Rahsia Menulis Artikel Dalam Tempoh 20 minit


Rahsia Menulis Artikel Dalam Tempoh 20 minit. Lain orang, lain cara dan gaya penulisan artikel. Saya ada cara tersendiri waktu menulis. Saya yakin, korang pun sama kan? Begitu juga tempoh masa yang diperlukan untuk menaip artikel sehingga selesai sesuatu artikel itu disiarkan. Kena ada rahsia ke?

Ok, Rahsia Menulis Artikel saya tidaklah unik mana pun. Masih kategori biasa-biasa. Waktu baru-baru saya ceburkan diri dalam dunia blogging ini, saya selalu fikir bahawa semua orang boleh dan pandai menulis dengan baik. Tapi, bila lama-lama dalam dunia ini. Baru saya sedar, bukan semua manusia dilahirkan dan dianugerahkan bakat untuk menulis. Bakat nak jadi blogger paling mesra ramailah! hehehe

Alhamdulilah, saya ada sedikit bakat itu. Tak terlalu hebat, tetapi masih ditahap yang boleh diterima umum.

Menulis blog pun ada rahsianya? Eh, mestilah ada. Semua perkara mesti ada rahsia. hahaha! Banyak lagi rahsia-rahsia lain tapi kali ini saya cuma mahu berkongsi berkenaan Rahsia Menulis Artikel Dalam Tempoh 20 minit sahaja. Betul ke saya menulis artikel hanya dalam tempoh singkat ini? Ya, majoriti artikel saya.

Jadi, apa Rahsia Menulis Artikel Dalam Tempoh 20 minit tu? Ok, saya kongsikan tapi tolong jangan harapkan rahsia yang melampau lain daripada yang lain ya. Saya bukan penulis artikel yang proffesioanal.

1. Tulis isi-isi penting

Ini PALING penting. Perkara wajib saya akan lakukan. Korang cuma perlu klik saja pada “Add new post” dan senaraikan isi-isi penting untuk artikel korang tu. Format, sila abaikan.

2. Fikirkan tajuk

Ini pun penting juga. Bab pemilihan tajuk sebenarnya bergantung pada kekreatifan kita sendiri. Pastikan tajuk yang bersesuaian dengan isi-isi penting yang kita sudah senaraikan tadi. JANGAN menipu pembaca dengan tajuk cerita sensasi, tetapi sebenarnya tiada kaitan. Jujurnya, tak ramai pembaca blog suka ditipu sampai macam tu. Kalau ada ilmu SEO, boleh tunjukkan kepakaran di bahagian tajuk sekali ;)

3. Karang perenggan pengenalan artikel

Ok, next. Cuba fokus untuk hasilkan perenggan pertama. Di sebabkan kita cuma ada masa 20 minit sahaja, biasanya perenggan pertama janganlah dikarang sampai macam karangan SPM yang menyayat hati. hahaha!! “Make it short”. Tekankan tajuk artikel, dan cuba jemput pembaca untuk membaca artikel korang. Itu sahaja!!

4. Olah isi-isi penting

Kan tadi dah ada senarai isi-isi penting artikel kan? Apa saya buat? Olah isi-isi penting artikel tadi menjadi perenggan. 1 isi, 1 perenggan. Jangan masukkan 2 atau 3 isi dalam 1 perenggan. Part ini lama sikitlah. Mungkin di sini yang saya katakan tadi, BUKAN SEMUA MANUSIA mampu menulis artikel. Mungkin, tapi masih boleh belajar. Jangan putus asa!!!

5. Penutup artikel Yang berkait

Kalau tadi, waktu mengarang perenggan pengenalan saya lebih gemar menjemput pembaca blog untuk sama-sama membaca kan? Jadi, untuk bahagian penutup artikel pula, saya akan cuba sekali lagi untuk menjemput pembaca berkongsi pendapat atau apa sajalah. Konsep menulis blog pun sama macam kita melayan tetamu yang datang rumah kita. orang datang, kita jemput dan sebelum tinggalkan rumah, kita pastikan mereka rasa dihargai dengan ajak mereka bertukar-tukar pendapat.

Siap! Ok, Rahsia Menulis Artikel Dalam Tempoh 20 minit ini termasuk tempoh nak “mencantikkan” artikel ya. Kalau nak pastikan artikel tu ada gambar-gambar ke atau video ke apa, itu mungkin kena tambah masa lah kot. hahaha!! Tapi, rasanya pembaca blog saya dah tahu kot. Saya jarang letak gambar, jadi tempoh 20 minit ini biasanya cukup untuk saya sehingga klik pada “publish” . hehehe!!! So, good luck!


Baca Entry Ini Juga Kalau Nak Tahu Cerita:

18 Comments

  1. Azman says:

    Tip terbaik….Cik Liza kalau 22 minit boleh kan? :)

    Saya akui bukan semua manusia ada bakat dalam menghasilkan artikel terbaik.Kalau menulis tu semua orang boleh menulis kan.Tulis sampai ke hati tu yg jarang2 orang boleh buat.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    boleh je nak 22.5 pun boleh.hahahaha!!! ada orang yang diberi bakat tulis bait-bait syair/puisi dan ada yang berbakat tulis novel. berbeza-beza ;)

    [Reply]

  2. jedi says:

    thanks for the tips…

    [Reply]

    Lizz Reply:

    sama-sama ;)

    [Reply]

  3. Shahrul says:

    entri paling pantas adalah wordless wednesday…hahaha

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hehehe. yes!!! tapi perasan tak dekat blog ni tak banyak WW? sebab owner blog ni tak puas kalau tak menaip artikel unless busy sangat2 then baru buat WW sahaja.hahahaha

    [Reply]

    pjah Reply:

    even ko buat WW..tapi still lagi ada tulisan panjang berjela bawah pic tu..kan2..hehehe =p

    [Reply]

  4. Sgt setuju..stakat tulis ngarut ngarut mcm aku bleh la kot…

    [Reply]

    Lizz Reply:

    uiks, tak baik cakap camtu. setiap orang ada kelebihan dia. hehehehe.

    [Reply]

  5. nurmisnan says:

    Ini kalau kasi kat aku tulis 20 minit, aku tulis senarai barang2 dapur jer.. hik3..

    [Reply]

  6. titan says:

    aku hentam aje. takdenya set masa atau tengok jam masa tulis artikel. haha..

    [Reply]

  7. azura says:

    sekarang saya suka buat draft liza taip memang lambatlah…lebih 20 minit tapi panjang lebar kalau tak ada isi bagus orang tak minat baca…tips cari isi penting tu memang berkesan sebenarnya…

    [Reply]

  8. Cikgu Hairul says:

    Saya suka buat tajuk dulu. Step dua baru isi. Lepas tu baru menggoreng.. heheh. Kalau 20minit karangan sepanjang 100pp pun dah kira ok kan? buat entri pendek2 jer. Satu tips yang baik ni. Thanks

    [Reply]

  9. Fizz says:

    kadang2 banyak idea nak tulis tapi malas… hehe. paling mudah tulis sikit tapi lebihkan banyak gambar atau video.

    [Reply]

  10. sOoooooour says:

    sama cm wat karangan SPM…tidak melebihi 260 patah perkataan..hahaha..

    [Reply]

  11. shraqs says:

    Siap buat draft lagi ek. Teratur betul. Sy ni biasa kalau dpt ide jot down d phone dulu,.. bila depan ltop @ tablet mula la menulis sikit2 pastu biar di bahagian draft je,.. tunggu masa yg sesuai utk release.. biar berlapuk d draft pun takpe mana tau ada masa sibuk nanti tak sempat nak buat entry baru,.. yang ni lah akan di release

    [Reply]

  12. Menulis itu tak sesukar mana, tapi bila tiba bab susun idea haru-biru.

    Itu yang berat nak update blog jadinya.

    [Reply]

  13. Rina As says:

    kesulitan saya biasanya terletak pada pembuka dan penutup artikel, entah kenapa blank ni pikiran saya saat memulai membuat paragraf pembuka dan penutup.
    Terima kasih atas tips2 di atas..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.