Mahu Berubah, Tapi Bagaimana Caranya?

Assalamualaikum, artikel kali ini mungkin agak personal sedikit. Saya tidak akan bercerita mengenai sesiapa tetapi 100% isi artikel ini adalah berkenaan diri saya sendiri. Suka atau tidak, kalau cerita ini boleh sedikit manfaat pada pembaca. Saya ikhlaskan saja. hahaha!!!

Baiklah.

Saya mulakan dengan kalimah Bismillahirrahmannirahim. Pernah suatu ketika dulu, jiwa saya kosong. Saya menjalani kehidupan macam orang biasa. Luarannya seperti sudah cukup sempurna. Ada keluarga yang cukup bahagia, ada kawan-kawan dikalangan manusia-manusia hebat saya seolah sedikit bangga, ada kelebihan sedikit itu ini saya merasa cukup bertuah.

Senang cerita, semua yang ada sekeliling saya. Saya anggap itu adalah pencapaian saya sendiri. Saya yang berusaha, jadi saya tidak perlu berterima kasih pada Allah. Itu kejahilan saya. Sombong tidak tentu hala. Mengaku Islam tetapi solat lubang-lubang, aurat saya pandang remeh, bila ada yang cuba “ceramah” depan saya..dalam hati saya akan mencerca.

Satu-satunya ibadat dalam Islam yang saya rasa lakukan dengan agak sempurna daripada pandangan umum adalah puasa. Itu pun, saya puasa sebab semua orang dalam rumah berpuasa. Konsep puasa itu sendiri saya tidak faham. Terawih? Dalam 30 hari, adalah 7 hari sahaja saya berterawih. Memang jahil.

Saya membuka aib diri, untuk renungan orang lain. Saya yakin, ada juga manusia di luar sana yang serupa macam saya cuma mungkin belum ada kekuatan mahu bercerita dan membuka aib sendiri. Saya sambung cerita ini.

Ada orang tanya saya, sejak bila mula berubah? Jawapan saya daripada dulu sampai sekarang adalah sama “tak pasti”

Ada Job Interview!!!

Betul, saya tidak pasti sejak bila mula berubah. Lepas tu, ada pula yang meninggalkan pesanan di Facebook peribadi saya “macam mana Liza mulakan perubahan. Mesti susah?”. Tak juga. Nak mulakan perubahan agak mudah sebab kalau sekali kita dah berniat depan Allah (terlintas mahu berubah menjadi lebih baik) Allah akan bantu kita.

Jadi apa yang susahnya? Selepas “langkah pertama” untuk berubah itu yang terlalu sukar. Orang lain, saya tidak tahu tapi bagi saya part ini lah yang payahnya. Langkah pertama untuk berubah adalah niat kita dengan Allah. Itu paling mudah. Tahukah korang semua, Allah itu maha pengampun. Buatlah dosa sebesar apa pun KECUALI syirik. Pasti Allah akan ampunkan dan kita akan merasakannya.

Allah tidak akan jatuhkan semangat kita, tidak akan mengherdik dengan kata kita “nak jadi ustazah lah tu”, “nak berlagak dah jadi baiklah tu” dan sebagainya. Mana ada, tapi yang saya kata “Selepas “langkah pertama” untuk berubah itu yang terlalu sukar” adalah daripada manusia-manusia keliling kita sendiri.

Hafizh Syahrin Abdullah, King of Pocket Bikes.

Kadang-kadang saya nak patah balik jadi macam yang dahulu tapi nampak sangat saya tak kuat kan? Jadi, saya memang buat bodoh kali ini. Tak ada sesiapa pun yang membantu, saya usaha sendiri perlahan-perlahan. Saya beli buku motivasi, saya baca dan saya tenang. Buku baru yang saya beli kali ini ialah buku Travelog Haji hasil penulisan peribadi dan kisah benar Prof Kamil.

Belilah, kalau korang rasa nak berubah dan tak tahu nak mulakan dari mana. Buku Travelog Haji bukan menceritakan rukun-rukun haji tetapi menceritakan pengalaman hidup Prof Kamil yang dulunya jahil agama tetapi sekarang…oh tak perlulah saya ceritakan semua. hahaha!!! Beli sendiri ya 😛

Motivasi saya setiap hari mudah saja. Buka Al-Quran dan baca surah Al-Muzammil dan surah-surah selepas itu. Baca terjemahan, kalau tak takut juga bolehlah cuci hati dengan clorox.hahahaha!!! Gambaran tentang hari Kiamat sangat jelas dan terperinci dalam surah-surah terakhir. Sekian. Mana yang baik daripada entry ini, bolehlah ambil ikhtibar. Mana yang buruk, itu disebabkan kejahilan saya sendiri. Jadi, jangan diikut.

Baca: Temuramah Eksklusif: Apabila zina menjadi budaya

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

25 responses to “Mahu Berubah, Tapi Bagaimana Caranya?

  1. Ada orang Allah butakan hati dia sehingga dia tidak nampak jalan yg benar.Maksud saya,bila ada yg menceritakan bab agama dia jadi marah,benci tak suka orang tu..

    Jika Allah buka pintu hatinya,dengan tiba2 dia boleh berubah.

    Untuk berubah memang susah,tetapi kena lawan juga bisikan yang menghalang untuk kita melakukan perubahan.

    Moga Allah tetapkan hati kita!

    • ye faham maksud tu sebab itulah yang saya rasakan. benci. tapi, itu dululah. jadi, sekarang ni bila turn saya pulak yang nak ajak orang buat baik..rasa cam redha jelah sebab faham konsep “belum sampai hidayah Allah” 😉

  2. Nak berubah boleh tapi kena ambil masa dan sertakan niat yang betul serta istiqamah

  3. bagus2… jangan lupa tengok VCD Prof. Kamil sekali…
    lepas baca buku travelog haji… saya dapat simpulkan kita tak perlu menjadi seorang ustaz untuk berubah… banyak mana dosa pun..yang penting adalah berubah… sampai bila nak tunggu dosa kita tak dak…
    Prof. Kamil sendiri dah tua baru berubah… saya pernah dgr “Tuhan tak pelik jika manusia buat dosa sbb itu adalah sifat manusia, tapi pelik kenapa manusia tak bertaubat” so, nasihat kpd saya sendiri, bertaubatlah setiap hari…

    semoga mendapat ketenangan dan dipermudahkan semua urusan dunia dan akhirat..

    • ye betul, suka pulak saya baca komen ni. kita sentiasa buat dosa. nampak atau tidak, itu je bezanya. kena sentiasa berubah dan bertaubat menjadi lebih baik dan yang penting…

      jangan selalu merasa diri kita sudah terlalu baik dan orang lain buruk.

  4. askm. bila berkongsi pengalaman mcm ni, insyaallah ramai yg akan jadikan rujukan.

  5. Nak berubah ini cabaran akan bermula bila kita dah jadi orang baik.. sebab orang-orang yang kurang baik ni memang akan selalu iri dengan orang2 yang baik2

  6. buku travelog haji prof kamil memang bagus untuk dibaca. penyampaiannya pun santai, senang nak ikut.

    sebut tentang haji, teringat kuliah ustaz semasa kat Mekah hari tu. katanya, kita perlu bersyukur diberikan kesedaran untuk melakukan kebaikan. kesedaran adalah kunci kepada perubahan.

    • sangat bersyukur. sangat sangat. even till now tak tahu dari mana datangnya kesedaran tu dan bila masa ntah sampai tapi memang bersyukur.

      buku ni cerita sebenar jadi memang santai dan kita yang baca pun boleh rasa keihklasan prof kamil dalam buku tu.huhuhuhu.bab 1 pun boleh mengalir airmata,hahahaha

  7. syukur kpd Allah sbb bukakan pintu hati kita untuk berubah kpd lebih baik. Itu satu nikmat yang bukan semua org dapat. Utk berubah kpd lebih baik mmg besar cabaran dan dugaannya, bila kita dah ambil langkah pertama, jgn toleh belakang lagi, terus berjalan ke hadapan. Semoga setiap hari kita berubah ke arah yang lebih baik dr semalam.

  8. kadang2 saya tak nak pikul tanggungjawab kerana saya belum bersedia tapi dalam masa yang sama sebenarnya saya dah pikul tanpa sedar…memang tak boleh patah balik ke belakang…

  9. haa..elok la tu. jangan dengki sangat kat aku lagi. Hehe..

    kalau ko kahwin cepat. Mesti berubah 100% jadi baik ni. Hehe..

  10. Yang penting, kesedaran datang dari dalam diri sendiri bukan paksaan @ persekitaran. Itu yang lebih baik darpd terus hipokrit…

  11. Kita doakan sama2 agar kita2 juga berubah untuk yang lebih baik
    dan dekat pada-Nya..

  12. setuju dgn part baca terjemahan al quran. Baru kita paham, tidaklah baca kosong. Lebih2 lagi insan yg tak seberapa mcm kita ni

  13. thanks utk ni kak. esp pasal surah muzammil tu. :’)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge