SINOPSIS ARIANA MIKHAIL SLOT RATU TV9

Drama Ariana Mikhail, menggantikan drama Karma di TV9. Drama Ariana Mikhail akan bermula 16 Januari 2012, sinopsis Drama Ariana Mikhail kali ini tidak susah untuk saya cari. Petanda akan meletup kot drama ini.

Drama Ariana Mikhail ni nampak macam menarik mungkin sebab barisan pelakon. Nora Danish kan tengah popular dengan drama Tentang Dhia baru-baru ni. Masih panas lagi ni. hahahaha!! Tapi, kalau saya mungkin nak tengok sebab saya tertarik dengan lokasi pengambaran drama ni iaitu di Paris!

drama-ariana-mikhail

Sinopsis Drama Ariana Mikhail ni dah ramai yang kongsi di blog-blog lain. Rasanya, semua sama. Tapi, diorang lagi pantas update daripada saya. hahaha!! Agak sibuklah akhir-akhir ini. Oklah, jom layan sinopsis drama ini dulu.

Cerita bermula di Paris,France dimana Mikhail telah tamat pengajiannya di Universiti Kingston,London pergi bercuti ke Paris dengan sahabat karibnya Jamil yang merupakan senior Mikhail di universiti,hubungan mereka rapat seperti abang dan adik.. Dalam percutian itu,Mikhail berniat hendak mencari teman wanita Peranchis kononnya.

Tetapi adalah disebaliknya telah bertemu dengan Ariana juga singgah bercuti ke Paris dariAmerika Syarikat sebelum pulang ke Malaysia. Ariana yang lulusan hiasan dalaman bercuti bersendirian kerana ingin mencari pengalaman dengan dunia hiasan di Eropah. Dalam pertemuan itu berlaku disebuah cafe di bandar Paris, Apabila Ariana membantu Mikhail daripada di marahi yang cuba mengorat wanita Peranchis dengan mengaku Mikhail teman lelakinya. disebabkan Mikhail tidak memahami bahasa ’Peranchis’.

Mikhail marah dengan tindakan Ariana yang melepaskan peluangnya tetapi Ariana menjelaskan pada Jamil yang kebetulan ke tandas akan perbuatan Mikhail mengusik wanita peranchis yang telah mempunyai teman lelaki itu salah. Lainlah kalau wanita itu yang berminat dengan Mikhail. Sikap Mikhail yang tidak berterima kasih serta berlagak dan sombong membuat Ariana tidak berminat untuk berkawan walaupun dia tahu mereka sebangsa.

Ok, Drama Ariana Mikhail ni ada sebanyak 15 episod katanya. Kita tengoklah sama-sama drama ni yer. Setiap hari Isnin dan Selasa di slot ratu tv9 jam 8:30 malam. Antara pelakon-pelakon drama ini, Nora Danish, Sein dan Riezman Khuzaimi. Selamat menonton!!!

Artikel Popular

  • No Related Posts

18 Comments

  1. azura says:

    ada perasan iklannya tapi entah bila nak tertenggok…jarang buka tv9

  2. titan says:

    aku tak layan cerita ni. aku layan The Brain sekarang. haha..

  3. kimmie says:

    oh…begitu sinopsis drama ni, mcm menarik, tambah lg satu drama yg bakal di tengok menerusi tonton

  4. Sara says:

    Sara suka tgk lakonan Nora Danish. Dalam cite Tentang Dhia tu nampak innocent sgt. :-)

  5. hafidz says:

    syok la awal2 tahun ada cerita yang best untuk ditonton 8)

  6. Shah Blogger says:

    Perasan something. Lizz ni kaki wayang gak eah? hehehe

  7. Oh! budu says:

    nora danish lagii..

  8. Juan says:

    saya baru layan episode pertama

  9. Faris says:

    Wow! Jalan cerita dia memang mantap la. Drama ni macam mirip hasil karya dari Mohd Noor Kadir (penerbit dari Kuasatek Pictures) yang popular semasa zaman 90an dan awal tahun 2000 sehingga 2003. Rindu betul drama macam ni, memang menggamit memori. =)

  10. eiffa says:

    love this series…sanagt2 best layan lokasi pengambaran..jalan cerita juga menarik lebih2 lagi sekarang after 7 years..sangat mendebarkan errmm…tak sabar nak tunggu next Monday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge