masukkan entry Majalah Iman Yang Perlu Anda Miliki kalau korang nak bacalah. Itu daripada salah 1 akhbar rasanya. Oklah, banyak pulak saya bebel. hahaha!!!! Jom baca!! Cop, kalau korang ada keinginan nak Acer’s Aspire One Happy FREE sila tengok video ni. Mana tahu rezeki!

15 Fakta Tentang Al-Quran

1. Nama-nama lain Al-Quran yang disebut di dalam Al-Quran sendiri:
Al-Furqaan, Al-Kitaab, Al-Zikr, Al-Noor dan Al-Huda

2. Pertama kali Al-Quran diturunkan di:
Gua Hira (Makkah)

3. Tempoh Al-Quran diturunkan:
Secara beransur-ansur selama 22 tahun 2 bulan dan 22 hari

4. Jumlah surah yang diturunkan di Makkah:
86 atau 19/30 daripada isi Al-Quran

5. Jumlah surah yang diturunkan di Madinah:
28 atau 11/30 daripada isi Al-Quran

6. Jumlah ayat Sajdah (ayat disunatkan sujud tilawah apabila dibaca) di dalam Al-Quran:
15 ayat dalam 14 surah. Terdapat 2 ayat Sajdah dalam surah Al-Haj

7. Berapa kali perkataan Allah disebut di dalam Al-Quran:
2698

8. Berapa kali Al-Quran menekankan mengenai solat?
700

9. Apakah perkara-perkara yang disentuh dalam Al-Quran?
Tauhid kepada Allah, alam semesta, hari pembalasan, kisah umat terdahulu dan sebagainya

10. Berapa kali Nabi Muhammad s.a.w dipanggil Yaa aiyu Han nabi?
11

11. Dalanm surah mana Nabi Muhammad s.a.w dipanggil Ahmad?
Surah As-Saf ayat 6

12. Siapa orang pertama yang mengira ayat-ayat Al-Quran?
Aisyah r.a

13. Siapa yang memberi nasihat kepada Saidina Abu Bakar agar mengumpulkan Al-Quran?
Saidina Umar Al-Khattab

14. Perbezaan ayat-ayat Makkiyah dengan ayat Madaniyah:
Makkiyah – Lebih pendek, berjumlah 1,456 ayat, lazimnya terdapat perkataan “yaa aiyuhannaas..” dan bersangkut dengan hal-hal keimanan, ancaman dan pahala, kisah umat terdahulu dan pengajaran budi pekerti.

Madaniyah – Berjumlah 4,780, lebih kerap dimulakan dengan perkataan “yaa aiyuhalladzina aamanu..” dan mengandungi hukum-hukum

15. Nama nabi yang paling banyak disebut di dalam Al-QUran:
Nai Musa a.s

Ok, sebenarnya dalam Majalah IMAN Bil 1 ni ada 20 fakta tentang Al-Quran tapi saya ada kerjalah pulak. Jadi, sempat taip 15 Fakta Tentang Al-Quran sahaja. Kalau korang nak timba ilmu tentang Islam, beli majalah IMAN ni ok. Murah je, baru RM7. Bak kata Prof Muhaya pun, kita jangan berkira keluarkan duit untuk ilmu Allah. hehehehe.

Artikel Berkaitan

25 responses to “15 Fakta Tentang Al-Quran

  1. boleh buat soalan kuiz ni..hehehe

  2. kalo ada 15 fakta lagi kasi share eh. heh 😉

  3. Banyak fakta yg tidak diketahui sebelum ni… thanks Liza sudi berkongsi…

  4. 700 kali solat dikatakan dalam Al-Quran, pentingnya solat dalam hidup umat Islam…

  5. dah tahu pasal fakta ni, jom fahamkan plak 🙂

  6. Alhamdulillah, bertambah ilmu sara hari ni. Rasa mcm nak beli majalah iman nih. 🙂

  7. menambah ilmu hari ini 🙂

  8. uih..lgik byk lagik bagus.. 🙂

  9. Terima kasih, baca – baca ini jadi menambah ilmu agama saya..

  10. Terima kasih share.Alhamdulillah.

  11. ko taip balik ke dari majalah tu? rajinnya..

  12. link “38 Famous People Who Converted to Islam” dah xde ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge