seo

Temuramah Eksklusif: Apabila Zina Menjadi Budaya

1 Jan

 Banner
  • Sharebar

Temuramah Eksklusif. Video temuramah “Apabila zina menjadi budaya” ini saya sekadar berkongsi selepas menontonnya di blog IKRAM Negeri Johor. Terkesima juga lepas menontonnya. huhuhuhu. Jadi, saya nak kongsikanlah dengan semua pembaca Lizarazak.com. Moga kita belajar daripada temuramah ini.

Saya juga mohon bloggers lain turut sama berkongsi video ini sebab dalam blog IKRAM Negeri Johor ni pun memang admin ada mohon supaya kita sebarkan temuramah berguna ini. Ini mesej di dalam blog beliau.

Saya mohon sangat sangat …mohon sangat sangat agar menyaksikan kedua klip video ini dan sebar sebarkan… kepada seramai mungkin rakan-rakan. Jika semua menjalankan tanggungjawab ini – 4 juta masyarakat kita akan menerima mesejnya.

Bayangkan salah satu sekolah menengah di Malaysia ini hampir kesemuanya telah terlibat dengan zina. Ini pengakuan dari salah seorang yang terlibat. Beliau dicabar agar melakukan zina dan akhirnya mengandung dan melahirkan anak pada usia 16 tahun. Alhamdulillah telah kembali ke pangkal jalan.

Bayangkan seorang remaja perempuan semenjak umur 11 tahun telah terlibat dengan black metal.. dan pernah menjadi orang nombor 3 dalam kumpulan tersebut dan kini telah kembali ke pangkal jalan.
Wardina menangis mengenangkan realiti ini. “Bayangkan jika ia berlaku pada anak kita atau anak jiran yang kita kenali ….”

Jangan klik kalau dah cantik tapi kalau nak join, bolehlah!

Bagus juga sesi temuramah Apabila Zina Menjadi Budaya ni sebenarnya, kalau boleh adakan selalu temuramah macam ni. Biar golongan yang terlibat sedar diri dan cepat-cepat bertaubat. Ya Allah Ya Tuhan ku, hamba-MU mohon perlindungan daripada perbuatan yang keji ini Ya Allah.


Baca Entry Ini Juga Kalau Nak Tahu Cerita:

  • No Related Posts

17 Responses to “Temuramah Eksklusif: Apabila Zina Menjadi Budaya”

  1. sabree hussin 01. Jan, 2012 at 1:12 pm #

    memang menakutkan kan dengan apa yang dah berlaku keatas anak2 muda kita sekarang ni

    [Reply]

    Lizz Reply:

    itulah, takut tengok kita semua terlalu bebas. Silap diri sendiri dan juga pengaruh media massa juga.

    [Reply]

  2. wazy 01. Jan, 2012 at 3:06 pm #

    entri ni memang wajib disebarkan,mudah-mudahan mereka yang terlibat tu akan kembali ke jalan yang benar,sebab sekarang ni dah macam-macam perkara berlaku

    [Reply]

    Lizz Reply:

    betul, kita blogger2 ni pun boleh juga sebarkan video macam ni. kalau nak tunggu tv lambat sangat. hehehehe

    [Reply]

    wazy Reply:

    Tu la,ni pun dah siap entri,harap-harap akan lebih ramai lagi blogger share

    [Reply]

  3. titan 01. Jan, 2012 at 3:25 pm #

    pasang GPS kat anak la nanti. hehe…

    [Reply]

    Denaihati Reply:

    bagi hp yg ada GPS…
    masalahnya budak2 tak ramai yg tengok rancangan2 mcm ni, diaorang dok pikir seronok je. kita org tua(belum tua), dewasa kena ingatkan diaorang

    [Reply]

    Lizz Reply:

    titan~unless GPS tu boleh jadi sekecil cip, baru boleh kau buat camtu ah.hahahaha

    DH~betul, kalau nak tunggu budak2 ni tgk WHI/MHI ke apa2 mmg xkan ah. diorang suka hiburan “kosong” je tapi tak apalah. mana tahu blogger2 macam kita boleh tolong mana yg boleh.hehe

    [Reply]

    Denaihati Reply:

    berharap sangat blogger2 dpt sampaikan message mcm ni

    [Reply]

    titan Reply:

    dah ada dah gps yang kecil ni. tapi masalahnya, harga mahal gila. Kena cari gps yang just lekat kat tangan aje atau implan terus dalam badan. haha..saintis malaysia kena buat sesuatu nih..takkan nak harap aku juga. haha..

    [Reply]

  4. hafidz 02. Jan, 2012 at 12:01 am #

    jangan dijadikan zina sebagai budaya, kelak bala yang menimpa. tidak diampunkan dosanya…

    [Reply]

    Lizz Reply:

    yes, dosa besar katanya ;)

    [Reply]

  5. kimmie 02. Jan, 2012 at 12:09 am #

    apa yg dah jadi sekarang mmg sangat menakutkan dan merisaukan. Hanya apabila semua kembali mengikut Al-Quran dan Sunnah baru semua ini boleh diatasi.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hakikatnya, makin ramau yang hidupnya menjauh daripada landasan Al-Aquran.Itu yang sangat membimbangkan.huhu

    [Reply]

  6. Agr3v0 02. Jan, 2012 at 4:10 am #

    Sulit memang untuk mengajak kaum muda menghindari zina pada masa sekarang ini.. Ya, seperti kata rekan diatas, zina bagaikan budaya para kaum muda.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    yup betul. Zaman sekarang sangat memerlukan ikhtiar yang cukup tinggi untuk atasi kaum2 muda yang tersasar dari landasan agama. saya sendiri takut sebab kadang2 iman goyah. Selalu berdoa pada Allah

    [Reply]

  7. Oh! budu 05. Jan, 2012 at 11:57 pm #

    video macamnilah yg patut dikongsi dalam post.. tahniah :)

    [Reply]

Leave a Reply